Pages

13.2.20

Proses Tukar Nama Akaun TNB

Lega sangat2 bila proses pembelian rumah saya dah selesai
Kunci rumah pun sudah berada di tangan.
Walaupun subsales je tapi keterujaan nak tengok rumah baru tak tergambar dengan kata-kata.

1st step ke TNB  untuk penyambungan semula electrik dan tukar akaun nama ke pemilik yang baru,
kalau tak tertangguh kerja2 pemasangan drill langsir dan kipas.

Kena pastikan semua dokumen lengkap dan of course duit dah standby secukupnya..

1) Salinan Keseluruhan SnP - TNB akan ambil dan simpan
2) Salinan IC
3) Setem Hasil RM10 ( 2 Keping) - Boleh beli di TNB
4) Duit Cagaran RM250 (berbeza mengikut jenis kediaman)
5) Proses Tukar Nama - RM3

* tambahan info - Saya lampirkan gambar bercetak meter board untuk rujukan TNB


Borang yang perlu diisi untuk penukaran nama. Tuan rumah perlu sign pada borang ini.





Invoice dari TNB yang dihantar ke email selepas pembayaran dibuat.

Sebenarnya boleh jer apply secara online di www.mytnb.com.my.  Ikutlah kepada keselesaaan dan preferences masing-masing.
Proses sambungan electrik akan mengambil masa 3-5 hari waktu bekerja. InsyaAllah by next week electrik dah ada so boleh buat apa yang telah dirancangkan sebelum ini.
 
Kadar cagaran berbeza mengikut jenis kediaman. Boleh rujuk di website TNB :: https://www.mytnb.com.my/residential/get-electricity/security-deposit