Hari ini kita ber Eksperimen membuat playdoh dari bahan2 yang tersedia ada dirumah. Aktiviti motor halus yang sangat sesuai untuk anak2 mengisi masa terluang di rumah. Sekaligus boleh melatih sensori tangan dari awal penyatuan bahan2 sehingga menjadi sebatian playdoh.
2 Cawan Tepung Gandum
Setengah cawan Garam halus
4 sudu besar minyak masak
2 cawan air
Pewarna makanan
* ada yang tambah cream of tar tar, tak wajib kalau ada 1 tbsp
Cara-caranya
1) Campurkan tepung gandum dan garam
2) Campurkan air, minyak dan beberapa titis pewarna makanan
3) Uli semua bahan sehingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekit. Adjust air dengan tepung supaya adunan tidak lembik. kalau lembik tambah tepung.
* ada yang masak atas api. terpulang kepada cara yang dirasakan mudah. Tapi kami style uli2 jer macam buat doh kuih gitu
Playdoh perlu diletakkan di dalam bekas bertutup jauh dari haba untuk lebih tahan lama dan simpan dalam peti sejuk.