Pages

23.1.15

Nombor Cantik

Sekali pandang duit kertas RM1 nie sama macam duit2 kertas yang lain...guna buat belanja gak. Cuma yang membuatkan ia istimewa pada pandangan mata weols sebab no siri dia yang sedikit unik..DG0000010.  
Susah kot nak jumpa no2 unik begini, husband  me suruh simpan baik2....alah buat kenangan kang kalau diguna payah jumpa lagi. Macam sorang ex offficemate me suka benar kumpul duit kertas yang bersiri alphabet "ADxxxxxxx" berpangkalkan nama anak dia. Dah berkeping2 dalam simpanan dia. 



22.1.15

Nasi Kerabu Express

Cerita jumaat lepas, rezeki kitaorang dapat makan nasi kerabu Putrajaya mari punya. Punyalah rajin akak sorang tu masak sendiri lepas tu jamu kawan2 kat opis. Nampak tu, siap angkut rice cooker mai datang office. 


Sesekali berkelah ramai2 gini sambil layan gossip memang happening. Sedar tak sedar masing2 dua kali pinggan bertambah..hehe

1st time katanya nak belajar masak nasi kerabu...untunglah kitaorang dapat merasa. Malu pulak datang melenggang kangkung duduk makan ajer....hehee....terima kasih banyak2 lah akak oiii

Baru tahu wujudnya nasi kerabu express. Ada isi ikan, budu dan kelapa goreng segera.. Dah mudahkan kerja2 nak prepare nasi kerabu.


Nak posing sebelum makan..hehe..doa makan jangan lupa baca okey!
Alhamdullilah.. kenyang perut dibuatnya sampai berat betul nak bangun dari tempat. Lepas makan boleh pula mata jadi berat apalagi tidur jawapnya lah haha..baguih betul pergunakan waktu rehat hari jumaat yang panjang..terbaiklah kak belanja kitaorang lunch.. moga Allah murahkan lagi rezeki akak amin!



Misi 1 2015

Payah nak cari yang berkenan di hati dan suits dengan budget. Faham2lah harga property sekarang dah mahal. Misi pertama tahun 2015, nak cari sebuah rumah sebagai asset buat sewa. Target pun tak tinggi, agak2 bawah 90k. Beberapa kali gak turun survey sana sinun.. mata pun naik juling tengok iklan2 kat internet..adatlah nak dapat yang betul2 berbaloi bukan mudah.

Alhamdullilah berjaya sambar satu unit subsale apartment. Baru sign Letter Offer to Purchase berserta booking fees 3%. Banker pun dah call minta documentation dan info2 untuk loan application.. so far dia cakap loan boleh lepas.. Tengok2 ejen WhatsApps quotation fees lawyer SPA (Sales & Purchase Agreement) yang tu kena bayar sendiri sebab tak masuk dalam loan. Siap2lah duit ye.
Me guna ejen rumah jadi banker dan lawyer dia carikan.. siang2 dah cakap kat ejen, lawyer bank dan spa guna lawyer sama mudah nak follow up apa2 hal. Banyak lagi step2nya tu...Harap2 semua process berjaya lancar..amin.



16.1.15

Goodies Bag Birthday Boy

Balik dari taska tengok ada sebungkus goodies bag yang adriana bawak balik sebab ada rakan taska sambut birthday. Tak sabar nak tengok apa isi dia.. Wah lebih2 lak mummy dia padahal adriana rileks buat dek. Tapi bila dah buka amboi anak yang excited kemain semua nak benda nak makan.
Semua makanan lulus dimakan... kalu ada gula2 memang siaplah mummy dia telan dulu. Bukan apa me tak biasakan sangat dia makan makanan manis...kecik lagi. Next week birthday adriana insyaAllah me plan nak bagi budak2 taska goodies.. senang celebrate kat taska. Idea dah ada dalam kepala nie...hujung minggu bolehlah pergi memborong. hehee.


13.1.15

Churpchurp Cheque #2

My churpchurp cheque sudah datang yeaahh. Bolehlah buat tampung kenipisan poket tengah2 bulan nie...hehe. Antara kaedah cari duit online.. cuma share campaign dan nikmati hasilnya apabila kawan2 klik dan baca campaign tersebut. 
Terang-terang cakaplah cashout dia agak tinggi RM100 dan disebabkan tersebarnya link2 spam dan virus dalam FB, ramai yang agak takut2 nak klik  kang tak pasal2 cari masalah.. sebab tu perjalanan ke cashout akan  memakan masa sedikit tapi tak rugi untuk mencuba kan.


6.1.15

Reunion Seoul Garden

Plan asal nak makan kat Burger Byte SS15 tapi tukar lokasi ke Seoul Garden. Belasah ajer janji dapat ketemu sama adik2 manis sekalian. Kitaorang ngam masa kanak2 ribena nie buat praktikal training kat company me... me kan jenis akak2 penyayang senang nak in dengan mereka..haha.. yela sangat. 

Janji melayu  betul diaorang nie.. set 11.30am tapi 12.30 pm tak sampai lagi. Malas nak tunggu2 dah sebab perut lapar giler. Karang pandai2lah diaorang masuk cari...haha

Boleh tidur tunggu anak2 gadis nie sampai..hampir pukul 2 ptg sebab terjadinya insiden2 tak dapat dielakkan. Ada terbabas tidur terlepas bus..terpaksa sorang tu drive dari puchong ke puncak alam patah balik ke puchong.. 
Tak memasal sampai time orang dah kenyang. Hasilnya dapat sembang gossip2 sekejap je... nak stay lama2 tak dapatlah sebab me ada hal lain. apa2 pun seronoklah dengar perkembangan masing2... harap2 semua berjaya dalam career dan study.. insyaAllah sampai ketemu lagi.. next time sila punctual okey..