Pages

30.12.14

Focus Group - Internet Home Fixed Broadband

Bukan kosong2 punya chit-chat tapi berbayar ye, kot2 la ada nak cari duit part time.. bolehlah join focus group discussion nie tapi make sure memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Semuanya ada tertera kat bawah.
Payment by cash akan diperolehi sejurus selepas discussion tamat.....biasanya masa yang diambil untuk sesebuah discussion dalam 2-3jam jadi amat2lah berbaloi untuk join. Boleh layari website mereka atau call untuk info lanjut.


Sukarelawan Banjir Diperlukan

Alhamdullilah..begitu tinggi keprihatinan rakyat Malaysia, tatkala membantu saudara2 yang mengalami musibah banjir di beberapa buah negeri ketika ini. Masing2 tidak lokek mengembleng masa, tenaga dan wang ringgit bagi mengurangkan beban mereka di sana...

Sangat2 terharu pabila sekalian rakyat2 malaysia berganding bahu tanpa mengira kaum mahupun agama dan politik. Semalam me pergi Mydin, uii bayangkan masing2 sibuk memborong barang keperluan untuk diedarkan kepada mangsa2 banjir.. Bertroli-troli okey sampaikan setengah rak kat situ kosong....habis stok! Alhamdullilah me pun sempat beli setakat mana yang termampu untuk disumbangkan nanti. 
Semoga saudara2 kita di Pantai Timur dan negeri2 yang terlibat tabah dan sabar. menghadapi dugaan nie. Moga Allah melindungi mereka dan kita semua rakyat Malaysia.. Amin.


23.12.14

Menang Voucher Lazada

Bila baca paper, mata nie mesti tak lepas dari mencari keratan2 contest dalam tu.. selak pun berhati-hati gitu takut termiss..haha..habit tah apa2 tapi kalau dah minat kan...redah jer.. Jarang2 pun sebenarnya ada contest dalam paper.. depends lah pada syarat dia...kalau renyah sangat malaslah...
Alhamdullilah.. lekat satu hadiah bila join kuiz kat paper berita harian mengenai Lazada.. terbaik dapat voucher rm100 tapi masih riki2 lagi nak beli apa..


22.12.14

MEPS GST Caj

Amboi banyak songeh betul GST ni tau, seboleh2nya sana sini nak caj. Kena sedut sikit dalam kepala otak nie jenis2 barangan dan perkhidmatan yang bakal dikenakan GST tahun depan.. kalau tak, ada terkejut badak bila tengok resit nanti..haha..buat gigil tangan dibuatnya..
Caj GST pada transaction MEPS.. dulu RM1 soon RM1.06 sekali transaction. Cuma kadar GST tidak akan dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan melebihi RM100 ke atas. Pengeluaran dibawah RM100 selamatlah dicaj. Kalau tak nak kena caj 6 sen, pandai2lah carilah ATM mesin bank yang sama dgn kad ATM.


19.12.14

Kalendar Ayam Brand 2015

Benda yang paling dicari2 setiap awal tahun semestinya Calendar. Setuju tak? Tak kisahlah calendar gantung or meja... wajib ada dalam rumah dan office.. nak plan macam2 perkara kena set date dulu ye tak?
Sape berminat nak dapatkan calendar terbaru 2015 dari ayam brand? Limited edition ye.... Sila email mereka seperti di atas.. sementara stok masih ada. Lain2 info boleh layari laman web ayam brand untuk keterangan lanjut.


Surat Sesat

Alamak surat jiran manalah yang tersalah masuk dalam postbox rumah, nak buat2 ignore isshh tak baik mana tahu surat penting ke apa. Nak hantar kat tuan empunya diri.. ermm satu hal la nak mencari sebab no lot rumah sini bersepah2. Tak kuasa la kan.
Alternatifnya me try pulang balik kat postbox Pos Malaysia, entah2 posman tersalah hantar, banyak surat nak serah mana tau ada yang terlencong haluan.. Pikir positif...hehe. Tapi selang dua hari tengok2 surat tu datang balik..aiyohh ada sumpahan ke apa nie haha . Takkan posman salah lagi kot?? Camner ek ?

Solution seterusnya..me tick out others tulis "no such person" kat belakang surat dan pos balik...Mintak2 la surat nie sampai kat penerima yang sebenar.. jgn sesat2 lagi...siap kalu datang balik..hehe



18.12.14

Dividen ASB 2014

Sudah terjawap teka-teki hujung tahun iaitu berapakah jumlah dividen asb untuk tahun 2014??.Setakat nak congak2 dulu bolehlah, nak makan hasil pulangan tu oppps sabar2. Bulan depan baru update buku ye sebab PNB akan gantung urusniaga bermula 23 Dec 2014 - 1 Jan 2015.. rileks bro..bro rileks tak lama mana pun penantian tu..

credit HarianMetro

Syukur alhamdullilah, walaupun mencatatkan penurunan berbanding tahun2 sudah. kalaulah dapat macam sebelum2 tahun 2000an pehhhh lagi masyukk tu.
credit astro awani


Buah Tangan Dari Melaka

Terima kasih kat bos yang super baik hati sebab ingat pada weols anak2 buah kat office. Merasa juga t-shirt sehelai dan key chain dari negeri bersejarah. Actually diaorang ada meeting kat Melaka.. sessi memerah otak bersama customer2 tersayang. Banyak keje okey sampai kena stay ke pagi katanya.. huh ngeri2. Nasib baik tak involve..haha
Dah lama tak ronda2 Melaka.. macam teringinla pula..haha motif! Takpe2 plan dulu, insyaAllah ada budget dan masa terluang sampailah tu nanti.


