Pages

31.10.14

Sasa Warehouse Sale 2014

Peluang mendapatkan perfume, brg2 kosmetik dan skincare dari harga serendah RM2. Fuuhh, gerenti rambang mata......peminat2 Sasa bolehlah serbu Citta Mall (Ara Damansara) untuk grab macam2 barang yang uols minati, tapi dalam masa terhad sahaja.. dari 29Oct-2Nov.
Tak familiar dengan Citta Mall?? Boleh cari2 lokasi nya kat http://www.citta.com.my/#contact 


30.10.14

Gambar Akhir Tahun Taska

Boleh pulak adriana bantai menangis time photographer nak snap gambar anak2 asuhan kat taska. cengeng kot muka bro photog tu sampai budak2 pun takut..haha. Knowing my daughter..memang tak mesra alam pun dengan any strangers.. nasiblah mummy dia tak de sebelah.. kalau tak jadi polar bear melekap jer..:)
Cikgu dah pujuk2 tapi tak jalan, nak tak nak snap gak...Nasib la anak oi gambar akhir tahun special punya.. orang lain gambar senyum,2 dia meleleh air mata.  Lain dari yang lain kan. Penuh ekpresi..takpelah baru 1st year taska.. nanti next year tukar ekspresi yang lain pula tau.



Lewat

Cantik betul rekod attendance me arini. Gara2 tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang teruk dekat 10.30 pagi baru sampai opis. Daddy adriana lagi la lambat sampai sebab kena hantar adriana gi taska dulu. Bayangkan weols keluar rumah 7pagi, hampir 3 jam okey tersekat atas jalan. buang masa..buang minyak usah cakaplah...bising mulut jelah boleh.. hadap tetap kena hadap..huh
Skodeng drivers kereta2 sebelah masing2 muka kelat semacam.. tangan sebelah pegang handphone.. siaplah sapa yang kena marah dengan bos nanti...bukan sengaja bos!. Kat radio kata ada accident tapi masa kitaorang lalu..takde apa dah.. hai dah dua kali pengalaman berjam2 tersangkut kat laluan sini.. dulu arah ke subang la nie terkena arah KL..hai la nasib badan.



29.10.14

Etiqa Refund Surplus

Terpinga2 juga bila cheque dari Etiqa sampai kat post box rumah...... dua kali me dapat. diaorang adalah tulis penerangan dalam surat tapi still tak faham...duit insuran kereta kot mestilah pelik tetiba dapat refund bagai. Kecil tak kecil dekat RM50 bila dicombine kan. Ermm lepaslah duit minyak untuk 2 hari..
Mula2 terpikir gak apsal murah hati betul diaorang nie, bila terbaca status terbaru kat FB tadi.. oooo terjawablah sudah segala persoalan yang tersimpul2 nun.


24.10.14

Lukis Panda

Jom belajar melukis gambar seekor panda dengan hanya 6 langkah sahaja. 
Tak susah nak follow. Sesiapa pun boleh buat :)

Credit FN


21.10.14

Yuran Taska

Dapat notis yuran bulanan taska adriana. Jangan kata barang keperluan berlumba naik harga, yuran taska pun di upkan RM20 tahun depan.. me takdelah nak blame kat taska sangat.... faham dengan keadaan semasa masing2 terhimpit dengan kos bahan makan yang dah berganda....cikgu2 pun mesti nak naik gaji bila kos hidup meningkat..
Aci tak me cakap bila minyak naik 20sen aritu....kos2 perkhidmatan dan barangan di sekeliling kita sedikit sebanyak akan meningkat..chain reaction. Bertabahlah ye mak bapak sekalian. kita sedang melalui zaman belanja semua pakai duit banyak..huh.



Bantuan Pembedahan Adik Jasmin

Andai ada kemampuan, marilah kita hulurkan sedikit sumbangan bagi membantu membiayai rawatan adik Jasmin yang menghidapi penyakit jantung berlubang. Kesian sangat me tengok wajah sayu si kecil yang menanggung beban sakit.

InsyaAllah, sumbangan yang diperolehi nanti membolehkan adik Jasmin mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera mungkin. Sama2 kita doakan semua urusan pembedahan berjalan lancar dan semoga adik Jasmin cepat sembuh. Amin.


20.10.14

Free Photobook Groupon

Kembali lagi nampaknya. Kali nie taknak terlepas lagi peluang ... aritu menyesal giler sebab lengah2 kan editting gambar terus tak merasa free photobook nie....tulah kan dah rugi sorry to say lah.. bye2 lah jawabnya..huh.


