Pages

20.4.25

Jamuan Raya Sekolah

Jumaat lepas ada sambutan hari raya sekolah jadi sis bagi anak2 decide apa makanan yang mereka nak bawa ke sekolah untuk jamuan pot luck kelas.


Sharing photo dari guru kelas anak 1st sis. Parents boleh menyumbang ikut  kemampuan masing2. Jika tidak berkesempatan tidak mengapa, yang penting anak2 happy berkongsi rezeki bersama-sama. 




Kelas anak no 2 cikgu tak banyak capture gambar makanan tapi tetap meriah dengan pelbagai juadah. 


Cerita pasal juadah yang anak sis bawak. 
Si kakak request roti jala. Jenuh dok cari vendor di group Facebook taman rumah, faham2 lah musim raya byk vendor yang dah fully booked order. Terjumpa juga sorang dan alhamdullilah memang sedap. Dapat rasa balance si kakak bawak balik rumah. 
 
Roti Jala + Kari Ayam
(1/2kg tepung (~45 pcs) = RM50) 

Anak kedua tak lain tak bukan mini cheese tart. Hat ni senang sebab dah selalu order dengan vendor yang sama. 
RM23 (50 biji mini cheese tart)