Pages

31.3.15

GST Bill TNB

Aiseyman rupa-rupanya elektrik pun bakal dikenakan caj GST. Aihh keperluan asas kot eletrik nie awat nak caj GST?? Apa yang me faham, penggunaan 300kwh pertama tak kena GST,  itupun tertakluk hanya kepada pengguna domestik sahaja. Tetapi jika bill bulan tersebut melebihi 300 kwh memang selamatlah kena caj GST...tak boleh lari uols.

Benda basic patut gomen bagilah keutamaan..bagi chance rakyat bernafas skit.. Kalau gini punya gaya.. takyah ditunggu campaign earth hour setahun tu..silap2 ada yang volunteer earth hour tiap2 malam.
Lebih details mengenai Caj GST pada pengguna2 domestik bolehlah layari laman web TNB.. 


25.3.15

GST Google Translate

Baru ku tahu..rupa2nya google pun tak mesra GST tau.. tak percaya?? Cuba buat satu exercise.
1) Masuk ke Google Transle
2) Set Malay to English
3) Type ayat berikut "GST ada kebaikan"
4) Tadaaa tengok hasil translation --> GST is no good

Hai pandai betul Google nie..memahami sungguh isi hati kita semua kan..hahaha..jangan marah2 gurau2 ajer noo..lawak pagi hari.


Senarai Barangan Yang Dikenakan GST

Panduan buat rakyat seluruh Malaysia yang akan menghadapi hari2 bersama GST bermula minggu depan. Sama2 kita menghitung hari ye huhu...Ingat tau kawan2, tax GST sebanyak 6% bagi barang2 keperluan yang diproses serta perkhidmatan tercatat dalam senarai. 


Segala senarai penuh boleh lihat dalam listing pdf. Maybe ambil masa nak faham sebab listing dia agak panjang, Silap2 haribulan nak pergi shopping terpaksa bawa nota panjang nak filter mana kena GST mana tak....tapi macam banyak barang kena GST..acaner tu??


Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya kena count on 6% GST...budget kena kira betul2...Huhu..Bila kos pengeluaran meningkat sampai kat end user sah2lah pasti ada harga barang terpaksa dinaikkan..ingat peniaga nak absorb kos..memang tak lah..

Entahlah takut cantik di kertas tapi realiti menekan rakyat. Susah nak baik sangka dengan GST nie. sebab implikasi dia tetap berbalik kepada kita semua. Faham2 jerlah dekat Malaysia once barang naik no more turun2 balik..


20.3.15

Gangguan Bekalan Air 2 | Mac 2015

Alamak biar betul Syabas ni.. takkan tiap2 bulan ada masalah bekalan air. Seingat me kan, baru last month up entry pasal gangguan air, again terjadi lagi. Aiyahh bertabah ajerlah. Mujur esok cuti yelah risau kot baki air tangki kat office dah tinggal paras2, nasib lah budak2 shift malam mengagau cari air nanti.


Banyak kawasan yang terjejas sebenarnya. Better buat persediaan awal reserve air dalam tong2 besar in case terjadi lagi masalah2 sebegini. Sape lah punya kerja suka buat pencemaran nie ek??issh tak pasal semua terkena..Giler motif menyusahkan orang lain.. Apa2 pun moga bekalan air dapat pulih segera.