Pages

2.10.14

Tar Jalan

Tak pastilah kalau standard kerja diaorang ditetapkan sebegini.. tapi sangat2 tak kena menurap jalan waktu peak hour. Orang busy ke tempat kerja...bergegas ke sekolah hantar anak...itu time jentera besar gedabak memunculkan diri..
Keadaan jalan yang sedang diturap.. paling best lorry bawa muatan tar boleh selamba badak parking atas jalan yang tengah bersesak dengan kereta. Cari pasal namanya buat kereta tersangkut..hangin lah driver2 lain siap keluar kereta maki pemandu lori tapi boleh pula mamat tu senyum2 tak buat apa2 action..at least alihlah lorry ke tempat lain. Boleh dia tercengat berdiri dari jauh. Ada brother tu menyumpah2 sampai kuar perkataan B**I..uuisshh giler la...yelah semua org rushing okey!! apa jadi lepas tu me tak tau sebab jalan belah me lancar skit.
Dulu me perasan turapan jalan mesti awal2 subuh atau waktu malam..Bila jalan lengang gangguan pun kurang jadi kerja diaorang pun smooth dan hasil turapan nampak cantik. Tolonglah pilih time yang sesuai.. orang pun senang hati tengok jalan lancar dan cantik berturap.



29.9.14

Gaya Berspek Mata

Cak!!Adriana bergaya dengan spek mata pinjam..hehe.. berkenan betul dengan spek hitam daddy tu ye.. sesekali layan berposing dengan camera nasib baiklah bagi kerjasama.

Spek Mickey Mouse.. beria2 bagi reaksi gembira sebab dapat spek mata baru, koleksi sendiri la katakan..hehehe
Satu perangai pelik adriana... pantang tengok orang lain pakai spek, memang takkan datang dekat selain me dan atok dia, maybe dah biasa tengok dari baby lagi.... hahah even daddy dia pun gerenti kena tanggal balik or else memang meraung la. lawak2 tapi benar pak.



27.9.14

Malware Ancam Pengguna Smartphone Maybank2U dan CIMB Clicks

Kecoh diperkatakan penipuan melalui mobile intenet banking yang tengah berleluasa sekarang. Target utama adalah pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks yang menggunakan aplikasi tersebut pada smartphone. Nama pun zaman moden teknik mencuri duit pun canggih...kalau tak hati2..tak pasal2 duit lesap..huh
Menggunakan sebaran virus daripada Zeus Malware untuk memperdaya pengguna dan sekaligus mendedahkan maklumat banking mereka kepada pihak ketiga.. senang2 depa boleh access akaun orang lain.....tu la pasal banyak kes org hilang duit dalam akaun bank.


Masih selamat tapi pengguna kena ambik langkah berjaga2 juga... banyak komen2 expert yang me baca menyarankan pengguna tidak melayan sebarang email yang KONONNYA dari bank. Jangan layan panggilan telefon yang meminta no kad debit atau kredit...Pastikan juga address link perbankan electronic adalah sah dan diyakini..InsyaAllah internet perbankan kita akan selamat.



25.9.14

Jemputan dari Tupperware Brands

Menarik uols jemputan dari Tupperware Brands ke events mereka yang bakal berlangsung weekend nie kat Subang Jaya. Tak dinafikan quality product nie memang tip top.. berbaloi2 sebab boleh guna untuk long term.
Bila tengok ada tawaran harga istimewa macam berminat pula nak serbu..tengoklah pada kelapangan..ada plan lain dah....huhu....me rasa peminat2 Tupperware Brands mesti tak kan lepaskan peluang keemasan nie...terjah jangan tak terjah :)