Pages

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

17.5.16

Kelumumur

Sebut pasal kelumumur, seumpama mimpi ngeri bagi kebanyakan orang. Pelbagai syampoo dah telah dicuba tapi masih tak mendatangkan perubahan. Duduklah tergaru-garu kulit kepala yang gatal dek penangan kelumumur.
Sebenarnya kelumumur boleh berada pada sesape pun tak kira lelaki atau wanita. Perubahan hormon, tekanan serta kegagalan mencuci rambut dengan kerap dikatakan antara faktor penyumbang kepada masalah kelumumur. 
Tapi kan terjumpa petua yang dikongsi oleh seorang 'beauty expert'  yang menggunakan Listerine sebagai bahan utama untuk membasmi kelumumur. Sesuai atau tidak kenalah cuba, yelah lain orang lain hasil dan keberkesanannya.


credit farahdhukai instagram


26.8.15

Misplaced Handphone

Misplaced barang dah jadi common masalah pada certain orang. Lagi2 masa korang tengah serabut memikirkan perkara lain. Letak kat mana cari entah kat mana-mana. Gulppp alih-alih terpaksa mengeledah satu rumah semata-mata mencari barang yang tersalah letak..kalau jumpa lega, kalu tak haru la kat situ...hahaa
Dulu saya selalu misplaced spek mata. gelabah dibuatnya kang nak tengok dunia tak jelas sebab saya kan rabun. Gelabah mencari. Careless betul. Pernah hampir-hampir terduduk atas spek sendiri nasib ye tak patah. Sekarang very hati-hati elakkan perkara sama berulang hehehe.
Tapi kalau misplaced handphone dalam keadaan silent mode camner nak buat ye...jangan nak gundah gulana. terima kasih kepada teknologi...insyaAllah jika digunakan dengan cara yang betul pasti ada manfaatnya.
First thing first, kena install dulu Apps dan enable setting dia.. selain membantu locate lokasi handphone apabila dicuri..phone boleh dilock dan clear memori bagi menjaga privasi supaya tidak terdedah kepada orang lain. Nak explore lagi mengenai function android device manager boleh tengok https://support.google.com/accounts/answer/3265955?hl=en




27.2.15

Tips Cantum Gincu Patah

Haru okey bila gincu kesayangan terpatah dua krakkk gitu.. sayang lah baru nak feeling cantik dengan palitan warna2 glamour di bibir tetiba hancuss lebur. Memang ke tong sampah la jawabnya camner nak guna dengan cinonet sudah batang gincu nun.
No..no no.. jangan bazir2 buang masih boleh diselamatkan dan digunakan..tapi bagaimana ya?? Mudah nak buat rupanya :)

Hijabista Magazine FB

Tak perlu risau2 if terjadi lagi kejadian gincu patah sebab dah tahu cara nak bereskan masalah tersebut. Senang ajer tu..


10.9.14

Teknik Packing Baju Dalam Luggage

Bilamana saat2 nak melancong.. balik kampung... perkara pertama yang harus dibereskan dulu semestinya packing baju.. huh macam cliche jer bunyinya kan, tapi nielah bab paling malas nak buat..sebab apa tau? penat2 packing mesti terpaksa keluarkan balik baju2 tu.. habis camner tak muat masuk dalam beg..failed betul! 
Agaknya tak jumpa teknik yang betul ler tu... cuba tengok teknik2 yang me korek dari FB maybe dapat elakkan kita buat kerja berulang-ulang kali.. tengok gambar lagi senang nak faham.








Ha nanti bolehlah cuba2 sendiri nanti.. practise makes perfect katanya.



16.7.14

Tabung Impian

Perkahwinan, percutian, pelaburan semuanya perkara yang memerlukan duit.. nak ada duit kenalah saving dulu kan.... uiii mimpilah duit turun dari langit.  Nak mencapai matlamat2 tersebut disiplin dan keazaman sangat2lah kena ada. Ingat senang nak tolak perkara2 berunsurkan kehendak yang boleh membantutkan kelancaran matlamat2 yang telah dirancang sekian lama.
Lain orang, lain cara dan kaedah savingnya.. main kutu sesama rakan ataupun mengasing duit dalam account bank tertentu...ada juga yang suka buat tabung.. macam dalam gambar nie.. setiap tabung ada matlamat yang nak dicapai.
Credit FB
Tak kisahlah apa cara pun, terpulang  kepada keselesaan masing2.. bagus sebenarnya merancang dari awal supaya tidak over budget dan poket pun tak rabak dek memenuhi keinginan hati.


25.6.14

Tips Atasi Sinki Tersumbat

Berdepan dengan masalah sinki tersumbat sememangnya satu perkara yang paling tidak menyenangkan hidup. Dahlah sibuk membasuh pinggan mangkuk,, sayur2... bagai tengok pula air di sinki dah melimpah ruah keluar tak ker haru menengoknya.. mau tergendala kerja2 di dapur.
Jenuhlah nak mengepam sinki dengan pam.. kalu berjaya okeylah kalu saluran air tu tersumbat bagai nak rak dengan lemak2 tepu dalam tu.. agak2 ada solution lain tak selain buka paip bahagian bawah sinki (paip plastik), mesti geli nak buat kan..huhu..Nak panggil Mr Pumber pun mmm bab ongkos ler pula..
Credit Impiana

Maybe boleh try cara kat atas nun, kasi clear saluran paip dari bendasing yang menyekat aliran air ...bila dah lancar nak buat kerja lain pun hati jadi senang..


