Selamat Hari Kemerdekaan ke 65 Malaysia!
Seronoknya tengok perarakan tahun di Dataran Merdeka sangat2 meriah
dengan kehadiran begitu ramai pengunjung. Terkesima baca pengalaman kawan2 di FB yang
berkesempatan hadir...priceless!
Aktiviti pagi Hari Kebangsaan kami pula dipenuhi dengan menyertai pertandingan mewarna peringkat
rumah anjuran KRT. Oklah ada program untuk penuhi hari cuti anak2.
Sambutan memang ohsem.. Anak2 sis join untuk kategori umur 3-6 tahun dan 7-9 tahun. Kami tak
letak apa2 expectation pun janji diaorang enjoy.
Rezeki kakak dapat no 3. Terkejut badak mummy daddy masa nama dia diumum. Bayangkan
lagi 15 minit nak habis, baru separuh jalan dia color. Tak boleh jadi ni memang mak dia jadi pom2
duduk sebelah suruh colour laju2 hahaha. Lagi 5 minit nak tamat tup2 penganjur bagi tambahan masa
15 minit confirm2lah boleh siap colour.