Pages

27.4.25

Hamster

Petang tadi anak sis ada kelas memanah, sementara nak tunggu kelas habis, kitaorang masuk pet shop nak isi masa yang terluang. 
Si adik ikut sekali sebab minggu ni dia tak masuk kelas. 


Jalan-jalan depan tempat hamster adik request nak bela hamster. Alasan dia nak beli sebab adik tak pernah ada pet. 


Sebab daddy approve nanti sama2 take ownership ye bersihkan sangkar dan jaga hamster. Mummy bab2 binatang surrender awal2 sebab hat ni tak rajin hehe.


Sambil staff pet shop siapkan hamster pilihan anak sis, sempatlah kami tanya mengenai penjagaan dan makanan. Baru tahu cara nak bezakan jantina. Jantan ada tiga titik, betina dua titik. Cara nak mandikan hamster tu pun dia ceritakan. 
Pendek kata, staff knowledgeable. Siap tunjuk gambar hamster yang dia sendiri bela kat rumah. 


Gigih beli makanan hamster untuk permulaan, lepas ni boleh je beli kuaci biasa kat kedai.



Setakat ni takde nama tetap lagi. Anak2 sis masih memikirkan nama yang sesuai.