Pages

28.4.25

Cat Food

Sis join giveaway SmartHeart kat Facebook haritu, tak sangka menang weh! Organizer dah hantar hadiah ke rumah tapi serius tak expect gini meriah diaorang bagi. Thank you so much SmartHeart Cat Malaysia. 

Tapi kan sebab kat rumah sis tak bela kucing so rezeki ni kita share dengan kucing-kucing dijalanan nanti. Moga kenyang dorang nanti. Amin.. Doakan tau rezeki sis dimurahkan. 

27.4.25

Hamster

Petang tadi anak sis ada kelas memanah, sementara nak tunggu kelas habis, kitaorang masuk pet shop nak isi masa yang terluang. 
Si adik ikut sekali sebab minggu ni dia tak masuk kelas. 


Jalan-jalan depan tempat hamster adik request nak bela hamster. Alasan dia nak beli sebab adik tak pernah ada pet. 


Sebab daddy approve nanti sama2 take ownership ye bersihkan sangkar dan jaga hamster. Mummy bab2 binatang surrender awal2 sebab hat ni tak rajin hehe.


Sambil staff pet shop siapkan hamster pilihan anak sis, sempatlah kami tanya mengenai penjagaan dan makanan. Baru tahu cara nak bezakan jantina. Jantan ada tiga titik, betina dua titik. Cara nak mandikan hamster tu pun dia ceritakan. 
Pendek kata, staff knowledgeable. Siap tunjuk gambar hamster yang dia sendiri bela kat rumah. 


Gigih beli makanan hamster untuk permulaan, lepas ni boleh je beli kuaci biasa kat kedai.



Setakat ni takde nama tetap lagi. Anak2 sis masih memikirkan nama yang sesuai. 

23.4.25

ADAMAS x SIC TIME OUT!

Join us at the ADAMAS x SIC TIME OUT! happening on 26 April 2025, 8PM–12AM at the South Paddock!

Whether you’re skating, cycling, or just walking with your loved ones, everyone’s welcome!

🎟 FREE ENTRY

🕕 Registration from 6:30 PM | Last entry at 10:30 PM

📍South Paddock, PETRONAS SIC

🔗 Scan the QR code to register!


20.4.25

Jamuan Raya Sekolah

Jumaat lepas ada sambutan hari raya sekolah jadi sis bagi anak2 decide apa makanan yang mereka nak bawa ke sekolah untuk jamuan pot luck kelas.


Sharing photo dari guru kelas anak 1st sis. Parents boleh menyumbang ikut  kemampuan masing2. Jika tidak berkesempatan tidak mengapa, yang penting anak2 happy berkongsi rezeki bersama-sama. 




Kelas anak no 2 cikgu tak banyak capture gambar makanan tapi tetap meriah dengan pelbagai juadah. 


Cerita pasal juadah yang anak sis bawak. 
Si kakak request roti jala. Jenuh dok cari vendor di group Facebook taman rumah, faham2 lah musim raya byk vendor yang dah fully booked order. Terjumpa juga sorang dan alhamdullilah memang sedap. Dapat rasa balance si kakak bawak balik rumah. 
 
Roti Jala + Kari Ayam
(1/2kg tepung (~45 pcs) = RM50) 

Anak kedua tak lain tak bukan mini cheese tart. Hat ni senang sebab dah selalu order dengan vendor yang sama. 
RM23 (50 biji mini cheese tart) 

16.4.25

Saloon Trip

Penuh dah cop & sign kat reward card ni, time untuk redeem free cutting + hair wash! So far sis puas hati dengan service saloon ni dah level loyal customer sampai staff pun dah cam muka sis dan anak2. Faham dah macamana style potong rambut kami.
Tadi potong rambut anak sekali, rambut dia dah panjang! Kena RM20. Untuk sis of course redeem reward jimat sikit la untuk saloon trip kali ini. 

6.4.25

Ketumbar Jawa

Masa raya ni seronok dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara. Sambil makan juadah raya kita berkongsi macam-macam cerita. 

Antara topik random orang pompuan sudah tentu cerita tentang tumbuhan dan pokok bunga yang ditanam depan rumah.


Untung2 kita paw sekali ketumbar jawa yang makcik sis tanam. Lagi sedap dari ketumbar biasa tu katanya. Senang membiak dan dijaga.