Pages

29.2.12

Wordless Wednesday - Lakaran Hitam Putih


Bakat terpendam cousin me



Wordless Wednesday - Akak Vogue






"Tiru macam aku, malas mau jinjing berat-berat tarik aje bag laptop tu.. Kita buat style budak-budak sekolah seret beg" - sekian dari akak vouge




28.2.12

Collect Voucher Tiara Beach Resort

Dah dapat voucher kemenangan Contest FB Tiara Beach Resort. Tengok kat paper ramai dah ambil tinggal me yang baru terhegeh-hegeh nak ambil. Nak buat camner payah nak cilok masa datang opis Asia Media TV padahal bukan jauh mana pun subang jaya ke puchong *alasan*

Photo session bukti dapat hadiah..smile please... yeahhh.. Laju la staff die buat kerja, kejap je dah upload dalam FB Asia Media TV. Banyak gak contest diaorang organize kalau rajin sila terjah ye.




Tuah Ayam Nampak Di Kaki

Tuah manusia dapat Mercedes sebijik....Untung aiih akak nie jadi orang asli pertama kat Malaysia yang menang kereta mewah.....Tak sia-sia dia melabur kat simpanan sijil premium (SSP) BSN. Murah rezeki ko kak.. alhamdullilah!



SEREMBAN - Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai diberikan kepada Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200 CGI.

Sapiah yang bekerja sebagai penoreh getah, memenangi hadiah kereta mewah itu, hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.

“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.

“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,”katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.

Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.

“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya.


credit Sinar Harian



26.2.12

Ronda-ronda Putrajaya

Berpoya-poya dihujung minggu dengan mengunjungi Karnival Wow! Putrajaya yang sedang berlangsung di Presint 2, pengunjung berduyun tiba datang kalau tengok dah macam pesta. Meriah kiri kanan depan belakang sebab macam-macam benda ada kat sini.


Hang pa tak percaya tengoklah map betapa luasnya kawasan karnival


Luas saujana mata memandang


Pameran Bomba & Penyelamat




Naza World in the house!!!


Fuyooooo... terbeliak mata wa cakap lu...manyak mahal ini kereta..


Yeahhh... Fokus rapat sikit.



aik wang ajee ke yang selamat....driver camner :p


Cuci mata lagi dan lagi


Dan lagiiii....


Racing beb jangan tak race...... simulasi game.. seronok budak tecit main.


F1 simulation car


Bila tengok adik-adik nie main futsal, teringat di suatu ketika dahulu, me and geng selalu main futsal sekarang nan ado sebab masing-masing dah ada komitmen.. haaaa serius rindu nak turun gelanggang balik...huhuu



Wallla.. stylo giler kereta nie depa make up.. tapi berbaloi kan tengok bersusun trofi.

Seronok memang seronok tapi alahai tak terdaya nak tawaf satu kawasan dahlah luas, tambah lagi dengan keadaan panas terik memang tak terlawan naik pening kepala dibuatnya.. berpeluh-peluh pun satu hal so jalan selamat lari ronda tempat lain pula hehehe. Bye..




25.2.12

Apa ada pada 11 April 2012 ????

KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sidek berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. - BERNAMA

p/s : Nampaknya rakyat Malaysia dapat cuti tambahan... yahoooo suka tak, suka tak.. Kalau tengok kat calendar date ni jatuh hari rabu tak de kot cuti umum dalam bulan April so molek sangat ler tu.


Hafalan Shalat Delisa

Movie yang diangkat dari Tragedi Tsunami Lhok Nga Acheh.. tahun lepas dah keluar di market Indonesia. Berdasarkan trailer yang me tengok, ia mempunyai mesej yang baik dan bisa meruntun hati penonton...silap-silap haribulan laju air mata tu mengalir.. Tengah cari yang full version, dekat youtube dah kena remove la pulak....huhuhu.


Mengisahkan kecekalan hati Delisa mengharungi liku-liku kehidupan selepas berlaku tragedi Tsunami yang mengorbankan ibu serta saudara kandungnya. Walaupun terpaksa berhadapan dengan fizikalnya yang kudung sebelah kaki tetapi keadaan tersebut tidak mematahkan semangat si gadis kecil itu



Trailer Hafalan Shalat Delisa


p/s :- Berharap produser/pengarah kat Malaysia boleh lahirkan lebih banyak movies yang berunsurkan positif dan berilmiah..... asyik-asyik mat rempit, hantu, gangsters so boringgg.





24.2.12

Gadis Kaki Bola

Rasanya ramai je gadis-gadis Malaysia yang fanatik gila pada bola sepak.... punya minat yang mendalam pada sukan no satu dunia nie. Tahu je isu-isu semasa bola sepak tak kiralah dalam atau luar negara... kalau ajak sembang pasal bola sepak boleh buat geng la.
Eh bagus tau, sebab korang ada kriteria yang sedang dicari oleh Program Kaki Bola. Kot-kot dah lama memendam hasrat nak jadi host yang glamour depan TV bolehlah datang ke ujibakat.


Ujibakat Pencarian Bola Gal.
Tarikh: 3 Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 10 Pagi-3 petang
Lokasi : Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama

Syarat-Syarat
1) Warganegara Malaysia
2) Perempuan, 18-29 tahun
3) Berpengetahuan luas dalam dunia bola sepak dalam dan luar negara
4) Perwatakan menarik dan fasih berbahasa Malaysia
5) Sila bawa kad pengenalan dan gambar full-shot berukuran 4R


Source : Hot FM FB










Selamat Pengantin Baru Yusry dan Lisa Surihani






Dengan sekali lafaz maka termeterailah ikatan perjanjian suami isteri antara Yusry Abdul Halim, 39 dan Lisa Surihani Mohamed, 26. Sama cantik dan sama padan. Kedua-keduanya telah selamat diijabkabulkan semalam selepas solat Isyak di Hotel Marriot lokasi penyatuan cinta dua hati. Tahniah kepada kedua-dua celebriti yang penuh pesona ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.



23.2.12

Karnival WOW! Putrajaya

Karnival WOW! Putrajaya
Date: 23 Feb-26 Feb 2012
Lokasi : Sisiran Tasik Putrajaya, Presint 2



Gaya Pro Tumbuk Sambal Belacan

Apabila professional turun ke dapur tak de siapa dapat challenge skill makcik nie . Terbaik dari kampung! Sikit pun tak rasa pedih dek lada tak dapat nak dekat..hahaha. Tapi tidak ke lemas makcik oi, risau pula me tengok keadaan dia dah berselebung plastik gitu rupa.. mau tercungap-cungap nak bernafas.. oksigen..oksigen..oksigen.


Source FB