Pages

26.12.23

Lambuk Masak Lemak Udang

Semalam mak sis masak lauk lemak lambuk
Kemain selera anak2 saudara sis makan
siap bertambah nasi dua pinggan kau. 
Pemikat dia tang udang yang manis dan kuah sedap berlemak tu. 


Masak penuh satu kuali dengan sekilo gram udang. Puas hati kan semua boleh menambah lauk. 

Alhamdullilah syukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan. 

25.12.23

Tanghulu Viral

Ready bahan-bahan dalam cubaan untuk membuat tanghulu viral. 

Tengok orang buat dalam video macam senang je kan. Moh kita try sekali tengok apa kejadiannya nanti. 
 


Budak2 yang excited sebenarnya. Susun sendiri buah ikut kreativiti dan jenis buah yang diaorang suka. 



Hasil akhir tak sempat nak tangkap budak2 dah ambil ngap.. Tapi First and last jer la buat kot. Sekadar follow dan layan hype je ni.. Manis letting nak oii.. Melekat celah gigi. Baik makan buah fresh2 gitu lagi sedap lagi sihat..

20.12.23

Chocostick Cookies

Tak pernah2 kitaorang order barang dari Tik Tok shop, nak beli chocostick Aunty Jaa punya pasal..terjebak jua. 

Biasa kat FB lalu lalang reel aunty Jaa yang famous dengan dessert dia.. Tengok cocktail fruit bersama curahan coklat pehh meleleh air liur dibuatnya. 

18hb order.. 20hb dah terima barang. Kira laju la untuk delivery ke lembah klang. 




Comel-comel je saiz biskut dia. 

Tak terlalu manis.. Just nice even dah letak coklat pun tak over pouring sweetness tu. 

19.12.23

Cuti Keputeraan Sultan Selangor

Kisah hujung minggu lepas, cuti balik kampung ada kenduri sepupu.
Esoknya kami ke Hospital Manjung melawat makcik saudara kena warded sebab ada tekanan darah tinggi dan minor strok
Sampai hospital ngam2 masa lawatan 12.30pm-2.00pm.

Bagus adik beradik sepupu sis ni ada kesepakatan bergilir menjaga mak mereka di wad. 

Alhamdullilah selang beberapa hari makcik sis dah dibenarkan keluar wad. Lepas ni fokus pada follow up dan speech fisio di hospital. Doakan ye kesihatan makcik saudara sis akan bertambah baik. 


Dah masuk masa lunch memang perut masing2 kelaparan. 

Kami terus mencari port makan di restoran Nasi kukus Pok Ya Manjung. Famous juga kedai ni ye bersilih ganti orang masuk. 




Layan la nasi kukus dia. Cuma part ayam tak boleh nak pilih favourite part, adik yang ambil order cakap ikut apa yang dapat.. 

30.11.23

Taman Lalu Lintas Kuantan

Haritu sis dan family cuti-cuti Malaysia di Kuantan selama 3hari 2malam. First time tau sampai kuantan.

Jadi kami berkesempatan jalan-jalan di beberapa tempat menarik sekitar kuantan. Antaranya Taman Lalu Lintas. Ni anak-anak memang excited nak cuba laluan jalan dia. Asyik minta singgah jadi mak2 bapak2 on jelah masuk. 



Macam-macam ada. Pilih yang mana anak berkenan dan paling utama yang mereka selesa nak handle. Kalau anak2 yang kecil parent boleh control sendiri dengan remote. 
Harga kenderaan berbeza bagi penggunaan selama 15minit.



Teringat zaman sekolah rendah dulu, sis wakil sekolah pertandingan lalu lintas shell di Taman Tasik Titiwangsa. Langgar undang-undang kena saman dengan polis trafik. 🤣







Walaupun masa singkat tapi anak-anak sis puas hati dapat tour keliling taman dengan kenderaan yang disewa. Siap dengan roundabout, traffic light, parking dll pendek kata pendedahan terbaik kepada anak-anak mengenai keadaan dan peraturan jalan raya.

12.11.23

Ice Cream Potong

Semalam sis attend kenduri kahwin di dewan kolej sepuluh UPM. 

Ada booth ice cream potong disitu. 
Lepas makan nasi boleh basahkan tekak dengan pencuci mulut yang sejuk. 




Cute kan potongan ice cream dia.

Dekat bawah tu ada cup plastik boleh tampung lelehan ice cream dari tumpah ke lantai


Banyak flavour yang mereka boleh sediakan bergantung kepada permintaan budget pelanggan. 



29.10.23

Happy birthday Ilman & Naura

Happy birthday kepada dua anak saudara sis yang menyambut hari lahir mereka semalam. Sorang menginjak umur 2 tahun dan sorang mencecah 7 tahun. 

2 kek ice cream perisa coklat dan vanilla menjadi pilihan birthday boy & girl. 



Sambut simple2 je kat rumah tahun ni. 

Wish untuk kedua-duanya..... 

'' Semoga sentiasa menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah, membesar menjadi anak soleh/solehah dan disenangi oleh ramai orang.'' 

25.10.23

Souvenir Korea

Adik saya baru balik berkursus sebulan di Korea, jadi adalah sedikit souvenir untuk family members di Malaysia. 

Ubat gigi, hand losyen, cute stoking, gam dan set sudu+chopsticks. Ohh ada getah dan klip rambut sekali. 

Kacang ni mula-mula masuk mulut weird gila rasa. Banyak kali mengunyah aihh sedap plak rasa dia. Layan beb.. 



