Pages

18.9.23

Wedding Kemaman Terengganu

Masa cuti merdeka bulan lepas kami ke Kemaman, Terengganu meraikan majlis penyatuan pasangan muda sejoli.



Dua majlis dalam sehari. 
Sessi nikah pada pukul 9.30 pagi dan kemudiannya bersambung ke majlis persandingan waktu 12.30 tengahari. 


Sementara nak tunggu gap masa untuk majlis persandingan, kita intai-intai dekorasi sekitar majlis.

Photo booth 





Jimatkan guna satu pelamin untuk nikah dan sanding. 


Bahagian hadapan kiri dan kanan meja makan dikhaskan untuk keluarga dan saudara-mara sebelah pengantin lelaki dan perempuan. 





Part paling win adalah laluan masuk ke dewan. 
Welcoming betul suasana dia. 
Nak OOTD pun cantik. 


Tahniah kepada kedua2 mempelai
Semoga kekal hingga akhir hayat. 

24.8.23

Baju Merdeka

Settle dah persiapan baju sempena  sambutan hari kemerdekaan di tadika anak sis. 

Antara items yang sis prepare. Budget tak besar seadanya untuk anak yg excited sesekali nak cantik bercostume. 

1) Kebaya peplum songket edition - RM103.90 Shoppe Cakonah Shopp

2) Rantai Pearl -  RM6.90 Kedai Serbaneka

3) Cekak Merdeka - RM10 FB group. 

4) Tudung - RM11.90 Shoppe MaiBeli Official Store Official Store

Plan awal sis pilih cekak macam dalam gambar ni. Order 19hb tapi 23hb masih tak bergerak terpaksa cancelled sebab 25hb nak dress up. 

Anak sis request nak make up sekali... 
Cantik2 nanti boleh hadiah 😊. Amboi ko dik beria betul dia. Kita bedak2 muka calit lipstick sudah la dik. 

21.8.23

Koleksi Album Duit

Koleksi yang lama berada dalam simpanan sis. Saja nak share dengan uols.. 
Cuma terlupa macamana sis boleh ada benda ni. Orang bagi atau sis ada menang mana2 contest?? aiseyman serius tak ingat. 



Antara kandungan menarik dalam album ni. Zaman Pak Lah semasa menjadi PM Malaysia. 



Duit syiling 1 sen dalam kenangan. 



Yang lain2 adalah specimen duit malaysia, Singapore, Thailand. 



19.8.23

Semai Biji Durian

Percubaan semai biji durian Black torn dan tembaga telah menampakkan hasil.. Yeayy! 

Beli durian yang dalam bekas packing. Tinggal plak jenis ni je ada. Harga sebekas pun fuhhh RM50.. nak buat camne sesekali melayan selera anak pengemar durian😊


Jauh lagi perjalanan anak pokok durian ni. Moga tumbuh sihat dan membesar dengan baik.