Pages

12.12.22

Nasi Ganja Bukit Puchong

Tengahari tadi singgah di Warung Nasi Shukri di Bukit Puchong. Dalam media sosial quite famous juga orang dok viral2 dengan kita sekali terjebak datang wak. Moh la kita rasa sendiri keenakan nasi ganja dia.




Kami beli 2 nasi ganja set ayam goreng tapi bungkus je sebab ada urusan lain nak kena settle. Kitaorang datang weekend parking banyak je kosong. Kalu week day kawasan sini agak sibuk. Kebersihan kedai pun dalam keadaan baik.



Overall kena bagi pujian.. memang terbaik.. Portion dia banyak. ayam besar berserta kuah pekat yang menepati citarasa dan selera saya. Untuk extra kick boleh perah limau. Chances untuk repeat?? Of course! InsyaAllah.



Ini adalah menu2 yang terdapat di warung nasi shukri. Ikut dada tanya selera.

 

4.12.22

Program Adiwira Kerjaya

Aktiviti kerjaya yang berlangsung di sekolah anak sis. Murid- murid digalakkan memakai uniform atau pakaian bekerjaya. Tapi bagi yang tak mempunyai baju kerjaya, it's okey boleh pakai baju sukan sekolah.

Program Adiwira Kerjaya 

🧑🏻‍🚒Hari    : Selasa

🧑🏻‍✈️Tarikh : 29 November 2022

🧑🏻‍🌾Masa. : 1.20 Petang - 6.10 Petang

Seminggu sebelum acara cikgu maklum dalam whatsapp group kelas untuk parents buat persiapan. Sis beli online je uniform yang anak nak pakai nanti. Cari local seller dekat Lazada takut jauh2 kang tak sampai  sebelum hari program naya nak menjawab dengan anak sendiri😅

Uniform pilihan kerjaya anak sis adalah astranout. Warna oren striking naw2. Dari jauh dah boleh nampak.. haha ikutkan sis nak beli tambahan helmet viral kecil pakai macam topi astronaut tapi dia tak nak. Mak2 kan bab gini suka sangat..


Pelbagai gaya uniform kerjaya yang anak2 sekolah tadi pakai. Kreatif dan comel sgt...bomba..askar..polis.. cikgu..nurse..dll.
Satu pengalaman yang cukup menarik bagi mereka. Macam  anak sis seronok dia bercerita ada cikgu yang ajak bergambar dan kawan2 yang tegur uniform dia cantik.. 

28.11.22

Keladi Lambuk

Subur betul pokok keladi lambuk yang naik dekat tepi rumah mak sis. 

Tanam dari anak pokok pemberian Makcik dari Perak.

Kalau mak sis tak tanam sampai skang pun tak tahu rupa keladi lambuk.

Ada orang yang panggil keladi kemumu.



Tidak seperti keladi2 yang lain. Keladi lambuk tidak menyebabkan kegatalan


Bahagian batang keladi lambuk boleh dimasak pelbagai masakan atau dibuat ulam.



Bahan2 penyediaan untuk masak lemak batang lambuk. Mak sis nak perkenalkan masakan batang 

lambuk pada anak dan nmenantu dia. Orang bandar tak kenal lagi sayur tempatan yang satu ni




Batang lambuk perlu dibuang dahulu kulitnya. 








Tekstur dalaman dia berlubang2 macam span. Macam rupa batang pisang setelah dipotong nipis dan serong2...



1st time makan masak lemak batang lambuk. Isi nya lembut bila dah dimasak 

Makan dengan nasi putih memang sedap..


26.11.22

PM 10 - Dato Seri Anuar Ibrahim

Tahniah kepada Datuk Seri Haji Anwar bin Ibrahim diatas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Semoga kepimpinan Datuk Seri dapat membawa lembaran baharu kepada Malaysia ke arah ekonomi yang lebih stabil, lebih cemerlang, sejahtera dan harmoni.