Nak test skill menarik ikan di lombong katanya...
Yelah dah ari2 dok pandang area port mancing mau member tak tergugat..haha
Tengah dia dok sibuk mengadun bahan, saya pun apalagi ambil peluang suruh dia cerita cara2 nak buat umpan dari bahan2 yang dibeli tu...
Bahan utama yang perlu semestinya ROTI.. jenis2 roti bergantung kepada lokasi pancing.. kalau di lombong pilih roti yang lambat kembang berbanding kolam biasa roti yang sedikit lembut pun tak jadi masalah.
Ehhh esen pisang pun wajib ada ye..
Ingatkan dah siap.. belum2 kena potong kecil2 lagi....hai remehnya keje..
Isikan dalam satu bekas khas nanti nak campur bahan2 yang lain
curahkan pes pandan ke dalam bekas...Pes Pandan tu nak buat sendiri boleh tak pun cari kat kedai pancing pun ada...once pes pandan bersatu bersama roti waduhhh bau dia giler wangi kot... memang ikan pasti tertarik menarik punya lahhh..
agak2 warna dia rata kira cun la tu..
Lepas tu campurkan dengan sedikit kelapa parut ke dalam bekas tu....jangan lupa perah sedikit santan dia keluar.. macam main masak2 pulak..
agak2 camner nak pasang umpan tu kat mata kail?? meh nak tunjuk demo kejap. sediakan mata kail..
Nak buat umpan gini seeloknya buat sehari awal bagi mendapatkan hasil yang terbaik barulah diaorang betul2 sebati.. selalunya kan umpan gini sesuai digunakan untuk mancing ikan patin...
Mudah kan nak buat umpan gini..bahan2 pun senang nak beli kat mana2 kedai.