Pages

28.2.15

Pertandingan Mencipta Logo Hari Sukan Negara 2015

Peluang terbuka kepada warga2 Malaysia yang mempunyai bakat dalam seni grafik. Serlahkan imaginasi yang terpendam dalam diri anda. Jom cipta logo2 yang kreatif untuk Hari Sukan Negara 2015. 
Andai logo anda menambat hati juri2, anda akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3000 dan sijil penyertaan..wow lumayan!! Paling best hasil karya tersebut akan dipaparkan seluruh Malaysia..


27.2.15

Tips Cantum Gincu Patah

Haru okey bila gincu kesayangan terpatah dua krakkk gitu.. sayang lah baru nak feeling cantik dengan palitan warna2 glamour di bibir tetiba hancuss lebur. Memang ke tong sampah la jawabnya camner nak guna dengan cinonet sudah batang gincu nun.
No..no no.. jangan bazir2 buang masih boleh diselamatkan dan digunakan..tapi bagaimana ya?? Mudah nak buat rupanya :)

Hijabista Magazine FB

Tak perlu risau2 if terjadi lagi kejadian gincu patah sebab dah tahu cara nak bereskan masalah tersebut. Senang ajer tu..


Masjid Cyberjaya

Inilah dia Masjid Cyberjaya yang bakal beroperasi dan dirasmikan hari ini 27 Feb 2015...Jika dulu, warga2 Cyberjaya terutamanya yang bekerja disana terpaksa bersesak-sesak menunaikan solat jumaat di Surau Balai Bomba Cyberjaya atau meredah masjid sekitar Dengkil atau Puchong..alhamdullilah mudah nak solat Jumaat tak yah pergi jauh2...nun depan mata.

Sememangnya cantik dan moden....Bercirikan pembangunan rumah hijau yang boleh memuatkan 10,000 orang dalam satu2 masa..sangat2 luas dan selesa pada jemaah. InsyaAllah nak beribadat..jalankan aktiviti keagamaan semuanya boleh di Masjid Cyberjaya.



credit Cyberjaya Buzz FB

Kaum2 Adam yang berada berdekatan.. bolehlah join "Solat Jumaat Pertama" di Masjid Cyberjaya tengahari nanti..Lokasinya di Off Persiaran Semarak Api bersebelahan Pejabat Majlis Perbandaran Sepang. 

25.2.15

Kereta Kecil

Boleh perasan dari umur setahun, adriana dah menunjukkan minat dia terhadap kereta mini..Paling rajin melayan permintaan si budak kecik nie haruslah daddy dia. Setiap bulan asal pergi supermarket beli barang dapur tak sah kalu kaki tak menyinggah section "games & toys" apalagi pencarian kereta baru ler tu.

Tak yah cari yang mahal2 yang murah pun okey, Janji tahan lama betul tak.

Bila sesekali datang mood rajin adriana..ha ginilah aktiviti  dia.. susun atur kereta2 berbaris pjg2. so far dia pandailah jaga harta mainan sendiri.. legalah sikit kurang risiko nak cepat rosak..bagus2 save skit duit mummy daddy..haha

Sebahagian daripada koleks kereta adriana.. tak boleh keluar semua sekaligus nanti bersepah rumah.
Dah puas main mainan, me akan pastikan adriana kemas balik semua2 tu masuk dalam bakul. tapi setakat kutip dua tiga ketul lepas tu lost fokus... buat tak dengar arahan..aihh sabar jerlah sebab mummy dia la yang kena mengemas balik.. bertuah punya anak. hehe


23.2.15

Kick Off Meeting 2015

Events before Chinese New Year. Ada kickoff meeting kat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Nak dengar mandat dari CEO baru..wah debar2 nie.. harap2 lah ada good news amin.

Sengaja kosong2 kan perut tak makan heavy2 sebab tau makanan di KGSAAS ada umpphh dan variety... puashatilah dengan caj yang diaorang kenakan.

Boleh tahan pencuci mulut dia..
 

Air sunkist..

Lapar punya pasal, laju jer tangan menceduk lauk2 dalam pinggan. Sedar tak sedar amboi keliling pinggan dah penuh lauk. Biar betul makan gini banyak..hahhaa.. don't worry rileks2 me bukan jenis pembazir gerenti habis..hehe

minta2lah tak mengantuk kat dalam dewan nanti..

 Khusyuk betul depa menghayati keenakan lunch masing2..taulah perut dah berkeroncong kan..

Sebab kehadiran adalah WAJIB, weols kena sign attendances sebelum masuk dewan meeting

Cheese with HR Team!...awek specky depan me nie nampak macam garang aummm tapi sebenarnya gila2 punya otak ..single lagi tu uolss sape nak kenal sila angkat tangan..haha

Aik group weols paling awal masuk dewan, biasalah yang lain masih berlegar2 lagi kat luar. Advantagesnya boleh chop duduk kat mana2 tempat yang weols suka. Ala faham2 jer lah bab meeting nie duduk belakang2 la best kang kalu tertidur orang depan boleh cover..haha

 Break time..ada dessert bagai.. 



