Ikutkan minggu depan saya plan nak cuti untuk selesaikan urusan di Pengurusan Air Selangor, teringat member yang kerja disana, bolehlah tanya berkenaan prosedur berkenaan proses tukar nama meter air.
Dokumen yang perlu dibawa nanti :-
1) Salinan Snp
2) Salinan IC
3) Gambar lengkap meter stand
(berkuatkuasa 17 feb 2020)
4) Bayaran Cagaran - RM70 (bergantung kepada premis)
5) Caj Pemasangan Meter - RM40
6) Stamping - RM20
7) Proses Tukar Nama - RM2.10
Total ::
RM132.10
Beria-ria kitaorang ambil gambar stand meter rumah cuma meter dah hilang tah kena cabut ke apa, Rupa-rupanya langsung tak menepati standard stand meter yang Pengurusan Air Selangor tetapkan. Jawabnya bila hantar permohonan confirm kena REJECT punya la nanti.
Contoh stand meter yang sewajarnya ada. Jadi Pengurusan Air Selangor hanya pasang meter kat situ. Jarak ruang kosong 7.5'' . Kena tepat ye sebab nak sepadan dengan saiz meter.
Syarat tambahan untuk lampirkan gambar meter jika ada meter. Lain kes dengan rumah saya meter memang dah tiada jadi kena pastikan stand meter lengkap. Kalau tak lengkap upahlah plumber untuk pasang kalau nak lagi jimat beli barang pasang sendiri.
Penting ye untuk lampirkan gambar meter semasa (jika ada)
Dibawah ini adalah borang2 yang perlu kami isi dan hantar ke SYABAS nanti. Bagi memudahkan urusan saya print terlebih dahulu di
https://www.airselangor.com/my-water-smart/moving-in
Isi siap2 kat ruamh dulu sebelum datang tak delah terkocoh2 nanti kat sana
Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air kena print dan isi 2 set. Stamping Hasil hanya di beli kaunter Pengurusan Air Selangor tidak boleh beli di luar.
Surat kebenaran dan Akujanji dan borang dibawah memandai satu set sahaja
Head Quarters
Jalan Pantai Baharu
59990 Kuala Lumpur
Tel: 03-2088 5400
Gombak
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-6126 2500
Petaling
Jalan Templer
46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7841 1000
Klang
Jalan Kota, 41000 Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3371 0144
Hulu Langat
Jalan Semenyih, 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8733 5717
Kuala Langat
Telok Datok, 42700 Banting
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3187 1620
Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-6064 1270 / 03-60641273
Kuala Selangor
No. 13, Jalan Bendahara, 1/2B,
Taman Bendahara
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3280 5400
Sabak Bernam
Jalan Besar, 45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3224 2936
SepanG
No. 46 & 48, Jalan 2
Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8706 1154 / 03-8777 4000
adoi mujurlah dapat maklumat yang tepat terlebih dahulu kalau tak confirm kena datang berulang kali. Kata kawan saya lagi nak tunggu kaunter panggil no untuk permohonan baru memang mengambil masa yang lama ..ada yang berjam2 nak siap jadi sangat2 mustahak untuk pastikan semua dokumen lengkap.