Pages

20.10.17

Miang Kham

Lamaran untuk merasai Miang Kham disambut dengan tangan terbuka. Bukan senang dapat peluang makan Miang Kham iaitu makanan tradisi orang Thailand memang laju menonong la ke arah meja yang terhidang bahan-bahan miang kham. Rezeki uols.


Daun kaduk, bawang merah, kacang tanah , udang kering, limau nipis. cili padi, kelapa parut dan sos ikan antara bahan yang diperlukan untuk memperlengkapkan hidangan unik ini.


Terpaksa buat demo sebab masing-masing ala-ala jakun tak pernah makan miang kham seumur hidup. Tak payah nak blur sangat ye, lumur jer daun kaduk tu dengan sos ikan. Letak jer semua bahan tu atas daun dan terus lipat daun kaduk ikut suka asal muat masuk dalam mulut..


Serius penangan miang kham nie buat ketagih nak makan berkali-kali. Rasa manis, masam, masin dia berpadu dengan serasinya di dalam mulut. Hidangan yang susah nak luput dari ingatan bila dah cuba sekali.

11.10.17

Bubur Asyura

Pemurah betul big boss kitaorang nie, tiap-tiap tahun mesti bawak bubur asyura bagi staff-staff makan. 'Sharing is caring' gitu konsepnya. Melihat rupa bubur asyura yang pekat versi Pantai Timur mesti orang tersalah pandang ingat brownies coklat, tapi inilah dia bubur asyura gaya masakan orang Kelantan


Menggunakan banyak ramuan daging serta kaya dengan campuran rempah ratus. Siap taburan kacang hijau yang berada di dalam memang sedap, Cuma rasanya agak manis untuk dimakan berulang-kali. 

10.10.17

Kucing - Part 2

Syukur sangat masalah tahi dan kencing kucing yang bersepah di rumah depan saya dah selesai. Lega betul bila tengok keadaan dah bersih dan tiada lagi bau busuk yang menusuk ke hidung.  Balik seperti keadaan dulu-dulu, nak masuk rumah pun aman dan tenang-tenang jer...tak payah nak berangkut air mencuci lantai bagai dah.
Nampaknya ada tindakan susulan yang jiran saya dah buat sejurus complain dibuat pada pihak management. Tiada kucing berkeliaran depan rumah. Mujur ada kerjasama yang baik dari jiran berkenaan. Win-win situation gitu. Alhamdullilah terima kasih kerana menjadi jiran yang bertoleransi antara satu sama lain.