Basikal peninggalan arwah atok sis. Banyak jasa dia masa atok ada lagi memang transport utama
bergerak kemana sahaja....ke kedai...even masuk kebun getah pun rileks kayuh basikal jauh2.
Kami cucu2 ni kalau balik kampung sakan ajak atok ronda-ronda kampung.. masing2 pakat berebut
duduk dekat palang depan dengan seat belakang nun.
Bila tengok basikal tua nie tersadai macam besi buruk alahai datang plak perasaan sentimental
Yelah sis dulu banyak membesar dikampung. Asal cuti sekolah mesti balik kampung.
Tengoklah ada budget teringin nak cantikkan balik basikal tu semula. Pasti menarik rupa basikal ni bila dah segak balik.