Ballroom convert to meeting room sangat luas dan selesa. Ada presentation session dan QnA dari CEO dan upper management. Harapannya agar company yang me kerja nie akan terus lebih success untuk tahun 2015 dan tahun2 mendatang.


18.2.15

Gangguan Bekalan Air

Notice dari Syabas semalam yang memaklumkan kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas akibat pencemaran air di Sungai Semenyih. Ingatkan datang2 opis pagi nie bekalan air dah kembali pulih tapi malangnya tak okey lagi.. alahhh payah kot tetiba nak memerut nanti..huwaaa!



Tengok alam sekitar dah tercemar sape yang tanggung bahana.. orang2 yang tak bersalah juga.. Emo pula pagi2 nie..hahah. Berdasarkan info terkini dari receptionist yang call Syabas, 12 tengah malam baru kawasan USJ akan mendapat air secara berperingkat.....waduhh nangis dengar. Apa pun me harap2 kerja2 pemulihan yang sedang dijalankan Syabas dapat settle cepat.


17.2.15

Dashing Predict & Win 1

Serius tak disangka tekaan main hentam me kali nie berjaya membuahkan hasil selepas beberapa cubaan yang jauh tersasar. Suka betul me main teka2 no nie tak yah nak susah2 pikir. Tapi selalunya tak mengena pun..hahaha..
Just predict gol yang bakal dijaringkan oleh team yang bertanding. Sape nak try boleh login kat FB Dashing For Men. Untung2 tekaan betul dapat bawak pulang hadiah seketul..


13.2.15

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Siapa tak kenal Nile.com.my gedung beli-belah online yang semakin mendapat tempat dihati online shoppers. Semestinya menawarkan pelbagai produk seperti baju, beg, kasut, pakaian lelaki/wanita dengan harga yang sangat2 berpatutan. 

Bermula 21 Jan - 17 Feb, Enjoy Free Delivery dengan pembelian minimum RM48, Wah untung tu kalau jenis yang suka borong banyak2 barang..jimat2! 

Alang2 Giveaway Chinese New Year masih bersisa beberapa hari lagi nie, me nak tumpang sekaki, manalah tahu kot2 terpalit luck tu.. Belum cuba belum tahu.. Katakan me diberi budget sebanyak RM150. Lepas tu carilah apa2 yang berkenan dalam nile.com.my.. agak2nya apa me nak ambil :p

1) BMG48813 Haniya Satin Long Dress With Elegant Embroidery Sleeve - Blue - RM62.90



2) MBWxz7411 - New casual checkered wallet - RM27.40

3) BMI53441 Haniya Two Tone Chiffon Long Dress With Lace Sleeve - Black Red - RM52.90

4) YPJ04-3-014 Face Beauty roller massager - RM3.90

5) YPJ02-2-006 Eyebrow double-effect protective folder - RM1.70


1) BMG48813 Haniya Satin Long Dress With Elegant Embroidery Sleeve - Blue - RM62.90
2) MBWxz7411 - New casual checkered wallet - RM27.40
3) BMI53441 Haniya Two Tone Chiffon Long Dress With Lace Sleeve - Black Red - RM52.90
4) YPJ04-3-014 Face Beauty roller massager - RM3.90
5) YPJ02-2-006 Eyebrow double-effect protective folder - RM1.70
Total : RM148.80


Ambik kau nyaris2 nak cecah limit. Rambang sungguh mata wei dibuatnya nak pilih..Harap2 lah boleh bawa pulang hadiah yang me pilih tadi.. Jangan tak tahu ada 5 orang pemenang yang akan dipilih.. Doa2 la ye ada ong mali!

Untuk details mengenai giveaway nie boleh refer blog Lyssa_Secret. Tarikh tutup penyertaan 15/02/2015 , 11.59 pm.


12.2.15

Selipar Besar

Dalam byk2 barang, adriana pantang betul tengok selipar orang dewasa. Ha kejap lagi tu dan2 dia sarung. Walhal selipar sendiri dah tentu2 ada. Lagi adventure kot berjalan guna selipar besar sedabak. So far alhamdullilah dia pandai pulak control.. jalan rileks2 tak de nak tersadung ke apa. Tapi nama pun budak2, mata tu tetap kena jeling2 ..kena monitor.

Tak semua selipar dia kaut.. jenis selipar sepit @ selipar jepun ajer yang ariana suka pakai. Ha tengok dah salah partner..sebelah lain sebelah lain..peduli apa dia janji boleh guna..haha
Percubaan opah sorok selipar khas dalam rumah berapa kali dah terkantoi, cepat ajer dia jumpa. tau2 selipar dah tersarung kat kaki. bertuah punya anak.