Macam biskut. Plain je rasa
Terima Kasih mak ngah bagi souvenir dari jauh ni. Nanti travel la lagi boleh dapat souvenirs dari negara lain plak 😊😂

13.10.23

Murni Discovery USJ

Dulu office lama sis dekat USJ

Bab nak cari makan senang sangat sebab kawasan sini banyak pilihan restaurant.

fastfood, western, makanan melayu, chinese cruinese, mamak bersepah. 

One of port lunch kitaorang Murni Discovery. Sekitar tahun 2011- 2014 aduh lupa tahun yang tepat.

Lama dah tak singgah makan sini. Rindu giler dengan kesibukan kawasan ni.

Sekarang office pun dah berpindah ke Cyberjaya

Antara menu2 yang kami order 

Nasi Goreng Butter


Nasi Lemak Sotong


Chicken Chop


Minuman sejuk.



Dulu2 portion makanan sini besar2. 
Nama air minuman dia unik2 tau dan masih ada yang dikekalkan cuma tak dapat dalam gelas besar2
Yelah seiring peredaran masa dan kenaikan kos bahan mentah yang semakin tinggi
banyak perkara perlu diubah.

12.10.23

Guardian Fun Run 2023

Selalu Fun Run yang sis join bermula awal pagi kali ini cuba kelainan lari di sebelah petang pula. 
Penyertaan pertama kami dalam Guardian Fun Run yang berlangsung di MAEPS Serdang,


Meriah perkarangan kawasan ini dengan booth2 sponsor. Aktiviti pun macam2 boleh sertai dan paling best dapat collect hadiah/samples. 


Dok usha je lori milo ni tak buka2 dari tadi. Mungkin tunggu peserta lari baru diaorang buka.


Kami join kategori 3km Family Run flag off pukul 6.15pm. 
Anak2 dah excited nak lari laju ke depan. 
Bagi chance anak yang sulong mengorak langkah dengan pesanan kita jumpa kat finishing zone
Berani lepas pun sebab kawasan ni laluan kenderaan dah kena block. 
Setiap check point pun ada Marshal yang jaga/monitor. 
Si Adik pulak tengok kakak dia dah hilang ke depan terus mengatur langkah laju. 
Bagi daddy dia je follow.....sis brisk walk tak larat la nak kejar diaorang... ..hahaha





Lautan warna oren.
Pengacara bagitau hampir 8k peserta. Kalau tak salah dengar lah :p
Kecil..besar..tua.. muda memeriahkan suasana.

 




Water station port wajib berhenti bagi  menghilangkan dahaga. 
Dapat pula air mineral sejuk segar sekejap rasanya







Lama tak jogging uols terasa jauh sungguh perjalanan nak ke garisan penamat.
kita santai2 jelah jalan.

 

Finally sampai juga ke finishing zone
Jom ambil medal dan goodies bag
Misi mencari anak2 dan suami sis dalam keriuhan ramai ni.
Masing2 tengah tunggu sis betul2 dekat kawasan keluar goodies bag..
Sejarah uols kena tinggal.. hahaha


Medal dan goodies bag untuk dibawa pulang.




Barang2 yang ada dalam goodies bag. Alhamdulilah Anak2 enjoy
insyaAllah next year kalau ada kita join lagi jika tiada halangan.

19.9.23

Warung Aziz Satar

Tempoh hari sewaktu di Terengganu kami sempat singgah makan di Warung Aziz Satar anak2 nak makan sotong dan udang goreng celup tepung. Ada yang recommended kedai ni. 

Kawasan besar dan parking pun mudah. Banyak juga yang datang makan kat sini.

Smart kan RXZ ni. Parking betul2 kat tepi laluan masuk. Owner mesti tengah menjamu selera kat dalam. Lepas makan kita jalan2 kat tepi pantai plak.. Banyak 'street food' yang menarik di situ. 

18.9.23

Wedding Kemaman Terengganu

Masa cuti merdeka bulan lepas kami ke Kemaman, Terengganu meraikan majlis penyatuan pasangan muda sejoli.



Dua majlis dalam sehari. 
Sessi nikah pada pukul 9.30 pagi dan kemudiannya bersambung ke majlis persandingan waktu 12.30 tengahari. 


Sementara nak tunggu gap masa untuk majlis persandingan, kita intai-intai dekorasi sekitar majlis.

Photo booth 





Jimatkan guna satu pelamin untuk nikah dan sanding. 


Bahagian hadapan kiri dan kanan meja makan dikhaskan untuk keluarga dan saudara-mara sebelah pengantin lelaki dan perempuan. 





Part paling win adalah laluan masuk ke dewan. 
Welcoming betul suasana dia. 
Nak OOTD pun cantik. 


Tahniah kepada kedua2 mempelai
Semoga kekal hingga akhir hayat. 

24.8.23

Baju Merdeka

Settle dah persiapan baju sempena  sambutan hari kemerdekaan di tadika anak sis. 

Antara items yang sis prepare. Budget tak besar seadanya untuk anak yg excited sesekali nak cantik bercostume. 

1) Kebaya peplum songket edition - RM103.90 Shoppe Cakonah Shopp

2) Rantai Pearl -  RM6.90 Kedai Serbaneka

3) Cekak Merdeka - RM10 FB group. 

4) Tudung - RM11.90 Shoppe MaiBeli Official Store Official Store

Plan awal sis pilih cekak macam dalam gambar ni. Order 19hb tapi 23hb masih tak bergerak terpaksa cancelled sebab 25hb nak dress up. 

Anak sis request nak make up sekali... 
Cantik2 nanti boleh hadiah 😊. Amboi ko dik beria betul dia. Kita bedak2 muka calit lipstick sudah la dik.