22.5.14

Tips Hilangkan Kesan Conteng

Bila anak2  mula belajar2 memegang alatan tulisan.. alamatnya dinding rumah bakal menjadi port anak2 mempamerkan bakat terpendam masing2....habislah kak yah oiii set sofa baru tu.. .tengoklah berapa banyak mural terhasil nanti. Tapi nama pun budak2 asal ada ruang, cepat jer tangan tu nak menconteng....Dah bagi paper banyak mana pun.....alih2 tempat lain yang cantik bercorak bagai...

Tenyehlah berapa puluh kali kalu tak jumpa teknik/cara yang betul, payahlah nak hilangkan kesan2 contengan kat di dinding mahupun sofa...lagi2 hat guna marker pen...stress2.
Tak yah pening2.. meh guna tips kat atas nie kot2 hasil lakaran berjaya dibuang dengan jayanya.


17.4.14

Tutorial Tudung Bawal Berkerongsang

Makin hot pula gaya tudung bawal yang dimodernkan dekat mukabuku skang. siap bertakhta kan keronsong di depan gitu. kemain masing2 menunjukkan gaya kreatif diaorang bertudung. Tak yah keluar duit beli tudung mahal, beli tudung bawal mampu milik pun dah terpancar aura kecantikan muslimah....labuh menutupi depan pun ye. simple but nice yo.
Setahu me, orang yang pertama yang keluar dengan idea yang brilliant nie adalah Yunabella..seharusnya dia layak menerima credit atas creativity tersebut..good job bella! Kisah2 disebalik tabir bagaimana tercetus idea tudung bawal tersebut dan tutorial pun ada diceritakan disana.



12.9.13

Postur Duduk Yang Baik

Tengok pada poster bawah nie langsung tak mengikut apa yang disarankan. Camnerlah nak dapatkan postur badan yang cantik kalau disiplin out?? Memula sopan santun duduk tegak bagai lepas tu arghhh mulalah nak mencari keselesaan terus duduk silangkan kaki, agak-agak bosan kita bersila di atas kerusi lak, bahagiakan mentang-mentang dalam opis tak yah berkasut. selesa okey berkaki ayam atas carpet, nyaman ditiup angin aircond.
credit aneesahsatryia

Tengah berusaha nak duduk dengan penuh ketertiban, sebab apa?? sebab ia berkait dengan long term effect. Muda lagi uols kenalah kasi cantik postur badan tu karang nampak macam nenek nenek si bongkok tiga apa mau bikin..tak nak tak nak.


1.8.13

Aktiviti Phishing

Hati-hati bila menerima email dari bank atau pihak tertentu yang mengatakan account bank uols akan expired, then diaorang sertakan link untuk uols update personal info disana. Ermm jangan percaya bulat-bulat okey, ditakuti ini adalah activity phishing yang boleh menyebabkan uols bakal kehilangan wang dalam bank atau data peribadi digunakan oleh pihak-pihak yang tidak dikenali.. bahaya..bahaya.


Credit Antiphishing.my

Maybe ada yang blur apa kebendanya phishing?? satu cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna-pengguna bank online seperti User ID, password, nombor akaun bank atau nombor kad kredit secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya

Bagaimana phishing dilakukan?
Teknik umum yang sering digunakan oleh penipu adalah sebagai berikut:
  • Penggunaan alamat e-mail palsu dan grafik untuk mengelirukan mangsa sehingga mangsa terpancing menerima kesahihan e-mail atau web sites. Agar nampak meyakinkan, pelaku juga seringkali memanfaatkan logo atau mark dagang milik lembaga rasmi, seperti; bank atau penerbit kad kredit. Pemalsuan ini dilakukan untuk memancing mangsa menyerahkan data pribadi, seperti; password, PIN dan nombor kad kredit
  • Membuat laman web palsu yang sama dengan laman web rasmi atau pelaku phishing mengirimkan e-mail yang mempunyai link ke laman web palsu tersebut.
  • Membuat hyperlink ke web-site palsu atau menyediakan borang yang diattachkan pada e-mail yang dikirim.
Credit UPNM


12.7.13

Tips berpuasa untuk ibu yang menyusukan anak


Tips nie me share dari FB hasil creativity Kelab Mak-Mak Garang, padat dan berinformasi sekali. Pembakar semangat buat ibu-ibu yang sedang menyusukan anak di bulan puasa.. Bagi mereka yang pertama kali berdepan dengan situasi gini macam me gak, sesekali mesti terlintas di pikiran bimbangkan production susu turun (down) atau susu sikit. Puasa sebenarnya tidak menjejaskan pengeluaran susu yang penting amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang semasa sahur dan berbuka...schedule mengepam jangan skip...mindset kena positif....insyaAllah segalanya dapat dilalui dengan tenang dan penuh kegembiraan.