Pages

3.2.20

Bahasa Rojak

Bekerja dalam dunia IT memberi peluang kepada saya berhadapan dengan pelbagai ragam pengguna. Setakat pengguna internal alhamdullilah masih dalam kawalan. Menjadi rutin seharian, pengguna yang mempunyai masalah sistem, server atau perkakasan (laptop) biasanya akan menghantar email kepada team saya untuk bantuan.
Dalam banyak2 email yang seketul ini memang kelakar. Alamak dik, ko nak tulis English tulis la semua dalam English. Ini sekejap dalam English sekejap ko tukar bahasa Melayu alahai rojak bahasa dibuatnya. Habis pusing nak fahamkan masalah diaorang nie.