Pages

25.9.22

Kelapa Muda

Sekarang kalau beli sebiji kelapa mau cecah RM5. Balik kampung kita main petik2.. ..jolok2 je memandangkan pokok dia alahai rendang2 belaka. Sesekali jadi orang kampung ni bahagia je rasa benda boleh dapat Free kan..🤣😂

 





Alhamdullilah rezeki orang kampung bila berbuah ni berkongsi lagi dengan jiran2 lagi melimpah ruah pahala dapat. 



24.9.22

Musim Rambutan

Nampaknya rezeki hujung tahun ni bolehlah kita kenduri buah rambutan.

Tengok pokok2 rambutan dah mula mengeluarkan hasil. Cantik berbuah2 dia. Cuma masih muda lagi ... InsyaAllah tunggu lagi sebulan dua mesti dah masak ranum.




 

Anak sis suka makan rambutan memang cuti sekolah December nanti ke kampung la kita.


19.9.22

Pes Laksa Johor

 Terbaru dari NF Signature! Pes Laksa Johor Ohsem Sedap!  Memang berbaloi-baloi beli tau.


Harga : RM20 (600ML)


Kenapa kena cuba PES LAKSA JOHOR OHSEM SEDAP ni?


✅Mudah disediakan.

✅Cepat, menjimatkan masa dan tenaga.

✅Boleh disediakan pada bila2 masa.

✅Tahan lama sehingga 2 bulan atau lebih, bergantung kepada cara penyimpanan masing2.

✅Sebekas 600ml dianggarkan untuk 6-10 orang makan.

✅Hanya tuang aje ke dalam periuk, tambahkan santan 200ml, air dan garam mengikut keperluan dan selera masing2. (Api yang kecil)

✅Cara penyimpanan : Peti sejuk beku. (Freezer)


Open order sekarang!

📌Delivery Rabu, 21/9/22.

📌Order with payment.

📌Delivery dari Ampang.


ORDER :

www.wasap.my/60123873690/pesLJOS


www.wasap.my/60172861187/pesLJOS







13.9.22

Kuih Sarapan Pagi

Tadi singgah gerai nasi lemak tepi jalan area rumah sis

Tengok stok karipap kemain banyak atas meja, terus ambil sebungkus

Orang baru hantar la tu.. gebu2 karipap dia


Karipap RM3 dapat 4 biji dalam satu bekas

Kuih Lapis RM2.50 dipotong2 dalam 6 bahagian kecil

Begitulah nak.. kuih2 zaman skang kemain mendiva harga 


Meh kita tengok isi kandungan karipap. Masuk kategori padu atau oksigen??. Alhamdullilah isi dia padat, padu dan penuh... bagus2 camni etika meniaga yang bagus.

8.9.22

Kereta Air Asia


Kreativiti pada kenderaan ini sedikit mencuit hati sis yang berada dibelakang. Simbolik kapal terbang.

Nampak plak sticker Air Asia yang  ditampal  mewakili brand Air Asia megah terbang tinggi di udara. 

'Simple but genius'  marketing dia sebab of course akan menarik perhatian mata-mata yang 

memerhati.  Kena pula warna kereta dengan warna korporat merah Air Asia. Matchable gitu🥰

5.9.22

Corn Dog

Cerita anak sis request nak makan corn dog. Aneh la jugak sebab hari2 balik sekolah 

lalu depan gerai corn dog sikit pun korang tak heran. Takpelah kita layankan ajer permintaan tu sebab 

diaorang sekali pun tak pernah makan. Singgah sini sebab dia jer buka time ni.


Bila mummy tanya macamana boleh terpikir nak makan corndog? rupanya dok tengok  video Youtuber 

yang dok promote makanan corndog. Kes terpengaruh sungguh hai budak2 ni. Beli 2 set, satu 

letak cheese dengan sos.. satu lagi letak cheese sahaja. RM5 each. Sukalah tu makan dok beria dua 

beradik puji2 sedap2..


1.9.22

Pertandingan Mewarna Hari Merdeka

Selamat Hari Kemerdekaan ke 65 Malaysia!

Seronoknya tengok perarakan tahun di Dataran Merdeka sangat2 meriah 

dengan kehadiran begitu ramai pengunjung. Terkesima baca pengalaman kawan2 di FB yang 

berkesempatan hadir...priceless!

Aktiviti pagi Hari Kebangsaan kami pula dipenuhi dengan menyertai pertandingan mewarna peringkat 

rumah anjuran KRT. Oklah ada program untuk penuhi hari cuti anak2.




Sambutan memang ohsem.. Anak2 sis join untuk kategori umur 3-6 tahun dan 7-9 tahun. Kami tak 

letak apa2 expectation pun janji diaorang enjoy. 



Rezeki kakak dapat no 3. Terkejut badak mummy daddy masa nama dia diumum. Bayangkan

lagi 15 minit nak habis, baru separuh jalan dia color. Tak boleh jadi ni memang mak dia jadi pom2 

duduk sebelah suruh colour laju2 hahaha.  Lagi 5 minit nak tamat tup2 penganjur bagi tambahan masa 

15 minit confirm2lah boleh siap colour. 


Hasil mewarna peserta2 yang menduduki no 1 - no 3. Anak sis la salah satu tu. Adik takde rezeki nak 

menang, mana taknye warna separuh dah mengadu penat.. hehehe. Takpelah hadiah kongsi2 tak mau 

gado2 ye.