Cerita anak sis request nak makan corn dog. Aneh la jugak sebab hari2 balik sekolah
lalu depan gerai corn dog sikit pun korang tak heran. Takpelah kita layankan ajer permintaan tu sebab
diaorang sekali pun tak pernah makan. Singgah sini sebab dia jer buka time ni.
Bila mummy tanya macamana boleh terpikir nak makan corndog? rupanya dok tengok video Youtuber
yang dok promote makanan corndog. Kes terpengaruh sungguh hai budak2 ni. Beli 2 set, satu
letak cheese dengan sos.. satu lagi letak cheese sahaja. RM5 each. Sukalah tu makan dok beria dua
beradik puji2 sedap2..