Pages

11.11.19

Umpan Pallet Ikan

Projek hujung minggu di rumah ''homemade umpan pallet'' bersama keluarga. Saya tak reti sangat bab2 begini cuma jadi suka pemerhati sebab setiap kali pembuatan umpan mesti ada berbeza barang yang digunakan.

Pallet 920 - 2kg
Susu Soya - 500 ml
Santan Kotak - 200 ml
Malt Coklat - taburan secukup rasa
Kelapa parut - Sebiji
Kordial Laici (Double Lion) - 300 ml


Aihh.. ada jari kecil si adik menyebok kat situ. mula2 macam geli nak pegang sekali bila dah dapat 'feel' kemain kan nak kaut sampai masuk mulut. Si Kakak awal2 dah standby kat tepi nak tolong daddy katanya.


Langkah 1- Pallet 920 dimasukkan ke dalam sebekas besen besar mudah semasa nak proses mengaulkan nanti.
Kemudian campurkan Susu Soya - 500 ml dan  kordial Laici (Double Lion) - 300 ml


Langkah 2 - Tuangkan Santan Kotak - 200 ml ke dalam sebatian pallet. Tak berganjak jari dua beradik tu berebut-rebut kan nak kacau.


Langkah 3 - Taburan Malt Coklat diletakan secukup rasa. Warna Pallet akan kelihatan sedikit kegelapan apabila ditabur dengan Malt Coklat.


Langkah 4 -  Jemurkan sebatian Pallet ini beberapa jam bagi membuangkan kelembapan yang terperangkap. Bila dah nampak kering masukkan kelapa parut (sebiji).




Langkah 5 - Gaul sehingga mesra bahan2 didalam dan perap sekali lagi untuk beberapa hari bagi menaikkan bau kemasaman dari kelapa. Tah lagi mungkin bau yang terbit keluar tu boleh memikat ikan la gamaknya.
Berjaya atau tidak sebatian umpan pallet ini  menaikkan ikan? Ha kena cuba barulah tahu.