Pages

24.8.23

Baju Merdeka

Settle dah persiapan baju sempena  sambutan hari kemerdekaan di tadika anak sis. 

Antara items yang sis prepare. Budget tak besar seadanya untuk anak yg excited sesekali nak cantik bercostume. 

1) Kebaya peplum songket edition - RM103.90 Shoppe Cakonah Shopp

2) Rantai Pearl -  RM6.90 Kedai Serbaneka

3) Cekak Merdeka - RM10 FB group. 

4) Tudung - RM11.90 Shoppe MaiBeli Official Store Official Store

Plan awal sis pilih cekak macam dalam gambar ni. Order 19hb tapi 23hb masih tak bergerak terpaksa cancelled sebab 25hb nak dress up. 

Anak sis request nak make up sekali... 
Cantik2 nanti boleh hadiah 😊. Amboi ko dik beria betul dia. Kita bedak2 muka calit lipstick sudah la dik.