Pages

22.7.11

Jacob's Walk of Life 2011 - Traffic Police Summon

Last week, masa me join Jacob's Walk di Bukit Cahaya Seri ada kereta yang bernasib malang sebab disaman oleh polis trafik.. kesiannya mereka tapi memang tak cukup parking pun time tu.. pack giler even me and friends pun terpaksa park hampir 1km jauh dari pintu masuk. Pada yang kena SAMAN tempoh hari ada GOOD NEWS.... ( email dari Jacob's)

Dear Valued JWOL Participant,

It was wonderful to have you join us during last Sunday’s Jacob’s Walk of Life (JWOL) 2011. Thank you for coming!

We hope you enjoyed the event as much as we loved having you with us.

We understand that some of us may have received traffic police summons while attending the event. We are happy to inform you that Jacob’s has an agreement with the Malaysian Royal Police (Traffic) to waive payment for the traffic summons, for those participating in JWOL 2011.

If you are one of those who received a traffic summons, please email the following information to jacobswol2011@redeventskl.com immediately.

The deadline to notify us is 7 August 2011.


Kepada Para Peserta Jacob's Walk of Life,

Kami bagi pihak Jacob's, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana turut sudi menyertai acara Jacob's Walk of Life 2011 pada hari Ahad yang lalu.

Pihak kami berharap agar kesemua para peserta mendapat pengalaman yang menarik di acara yang tersebut.

Pihak kami mendapat maklumat bahawa segelintir peserta yang hadir mengikuti acara kami telah menerima saman ketika meletak kenderaan. Dengan itu pihak kami ingin memaklumkan bahawa pihak penaja, Jacob's telah mendapat persetujuan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (Trafik) untuk menarik balik saman berkenaan.

Jika tuan/puan adalah di antara peserta yang menerima saman trafik tersebut, sila emelkan maklumat-maklumat di bawah ke alamat jacobswol2011@redeventskl.com dengan serta-merta.

Tarikh tutup adalah pada 7 August 2011.


1) Full name (as in MyKad) / Nama Penuh (seperti yang tertera di dalam MyKad):

2) MyKad No / No MyKad :

3) Car registration number / Nombor Pendaftaran Kereta:

4) Serial No of Summon / Nombor Siri Saman:



Warm regards
Sekian, terima kasih daripada


Jacob’s





GCB Coupon Buy 1 Free 1 Palsu


Hancus punah harapan rakyat jelata malaysia nak makan Burger Extra kerana rupa-rupanya coupon MCD GCB yang ramai dok promote dua tiga hari lepas adalah PALSU semata-mata. Malu gila wey sape dah hulur coupon tengok-tengok tak valid kerana ia cuma rekaan pihak tidak bertanggungjawab sahaja. Kejam hokey!


Official announcement dari MCD





20.7.11

Elak jadi mangsa strok haba

Sharing some info yang me receive dari email

Almaklumlah cuaca panas yang sedang melanda dunia kala nie.

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia sehingga boleh membawa maut akibat mengalami "strok haba" (1st time me dengar istilah nie) terutama kepada mereka yang menjalani kegiatan luar yang lebih terdedah kepada cuaca panas.


Risiko 10 Kali ganda bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah, penghidap asma, kencing manis, darah tinggi dan pesakit jantung



Gejala-gejala Strok Haba

Sakit kepala

Keletihan melampau

Lemah tumpuan

Pening

Lemah otot-otot @ kekejangan

Mual @ muntah-muntah

Dehidrasi



Cara-cara pencegahan (elakkan sebelum kena lebih baik)

1) Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga

2) Minum minuman isotonik kerana ia boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh

3) Hadkan aktiviti luar dan banyakkan berada di dalam rumah

4) Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan

5) Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar. Warna gelap seperti hitam akan menyerap haba dan kepanasan

6) Pakai topi atau payung yang besar


Elakkan daripada

1) Minuman kafein dan berakohol

2) Bersenam dalam panas


Petua jika mengalami masalah berkaitan SUHU PANAS

1) Cari perlindungan di kawasan yang redup apabila terdedah lama di dalam cuaca panas

2) Longgarkan pakaian yang dipakai untuk memberi ruang kepada angin

3) Letakkan kain yang basah pada badan untuk kurangkan kepanasan suhu panas

4) Minum banyak air

5) Dapatkan bantuan dihospital atau klinik jika keadaan masih tidak berubah atau serius





19.7.11

Katak Borneo


Saintis di kawasan pergunungan Sarawak menjumpai spesies katak kodok kali terakhir dilihat pengkaji Eropah pada 1924, sekali gus memberi peluang kepada dunia untuk melihat gambar haiwan berwarna-warni itu.

Sejak beberapa tahun lalu, pertubuhan Pemuliharaan Antarabangsa menyenaraikan spesies katak kodok pelangi Borneo itu dalam senarai amfibia yang mungkin sudah pupus.


Namun, pencarian bulan lalu di hutan tebal di Sarawak membuahkan hasil apabila penyelidik menemui katak terbabit tinggal di atas pokok.


Penyelidik Universiti Malaysia Sarawak, Indraneil Das berkata, ia ditemui di kawasan hutan terpencil yang jarang diteroka sejak seabad lalu.


Sebelum ini, saintis hanya mempunyai lukisan ilustrasi katak itu berdasarkan gambaran penyelidik pada 1924.



Geli jugak tengok si katak nie tapi colourful warnanya..


Credit: Sinar Harian