Dalam rumah sis, botol-botol plastik yang dah habis pakai kitaorang tak buang campur bersama
sampah2 biasa. Kumpul2 dia dalam satu guni berisi plastik sahaja. Kiranya kami praktikkan konsep
kitar semula gitu.
Minyak masak terpakai antara yang kami kumpul. Dari directly buang dalam sinki yang berpotensi
boleh mengakibatkan sinki tersumbat lagi elok cara begini. Lebih environment friendly.
Stok minyak masak terpakai berbulan2 juga nak penuhkan 3 botol ni.
Kebetulan ada sofa dalam rumah yang dah rosak. Gigihlah kopak2 sofa lama tu sebab nak buang.
Sekali dapat asingkan hampir seguni spring. Berbaloi bekerja keras gitu.
Selasa | 8:30PG–3:00PTG |
Rabu | 8:30PG–3:00PTG |
Khamis | 8:30PG–3:00PTG |
Jumaat | 8:30PG–3:00PTG |
Sabtu | 8:30PG–4:30PTG |
Ahad | 8:30PG–4:30PTG |
Isnin | 8:30PG–3:00PTG |
Total jualan bahan kitar semula :: RM23.60 .
Minyak masak terpakai, kertas, botol2 plastik dan besi ( spring)
Sumbangan kecil kami sebagai warga bumi dalam menjaga alam sekitar.