Pages

15.12.21

Taman Buaya Melaka

Tertunai hasrat dihati nak jejak kaki ke Melaka setelah lama PKP. Taman Buaya antara dalam tentative destinasi nak bawa anak2 jalan-jalan. Kita bagi mereka melihat depan mata haiwan2 kalau tak sekadar tonton dalam TV atau handphone apa 'feel'nya kan.


Kami datang weekday. untuk lebih penjimatan kita beli secara online rate nya (RM13.80) berbanding walk in di kaunter (RM16). Boleh beli di https://www.jomjalan.com.my/listing/taman-buaya-melaka




 Antara binatang yang menjadi penghuni tetap di sini seperti ular, kura2, burung merak, rusa, arnab. burung ostrich. Anak2 ni bila dapat bagi haiwan makan dan pegang memang part diaorang suka. 











Masing2 terpegun tengok gelagat buaya-buaya di sini sempat kitaorang tengok buaya bercekau. Nak tau spesis apa buaya-buaya disini baca jer tag kat tepi sangkar tu, sambil2 kita belajar nama spesis2 buaya yang terdapat di seluruh dunia.



Ada Taman Air Mini tau, mana la tahu ada kanak2 nak mandi- manda setelah puas berjalan mengelilingi kawasan sekitar boleh singgah.


Cuaca agak panas terik mujur banyak pokok-pokok meneduhi sedikit kepanasan. Semoga aktiviti dan ilmu yang kami kutip hari ini menjadi pengalaman yang terbaik kepada anak2 saya.