Pages

31.5.22

Recycle

Dalam rumah sis, botol-botol plastik yang dah habis pakai kitaorang tak buang campur bersama 

sampah2 biasa. Kumpul2 dia dalam satu guni berisi plastik sahaja. Kiranya kami praktikkan konsep 

kitar semula  gitu.

Minyak masak terpakai antara yang kami kumpul. Dari directly buang dalam sinki yang berpotensi

boleh mengakibatkan sinki tersumbat lagi elok cara begini. Lebih environment friendly.

Stok minyak masak terpakai berbulan2 juga nak penuhkan 3 botol ni.

 

Kebetulan ada sofa dalam rumah yang dah rosak. Gigihlah kopak2 sofa lama tu sebab nak buang. 

Sekali dapat asingkan hampir seguni spring. Berbaloi bekerja keras gitu.



Semua hasil pengasingan barang kami hantar ke pusat recycle Putrajaya, Presint 9

Proses kat sini mudah dan cepat. 

Datang2 je terus bawa barang untuk ditimbang. Ada staff dia dah standby siap2 di situ

pastu masuk dalam office untuk collet duit timbangan tadi. Tak sampai 10 minit urusan selesai



Lokasi
Pusat Kitar Semula Komuniti Putrajaya,
Jalan P9b, Presint 9, Putrajaya

Waktu Operasi
Selasa8:30PG–3:00PTG
Rabu8:30PG–3:00PTG
Khamis8:30PG–3:00PTG
Jumaat8:30PG–3:00PTG
Sabtu8:30PG–4:30PTG
Ahad8:30PG–4:30PTG
Isnin
 
8:30PG–3:00PTG





Total jualan bahan kitar semula :: RM23.60 . 

Minyak masak terpakai, kertas, botol2 plastik dan besi ( spring)

Sumbangan kecil kami sebagai warga bumi dalam menjaga alam sekitar.

27.5.22

Kelas Zapin Pekajang

 *Special Class 'Zapin Pekajang'.*


πŸ’₯Sabtu, 28/5/22

πŸ’₯MYFitdance Studio, Wangsa Maju

πŸ’₯8.30 malam - 10.30 malam

πŸ’₯RM30/Pax


*PROMO!! PROMO!! PROMO!!*


*FREE ENTRY* untuk u ols yang bawa 3 orang join Special Class 'Zapin Pekajang' nanti. Terhad untuk 10 orang sahaja. 😁


Nak join? Cepat grab promo ni u ols πŸ’ƒ. 


Pendaftaran/pertanyaan:


www.wasap.my/60123873690/promozapinpekajang


www.wasap.my/60172861187/promozapinpekajang






24.5.22

Jom Berzapin Bintang Kecil

 Jom Berzapin tambah slot lagi!!! Wahhhh...laku keras ni u ols πŸ’ƒ


Dah tambah slot pun dah tak banyak lagi slot kosong dah tau. Ada 7 jer lagi kosong.Terbaik la mommy daddy nak anak2 join program Jom Berzapin ni. Bestnya siapa yang join akan dapat goodies bag istimewa dan eksklusif serta sijil penyertaan.πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»


Jom u ols daftarkan anak2, anak buah, adik2, sepupu, jiran ke program Jom Berzapin Bintang Kecil dan Kyrana Dance Group ni. Terbuka kepada semua yang berumur dari 7 - 13 tahun. Nak daftar klik link dibawah ya. πŸ’ƒ


https://toko.ideaktiv.com/product/jom-berzapin/




Pensil Khat Mekanikal

Tengah2 susun buku dalam beg sekolah agama tetiba anak sis bersuara

''mummy, ustazah suruh bawak pensil khat esok''

''hahhh agak2 la kakak . dah malam baru kakak nak bagitau.. .Kedai dah tutup pun,''

terbuntang mata sis kejap dengar....pukul 10 malam baru nak bagitu kena ada itu ini 


''habis camne, nak tulis khat esok pensel khat takde??''

''takpe mummy ..nanti kakak suruh ustazah buat''

fuhh mujurlah ustazah sporting je nak tolong asahkan pensil 2B jadi pensil khat sebelum beli permanently pensil khat.


Ni baru kitorang pergi kedai buku dan alat tulis cari pensil khat. Senang kan dah ada pensil khat jenis 

mekanikal tak payah asah2 manual hujung mata pensil 2B. Anak sis bila ditanya suka tak pakai.?? 

okey je dia jawapan.. 





12.5.22

Basikal Tua

Basikal peninggalan arwah atok sis. Banyak jasa dia masa atok ada lagi memang transport utama 

bergerak kemana sahaja....ke kedai...even masuk kebun getah pun rileks kayuh basikal jauh2.

Kami cucu2 ni kalau balik kampung sakan ajak atok ronda-ronda kampung.. masing2 pakat berebut 

duduk dekat palang depan dengan seat belakang nun. 



Bila tengok basikal tua nie tersadai macam besi buruk alahai datang plak perasaan sentimental


Yelah sis dulu banyak membesar dikampung. Asal cuti sekolah mesti balik kampung.

Tengoklah ada budget teringin nak cantikkan balik basikal tu semula. Pasti menarik rupa basikal ni bila dah segak balik.

11.5.22

Seven Castle Lotus's Bukit Puchong

Alkisah masa bulan puasa haritu jalan-jalan masuk Lotus Bukit Puchong

Niat asal nak cari tudung raya budak2 ni.

Baru melepasi 3-4 kedai tup2 si adik bersuara ... taman mainan... nak pergi taman mainan!

Aisehman tajam plak mata dia.




Oklah sebab tak nak menghampakan hajat anak2, kami decide untuk spend satu jam masa kat sini. Datang2 pun takde orang lain.. line clear memang seronoklah budak2 nak explore segala mainan.






Our teritory. Rezeki datang waktu hari bekerja maka tempat ini kami yang punya. Hahaha.

















Happy gila budak2 ni dapat luang kan masa kat sini. Kena pula timing cantik. Ko nak lari2 sana sini seriusly takde gangguan. Nanti ada rezeki kita datang lagi.

9.5.22

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Macamana dengan raya terkejut korang tahun ini.

Mesti banyak kisah dan pengalaman lucu serta menarik bukan.

Bagi anak2 sis peluang balik kampung sangatlah dinanti-nantikan mereka. 

Peluang meronda pusing keliling kampung, pengalaman membuat unggun api, menangkap 

belalang/mentadak antara aktiviti yang memenuhi masa mereka di sini





Apa2 pun seminggu dah berlalu dengan pantasnya dah harini semua dah back to routine

Anak-anak dah mula bersekolah, ayah ibu dah mula bekerja

Ayuh kita charge kan tenaga walaupun sisa kelemauan masih tersisa.