Pages

31.12.21

Playdoh dari Tepung Gandum

Hari ini kita ber Eksperimen membuat playdoh dari bahan2 yang tersedia ada dirumah.  Aktiviti motor halus yang sangat sesuai untuk anak2 mengisi masa terluang di rumah. Sekaligus boleh melatih sensori tangan dari awal penyatuan bahan2 sehingga menjadi sebatian playdoh.




Resepi penyediaan simple dan mudah

2 Cawan Tepung Gandum

Setengah cawan Garam halus

4 sudu besar minyak masak

2 cawan air

Pewarna makanan

* ada yang tambah cream of tar tar, tak wajib kalau ada 1 tbsp


Cara-caranya

1) Campurkan tepung gandum dan garam

2)  Campurkan air, minyak dan beberapa titis pewarna makanan

3) Uli semua bahan sehingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekit. Adjust air dengan tepung supaya adunan tidak lembik. kalau lembik tambah tepung.


* ada yang masak atas api. terpulang kepada cara yang dirasakan mudah. Tapi kami style uli2 jer macam buat doh kuih gitu




My kids enjoy sangat aktiviti sebegini. Cari dulang besar skit biar depa puas explore langkah demi langkah. Bersepah skit tu normal. nanti kita sama2 kemas. orang kata bonding time together2 kan.


Kakak nak warna kuning .. adik dah cop awal2 warna merah.

Playdoh perlu diletakkan di dalam bekas bertutup jauh dari haba untuk lebih tahan lama dan simpan dalam peti sejuk.

15.12.21

Taman Buaya Melaka

Tertunai hasrat dihati nak jejak kaki ke Melaka setelah lama PKP. Taman Buaya antara dalam tentative destinasi nak bawa anak2 jalan-jalan. Kita bagi mereka melihat depan mata haiwan2 kalau tak sekadar tonton dalam TV atau handphone apa 'feel'nya kan.


Kami datang weekday. untuk lebih penjimatan kita beli secara online rate nya (RM13.80) berbanding walk in di kaunter (RM16). Boleh beli di https://www.jomjalan.com.my/listing/taman-buaya-melaka




 Antara binatang yang menjadi penghuni tetap di sini seperti ular, kura2, burung merak, rusa, arnab. burung ostrich. Anak2 ni bila dapat bagi haiwan makan dan pegang memang part diaorang suka. 











Masing2 terpegun tengok gelagat buaya-buaya di sini sempat kitaorang tengok buaya bercekau. Nak tau spesis apa buaya-buaya disini baca jer tag kat tepi sangkar tu, sambil2 kita belajar nama spesis2 buaya yang terdapat di seluruh dunia.



Ada Taman Air Mini tau, mana la tahu ada kanak2 nak mandi- manda setelah puas berjalan mengelilingi kawasan sekitar boleh singgah.


Cuaca agak panas terik mujur banyak pokok-pokok meneduhi sedikit kepanasan. Semoga aktiviti dan ilmu yang kami kutip hari ini menjadi pengalaman yang terbaik kepada anak2 saya.  

5.12.21

Tukar Ceiling Lampu LED

Tak menyala pulak dua lampu siling kat dalam rumah. Bilik satu, ruang tamu satu. Hampir 6 tahun juga pasang lampu LED ni, kalau tak ganti baru alamat berpinar sakit mata sis tengok cahaya malap2 je.


Singgah kedai lampu ni riki2 dulu model lampu dan harga yang dia jual. Cantik yang jenis 3 colour tu tapi harga seketul RM58 - RM150.. alamak over the budget ler.




Survey2 lagi nampak yang satu color. Nice, harga pun in budget dalam RM29 seketul. Ambil dua sebab nak ganti dua kawasan.


Design yang kami pilih. Quite simple yang penting terang benderang gitu.