Pages

27.4.15

Kura-Kura

Serabut betul bulan nie dengan hal office nak berpindah..
Belum masuk bab loan rumah kedua yang masih pending..slow like kura2 officer buat kerja..
Haritu suruh datang bank..ingatkan nak sign letter offer..rupa2nya ada column tertinggal sign..grrr hampeh.
Kura2 peliharaan sahabat husband. Paling excited biasalah adriana.. tengok suka nak pegang terjerit2 takut..hehe..


-Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami..Amin..-


22.4.15

Kaji Selidik KWSP

Ingatkan bila cadangan KWSP nak up kan umur pengeluaran dari 55 tahun ke 60 tahun di bantah bulat2 oleh pencarum issue tersebut reda yelah dah orang ramai tak setuju.. Tup2 keluar pula 4 inisiatif penambahbaikan...ishh ada2 jer.

Pilihan 1
Memberi pilihan terhadap penyelarasan umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan Kerajaan. Tiada perubahan dibuat terhadap pengeluaran pra-persaraan


Pilihan 2
Penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan


Pilihan 3
Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun


Pilihan 4
Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan sedia ada. Ahli boleh membuat pilihan untuk bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah apabila ia diperkenalkan kelak.
Waduh..awat kalut2 KWSP nie.....kekalkan pengeluaran umur 55 tahun sudah.. Pandai2lah pencarum2 handle duit diaorang sendiri. Hasil titik peluh bertahun2...jenuh tunggu. suka2 ajer nak extend 5 tahun. Semestinya masing2 ada planning tersendiri. entahkan nak pergi haji ker..melancong...manalah tahu. 

Sesape yang ada i-akaun tu jangan lupa jawab soal selidik kat website KWSP.. nyatakan pendirian anda...kalu boleh tinggalkan kata2 azimat kat bahagian komen tu.. Duit pencarum Hak Pencarum.


8.4.15

VITAGEN Healthy Digestion Walk 2015

Rindu betul dengan events run dan walk nie....paling favourite "Jacobs Walk of Life"  dulu2 setiap tahun ada, tapi la nie menyepi sudah. Pernah join Tesco Run..Mcdonalds Run... aihh lupa dah apa lagi  tapi dalam banyak2 category me pilih "Fun Run"..paling senang tak perlu nak perah kederat.. kata nak happy2..stresslah nak lari jauh2 sampai 10km....makcik pancit...lagipun gerenti kalah punya ramai terror kot.

Bila nak aktif balik.. kena pikirkan events yang mesra budak2 means ada category untuk diaorang barulah sama2 enjoy! Peringkat umur adriana dah cukup cun boleh libatkan dia sekali.

Standard acara2 gini akan makan masa setengah hari...tapi since ada budak kecik bersama kita tunggu dan lihat lama ke tidak di situ..hahaha

Berminat??Sign Up sekarang  http://bit.ly/VITAGENWalk :)


2.4.15

Aduan Mengenai GST

Memasuki hari kedua, pelbagai reaksi dapat dilihat....macam2 luahan di media2 sosial, dada2 akhbar. Current issue paling hot sekarang nie.
Rata2 masih keliru perjalanan GST nie..tambahan lagi ada peniaga yang dikesan mula mengambil kesempatan mengenakan caj GST sedangkan premis mereka tidak berdaftar dengan GST.. minta resit ye untuk semakan. Tiada GST ID, tiada GST 6%.



Contact No KPDNKK Seluruh Malaysia

 KPDNKK War Room - 03-8882-6245
KPDNKK Main - 1800-88-6800
KPDNKK Perlis - 04-979-5000
KPDNKK Kedah - 04-700-1800
KPDNKK Kelantan - 09-741-6000
KPDNKK Melaka - 06-234-5822
KPDNKK Negeri Sembilan - 06-6017-490
KPDNKK Pahang - 09-573-2153
KPDNKK Melaka - 05-241-4611
KPDNKK Pulau Pinang - 04-2552-555
KPDNKK Terengganu - 09-6204-179
KPDNKK Selangor - 03-5512-5485
KPDNKK KL -03-4045-4471
KPDNKK Johor Bahru -07-2272828
KPDNKK Labuan -07-2272-828
KPDNKK Sabah -08-7423-152
KPDNKK Sarawak -08-7423-152


Benda baru masih pening2 lalat nak adapt. Tapi jika terdapat aduan atau pertanyaan salurkan kepada talian Pusat Gerakan Anti Pencatutan (PGAP) KPDNKK untuk tindakan lanjut. Harapnya Gomen agresif lagi bagi penerangan pada pengguna2.. biar semua jelas dan terang.


1.4.15

Hujan Lebat

Siapa ada kat area2 lembah klang tahulah betapa lebatnya hujan petang semalam. Sampaikan ada sesetengah area Subang Jaya dan Shah Alam ditenggelami air. Belum masuk bab jem, memang tak bergerak kereta gara2 trafik light tak berfungsi..Musim hujan petang skang nie.

Baik hati betul uncler ice-cream tu.. siap tolong payungkan orang ke kereta.... alang2 tersangkut kat kaki lima kedai yelah naik motosikal bawa ice-cream..ujan2 kena stop lah nanti rosak barang2 dia....Betullah kata pepatah buat baik balas baik..tup2 rezeki dia masuk.. ada jer orang beli ice-cream dalam sejuk2 tu..

Amboi dia pun nak pilih jugak..nah pilih mana satu..hehehe

macam confius jer tu??
Baik gi makan lepak2 dulu, nak redah jem pun takkan sampai awal punya.. Ingatkan abis makan semua dah settle..alamak tak reda2 .check2 waze..ada accident la...banjir la..nak tak nak tangguh balik..pusing gi office.. kematu okey dok dalam kereta lama2..Hampir kul 9 baru lebih, baru gerak balik..fuhhh lega tengok jalan clear betul...nasib baik.