15.12.14

Salah Kira?

Ada ke patut aunty kedai bagi balance 40 sen patut dia pulangkan balik 50sen. ini dah short 10sen. Selalu kot me beli air tin tu of course la hafal harga dia. Mati2 me ingatkan aunty yang salah kira.  Sekali dia cakap harga sudah naik la adik.. dulu rm1.50sen now rm1.60sen.
Aduhh berlumba2 brg naik harga laa hai..Antara perasan dengan tak jer.. Camner la tahun depan bila GST di implement..huh ngeri2 nak pikirkan. Me harap kerajaan pantau kenaikan harga yang melampau2 nie. jangan gah depan media tapi turun padang nye nan ado.


12.12.14

Lafazkan





Layu

Kesian me tengok rupa pokok tak cukup zat tu, dah duduk kat celah ceruk rantau tanpa panahan cahaya matahari manalah pertumbuhan tak terbantut...kusam dan muram warna daun dia. Curahlah air berbaldi pun macam tu jugak dia.
Sakit mata tengok pokok2 layu gini dahlah port dia betul2 kat pintu masuk.. Nasib ringan baik alih sendiri tempat yang cerah masa depan.

Mula2 tak yakin pokok nie boleh hidup, tengok luaran pun tau. Tapi positif mesti ada...bagi masa skit.
Sesekali me siram air.. jangan suruh lebih2 ishh tak kuasa okey.. haha.. uiii tak lama lepas tu.. tunas2 dia mula naik. Tinggal satu pasu jer.. lagi sebelah bye2 selamat jalan..mati tak leh buat apa dah.


Tak sia2 perpindahan lokasi.. tup2 yang lain bercambah...macam manusia nak berubah jadi terbaik perlu ada unsur2 yang positif dan sokongan moral yang baik dari sekeliling..


9.12.14

Cabin Crew Walk In Interview

Kerjaya di awan biru yang menjadi idaman anak2 muda yang berani menyahut cabarannya. Bukan senang perlu ada mental yang kuat nak berhadapan dengan macam2 karenah penumpang. Dapat jenis cerewet ermm teruji la tahap kesabaran. Me suka jer tengok cabin crew nie.. sebab diaorang sentiasa presentable, tersenyum dan lembut2 jer cara cakap. Tapi nak pilih kerjaya nie memang tak pernah ada dalam pikiran sebab tak layak pun...haha
Ada iklan terbaru pencarian cabin crew MAS, adik2 yang berminat nak merasai sendiri suka duka menjadi cabin crew nie bolehlah walk in terus mengikut lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan. Selamat berjaya!


Cheque #5 | GlobalTestMarket

Jauh diterbangkan khas dari Canada sampai ke penerimanya di Malaysia...me ler tu..:p Bertukar tangan tah berapa kali la ye gamaknya.. Beribu2 jarak batu main office dia tapi tak kisahlah janji survey2 nie tak menipu. Boleh percayalah ada hasilnya.
Paling cikai setahun gerenti dapat redeem sekali dengan syarat survey kena buat, kalu tak mana points nak gerak. Even disqualified certain2 survey still dapat 5 points. Bolehlah skit2 sapa nak bagi kan..



5.12.14

MacGyver

Cerita favourite tahun 80an....masa me zaman budak2 sekolah dulu. Bila dah ngadap ternganga2 mulut tengok tengok mamat omputeh nie tunjuk skill dia. Letak jer dia dalam situasi yang bahaya sekali mana pun gerenti lek2 jer dia berjaya bolos dengan adjust bahan2 tertentu yang berada depan mata sebagai alat bantuan penyelamatan diri. Super kreatif dan innovatif la.
Nak cerita satu insiden kat opis tempohari, tak semena2 ada colleague terkunci dalam toilet..tolong... tolong!!havoc masing2 meluru ke pantry ayooohh very the spoil punya pintu... nasiblah ada MacGyver versi orang Malaysia datang membantu.
Terror okey awek nie umpil2 tombol toilet nun..korang ingat senang nak buat...susah okey sebab ada dinding yang blok kunci tombol..kitaorang awal2 dah surrender nak buat.. awek tu selamba guna pisau jer...pehh power seyyy...sila jangan TIRU aksi ini di rumah..merbahaya.



2.12.14

Gadis dan Bunga

Amboi punyalah cantik bunga2 yang telah dipetik orang, tambah berseri2 bila dikumpulkan dalam satu pasu beramai2. Ala2 terapi minda melihatkan warna2 bunga yang mekar berkembang menghiasi meja. 

Segar dari kebun. Semuanya hasil tangan pencinta bunga. Siap ada mini garden belakang rumah you....Bila rajin membelai pokok bunga.. boleh tengoklah hasilnya ermmm memang tersenyum lebar puas hati sangat.
Hanya orang2 yang mempunyai minat yang tinggi boleh berdamping dengan pokok2 bunga nie. kalau me tak kuasa la hari2 nak menelek bunga bagai. Sekadar cuci mata tengok keindahan bunga2 tu bolehlah.