Pages

24.3.14

Penyamaran

Ada makhluk tuhan sedang menggunakan kaedah penyamaran untuk elakkan diri dari dikesan musuh mahupun mengelirukan binatang lain yang bakal menjadi santapannya..jika anda mempunyai mata yang tajam sila cari dimanakah binatang tersebut berada??

Credit Maharaja Lawak FB 

p/s:  Bikin mata segar di petang yang huargggghh mengantuknya...


21.3.14

Pureen Stock Clearance Promotion 2014 | April

Pureen Sales Fans hahaha bolehlah start budget apa2 yang nak diborong nanti. Next month kita serbu tempat baru pulak. Baguslah diaorang cari tempat lebih besar, selesa skit nak cari barang kalau tak asyik nak berlaga badan dengan orang sebelah. tempat sempit... orang yang datang pun ramai.. faham2 jerlah.


Date: 26 - 27 April 2014 (Saturday & Sunday)
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd
12A, Jalan Perunding U1/17,
Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.
(GPS Coordinates 3.093056, 101.564583)



Suatu Malam Kubur Berasap 2

Ingatkan apa benda la yang berasap rupanya tajuk Filem da. Coming soon di pawagam berdekatan anda. Dah masuk sequel kedua rupanya. Sorry me tak follow pun sequel pertama tu tak tahu. Filem nie berunsurkan komedi seram bolehlah buat layan stress...gelak2 tonton sama kawan2 dan keluarga. Budak2 kecil janganlah diheret sama, kesian tau.. kang terkejut tengok hantu keluar.....kuss semangat!
Poster nie menerjah masuk mailbox me semalam, sapa2 yang meminati kumpulan lawak Shiro, Rahim, Mr OS, eh Bocey pun ada...wah awek masterchief yang super cantik pun berlakon jugak Soo Wincci bagilah support kat diaorang dengan menonton filem terbaru Suatu Malam Kubur Berasap 2.


20.3.14

Cerita Handphone

Selalu pagi2 sebelum keluar rumah me akan makesure semua barang2 penting ada dalam handbag like wallet dan sebagainyalah. Tak nak lah jadi kes patah balik semata-mata nak ambil barang tertinggal macam lecehkan, buang masa lagi...Tapi boleh pulak hari nie handphone me takde dalam handbag..ha sudah padahal malam tadi takde jawab message atau call masuk pun. Keluarkan dari handbag pun tak..jadi dimanakah gerangan dia berada sekarang?? Dah pagi baru perasan handphone tah mana2 pergi ye..huhuh!
Ingat2 semalam punya checkpoint...sah mesti tinggal kat office!harap2 takde lah sape2 yang panjang tangan sebab me tahu budak2 opis nie memang baik2 belaka. Ishh careless bebenor hang nie pun. Sampai opis terus pergi meja me.....mintak2lah ada... sekali jeng2......huh terus menarik nafas lega... alhamdulillah nasib baik ada kat situ.... hilang terus rasa debar!


Hampir 3-4 tahun gak pakai handphone nie.. selagi boleh pakai me takkan tukar baru melainkan rosak atau hilang...ishh hilang2 nie elakkanlah.. Bercinta la me senang2 nak tukar handphone baru..memang taklah..hahaa... Pernah ada satu pengalaman, masa tu pakai Nokia lupa model dia tapi orang panggil Nokia Butterfly....sayang sangat sebab handphone nie comel.. design dia cantik...nak guna pun mudah.
Sekali tercicir dalam bus Metro, dapat contact orang yang jumpa handphone tu....orang luar.. ingatkan dia nak pulangkan balik sebab dapat cakap dua kali lepas tu hampeh bye2lah handphone kesayangan me terus dia off hp lost contact buat selama-lamanya. Sedih2.. dah tak de rezeki sabar jelah.


14.3.14

Batuk

Baru lepas mengadap doktor sebab batuk yang tak surut2, walhal dah telan sebotol ubat batuk yang beli kat farmasi tapi nan ado kesannya. Dok batuk2 manjang nie buat sakit badan ajer baik cepat2 jumpa doktor mintak ubat yang sesuai.
Kesan buruk jerebu ramai yang pakat sakit.... udara tak bersih memang cepat penyakit datang hinggap. cepat2lah jerebu hilang.
Ubat yang menjadi teman setia buat seketika. Nasib baik lah company tanggung cost ubat. Paling penting time2 jerebu nie sebenarnya kena minum air masak banyak2 itu pesan doktor tadi.


13.3.14

Jerebu

Terus buka web Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) semata-mata nak semak bacaan indeks pencemaran udara (IPU), yelah keluar2 rumah tengok keadaan pagi diselubungi dengan kabus asap yang tebal...pandangan jadi terhad. Bangunan2 tinggi pun terlindung dek jerebu yang melanda kebanyakan Negeri di Malaysia.
 

Keadaan pagi tadi...makin teruk jerebu...Sesak nafas dibuatnya.

Batuk, demam dan selesema memang tak lari bila keadaan kualiti udara tak bagus. Me sendiri pun dah 2-3 hari dok batuk apatah lagi budak2 kecil. Kena start kurangkan aktiviti luar. Kalu uols nampak ada pembakaran terbuka cepat2 report pada JAS Complaints Line: 03-8889 1972 Hotline: 1-800-88-2727 atau Jabatan Bomba 999. Dalam keadaan sekarang, perbuatan2 yang blh menambahkan masalah harus dielakkan.
Apa yang penting sama2lah kita berdoa agar keadaan jerebu akan pulih dan beransur baik.



4.3.14

Cari Persamaan

Dok ralit membelek calendar table yang baru diterima semalam, me terperasan ada satu persamaan dalam bulan Feb dan Mac.. jeng jeng jeng...apakah dia? Cuba tengok calendar bawah nie agak-agak boleh detect tak apa yang me maksudkan.
 
Bulan Feb banyak public holiday...yahooo!

Ramai bakal pengantin baru bakal mendirikan mahligai this coming Mac. cuti sekolah katakan.

Okey sapa dapat?Kacang je kan... kedua-dua bulan bermula dengan 1hb yang jatuh pada hari yang sama yakni hari sabtu.. kalau tengok susun atur tarikh dia pun berderet macam copy paste. beza pun tang ending date je.


3.3.14

Hangus Terbakar

Sabtu lepas weols nak pergi jalan-jalan makan angin. Masuk je Highway Kesas, kelihatan dari jauh asap hitam berkepul-kepul. Uik apa yang terbakar tu..muskil sungguh! Tah-tah ada orang bakar sampah kot.. agak2lah kan musim2 panas nie. Masing-masing mula memperlahankan kelajuan, halangan di hadapan membataskan kereta bergerak lancar.


Asap makin menebal. Scary bila tengok.

Dah dekat baru nampak.. ada kenderaan terbakar rupanya.. polis peronda pun ada standby control traffik  Satu lorong terpaksa ditutup atas sebab-sebab keselamatan. 

Berdebar-debar gak nak lalu sebelah kenderaan terbakar tu, takut kalu meletup ke apa..dug dag jantung. sabar jelah sampai ke situ pikirnya..hehehe.

Habis satu lori terbakar, habis rentung. memang tak boleh selamat apa. Nampak ada sorang laki dok mencangkung seperti sedang menenangkan diri maybe driver lorry kot.. mesti risau apa nak menjawab kat bos besar.. huhu.


Masa betul2 lalu sebelah lori, bahang dia terasa sampai ke kereta.. fuhhh panas.
Terbakar kat laluan kitaorang tapi line sebelah yang panjang berjela jem dia.