Mentang2 FREE no charge, haih punyalah laju deals yang masuk.. pantas betul mereka bertindak. Tak boleh lambat2 nie.. rugi kalau offer ditutup... nak block satu deal la.. sape nak cepat mulakan langkah..di Groupon 


Bertaburan

Terlebih muatan ke diaorang loading sampah atas lorry sampai boleh tercicir atas jalan. Bukan sikit2 anak, boleh nampak berapa banyak bag plastik sampah yang terburai nun. Habis kotor jalan dibuatnya sampai terpaksa moto mencilok ke tepi sebab menghalang lalulintas pun ye.
Terpikir sekejap..sape yang akan bersihkan sampah2 nie ek.. very mencemarkan mata..huhu. kalau dibiarkan bus gelek, lorri langgar lama2 semua sampah masuk dalam longkang terus ke sungai.. .mengotorkan sungai lagi, pusing2 kesan buruk dia kat kita semua balik. Bila tengok documentari tempat2 lain cantik jalan raya dan kebersihan kawasan diaorang...jeles sangat..tapi kita kat Malaysia ni sampah-sarap paling senang nak jumpa..huhu
Kawasan nie under MBSA (majlis pembandaran shah alam) sajalah me complain nak diaorang. Nak tahu apa action yang diaorang boleh buat. Rakyat prihatin la katakan..:p


16.10.14

Kereta Artis

Alkisahnya me and member2 opis nak gi lunch tetiba ternampak sorang mamat mat salleh nie....nak kata macho bolehlah....rambut blonde okey jangan memain.. Muka nampak familiar..macam pernah ku lihat dalam TV.......ala pelakon watak teacher "oh my english" saper lagi zain saidan la uolss.. 
Kitaorang takat pandang dia gitu2 jerlah....takdelah terpikir nak tangkap gambar pun....layan perut lapar la best kan.. kelaparan la katakan.
Sebenarnya bukan teruja tengok artis tapi lebih teruja kat keta dia. Tak pasal2 jadi paparazzi tak berbayar dek hasutan member opis yang beria-ria soh snap gambar keta tu..oo ada motif len nie..hahaa
Sekali member opis me pi korek info dalam internet dah...kereta anak che ta rupanya...ingatkan kereta zain sebab dia yang bawa. Syoklah muda2 ada kereta mewah. Pemberian bonda tercinta katanya sebab excel dalam SPM..rezeki masing2 kan.

Jeng Jeng Jeng...hasil carian google




15.10.14

Karnival Upin & Ipin 2014

Sebut upin & ipin budak2 kecik pun kenal sape gerangan dua beradik kembar yang sentiasa mencuri perhatian ramai dengan keletah mereka. Tak perlu nak diperkenalkan lagi, tahap keglamouran diaorang nun dah sampai ke indonesia pun. Anak me adriana pun terjebak sama meminati character animasi nie.. kalau layan cerita upin & ipin panggil pun boleh buat derk jer.. leka ler tu..hehe. pantang nampak poster /banner dua budak botak tu mesti sebut ''pin..pin"..
Kalau selalu nonton wajah2 diorang nie depan TV..apa kata bawa anak2 melihat pujaan hati diaorang secara lebih dekat...real secara langsung...mesti teruja punyalah! Next month katanya bakal berlangsung karnival upin ipin kat putrajaya.. ada kemunculan ultraman lagi.. serbu jangan tak serbu uols.



10.10.14

Larangan Guna Lebuhraya Semasa Cuti Umum

Setuju sangat perintah larangan nie.. sepatutnya dah lama perlu dikuatkuasakan. Style orang Malaysia nak tunggu benda buruk berlaku baru terhegeh2 nak keluarkan satu macam cadangan dan perlaksanaan. Harap penguatkuasaan dapat dibuat dengan tegas.

Credit Bernama

Kalau boleh pihak berkuasa kenalah pandang2 skit kehadiran lori2 besar/ trailer yang masuk ke jalan2 federal semasa waktu puncak....amboi galak memenuhkan jalan..kdg2 penyumbang kesesakan lalulintas bila rosak tengah jalan..uii.stress tengok!


9.10.14

Motivasi #27 | Mistake





7.10.14

Ratah Susu

Entah mana datangnya idea si adriana bahawasanya meratah susu sememangnya satu kenikmatan... Mula2 dok tunjuk tin susu "nak..nak" ingatkan nak minum susu..beria la me bancuh susu tak nak lak...rupanya nak tarah isi dalam tin tu.. 

Sesekali layan kan jugak peel si minah nie...selebihnya kena ghaibkan tin tu dari pandangan mata dia... kang tak pasal2 mencicit dia bawa tin lari.. nak buka penutup tak reti lagi..hehe

Dapat ratah setengah sudu susu pun dah okey..buat syarat puaskan hati dia. Masa nie weols kat kampung semua aunty uncle dia dok pelik tanya....yelah selalu dengar orang ratah milo nie sakan ratah susu.. 

hmm sedap hingga menjilat sudu kaedahnya.. 
Bila dah pandai makan sendiri..jarang2 mummy ada can nak suap..nak berdikari la katakan.



3.10.14

Perangai Mengikut Bulan

Meh layan personality match berdasarkan bulan kelahiran. Tersasar terus atau betul2 menepati ciri2 perangai atau sikap uols?
Tak patut.. memang tak patut tau dia tulis bulan June orang nya serius tak tentu pasal..