Pages

29.1.14

CIMB Bank Service Disruption

Terpampang notice dari CIMB dekat website diaorang dari 31st Jan until 3rd feb semua cimb banking system akan down.. huwaa sabar jelah time orang sakan holiday dan festive... time tu deme nak buat system upgrade. ATM pun totally tak jalan ye. Mana2 nak settle bil...nak transfer duit..nak withdraw duit...segala bagai transaction sila buat sebelum 31st Jan tau.


Notice dah lama CIMB bagi..leaflet pun ada boleh dapat dekat branch depa... kot ada yang baru terperasan  kena cepat2 plan la camner... biasalah time cuti harus la nak pakai duit... karang frust depan ATM sorang2..hehehe..



23.1.14

Demi Mencari Sesuap Nasi

Seram kan tengok harga barang yang mula mencanak-canak naik yang sekaligus menjadikan kos hidup sekarang semakin tinggi... bagi golongan pertengahan dan rendah of course terbeban punya. Nak suruh jimat.. ermm sehabis daya rakyat malaysia nie dah berjimat-cermat.. nak bersungut lebih2 pun tak guna bukan harga boleh turun sekelip mata.
Lain orang lain usaha dan caranya mencari rezeki. Tengoklah gaya si penunggang motosikal yang gigih membawa guni plastik berisi barang recycle untuk dijual.. penuh keliling moto.. walaupun sedikit membahayakan pengguna jalan raya lain kalau barang dalam tu tercicir kat jalan tapi sebenarnya nak puji lah semangat dua beranak nie...memang rajin... nak kutip recyle ke sana ke mari..fuhhh letih2..



16.1.14

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Laju2 nak join bila ternampak angpow giveaway dari NILE....online shopping website yang menyediakan pelbagai jenis barangan wanita dan lelaki.. kaki shopping wajib terjahh ini website.. alang2 orang nak memberi.. sejuta kali nak menerima.. tapi ada beberapa syarat wajib yang harus diikut.

Klik SINI untuk maklumat lanjut

http://www.nile.com.my/page.php?cd=87
Dah buat entry jangan lupa emailkan details uols (link entry blog, nama penuh dan tel no) ke give_away@nile.com.my. Dekat Subject Email tu jangan lupa letak sekali nama penuh uols. Cabutan pemenang akan dilakukan melalui random.org.. mari kita tengok siapa yang ong!!..
Fuhh kalau dapat RM300... syok tu apalagi kita enjoy!! hahaha shoping la apa lagi mau...ermm tapi macamana nak menang kalau tak buat apa2 kan... cepat uolss jangan bertangguh lagi dateline 21/01/2014.



14.1.14

Anak Buah Baru

Memperkenalkan cucu kedua opah timah dan atok ajis..cucu lelaki yang selamat dilahirkan pada 7.30 pagi Jumaat lepas. Kebetulan kedua2 cucu opah lahir bulan Jan..seorang 10hb dan adriana 20hb..boleh celebrate birthday sama2 gitu..oopps ada satu lagi persamaan .... dua2nya lahir sebelah pagi.. ada pendapat mengatakan baby yang lahir pagi mudah dijaga dan tak banyak karenah.. jika  dikaitankan dengan cuaca pagi yang sejuk...redup..tenang ada logik gak kan tapi sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan...
Baby seberat 3.6kg yang diberi nama Muhammad Firash Rizqin.