Pages

30.5.25

PdPR

Tempoh hari sekolah anak sis antara yang terlibat dalam perlaksanaan PdPR sempena Sidang Kemuncak Asean. 

Isnin dapat cuti peristiwa sebab sabtu lepas ada sukan sekolah. So straight 3 hari tenang2 ajer di rumah. 


Ni semua mandat dari guru2 subjek. Gigih la mummy diaorang summarize kan dalam satu paper board. Senang budak dua orang tu nak buat reference dan double check kot ada yang tertinggal. Tak yah nk scroll telegram banyak2 kali. 

Tugasan kena hantar selepas cuti sekolah nanti. Tapi sis dah bagi syarat buat awal tak kalut karang depa dah pergi jalan rumah opah atok memang x jadi apa dengan tugasan ni. 

Ice Cream Malaysia

Cuaca panas-panas begini memang syok layan aiskrim Malaysia. Sis baru je order dari kawan office ada perisa Coklat, Mix McFlurry, Solero dan Strawberi. Sambil sejukkan tekak dapat juga support bisnes kawan-kawan. Haaa win-win gitu... 

25.5.25

Remote Work Opportunities

40 laman web yang boleh anda terokai untuk mencari peluang kerja jarak jauh (remote). Setiap satunya telah di sertakan dengan pautan ke website. 

1. Upwork - www.upwork.com

2. Freelancer - www.freelancer.com

4. Toptal - www.toptal.com

5. Remote.co - www.remote.co

6. FlexJobs - www.flexjobs.com

7. Remote OK - www.remoteok.io

8. We Work Remotely - www.weworkremotely.com

9. Virtual Vocations - www.virtualvocations.com

10. Jobspresso - www.jobspresso.co

11. Working Nomads - www.workingnomads.co

12. Indeed - www.indeed.com

13. LinkedIn - www.linkedin.com/jobs

14. Simply Hired - www.simplyhired.com

15. Remote Work Hub - www.remoteworkhub.com

16. Pangian - www.pangian.com

17. Remote Jobs Club - www.remotejobsclub.com

18. Dynamite Jobs - www.dynamitejobs.com

19. SkipTheDrive - www.skipthedrive.com

20. Remotive - www.remotive.io

21. Remote.com - www.remote.com

22. Outsourcely - www.outsourcely.com

23. Guru - www.guru.com

24. Remotees - www.remotees.com

25. Remote4Me - www.remote4me.com

26. PowerToFly - www.powertofly.com

27. Remotees - www.remotees.com

28. Jobscribe - www.jobscribe.com

29. Stack Overflow Jobs - www.stackoverflow.com/jobs

30. Working Not Working - www.workingnotworking.com

31. Remoters - www.remoters.net/jobs

32. GitHub Jobs - jobs.github.com

33. Europeremotely - www.europeremotely.com

34. Remote Jobs PH - www.remotejobs.ph

35. Freelanced - www.freelanced.com

36. Crowdsource - www.crowdsource.com

37. Remotepreneurs - www.remotepreneurs.com

38. Remote Workmate - www.remoteworkmate.com

39. Remote-Developer-Jobs - www.remote-developer-jobs.com

40. RemoteWork.us - www.remotework.us


Credit : Think Bright Academy FB


Disclamer: Sila ambil perhatian bahawa ketersediaan peluang kerja mungkin berbeza-beza dan disyorkan untuk menyelidik secara menyeluruh setiap website dan tawarannya sebelum mula memohon pekerjaan.

Sukan Tahunan Sekolah


Tahun ni anak sis rezeki terpilih mewakili rumah sukan Bimasakti (Biru). 2 acara iaitu 4x200m dan 1200m yang bermula beberapa hari lebih awal anak sis berjaya meraih pingat emas dan gangsa.

Bagi acara akhir balapan 4x100m yang diadakan pada hari sukan anak sis berjaya merangkul pingat gangsa. Syabas dan tahniah semua. Alhamdullilah pengalaman manis untuk anak sis sebelum melangkah ke sekolah menengah. 

22.5.25

Kelas Tarian Etnik Sarawak

Jom! Sertai Kelas Tarian Etnik Sarawak 💃

Terbuka kepada semua. Kanak2 seawal umur 6 tahun sehingga dewasa.

Info kelas :

Tarikh : 24/5/25, Sabtu

Masa : 10 pagi - 12 tengahari 

Tempat : Kyrana Dance Entertainment Studio, Ampang

Yuran : RM30/seorang (Daftar dan bayar awal sahaja)

Walk-in : RM35/seorang

Jom daftar sekarang! 😊

Pertanyaan :

Whatsapp 012-3873690 | 017-2861187


20.5.25

Penutupan Jalan Di Lembah Klang

Road Closure Notice 23 - 28 May 🚧

Rancang perjalanan anda dengan bijak. 


16.5.25

Selamat Hari Guru


Pendidik sehebat cikgu adalah yang permata tak ternilai. Menyinari kegelapan, menyalakan harapan, dan membentuk generasi yang bukan sekadar tahu tetapi juga berakhlak serta bersedia menggenggam dunia.

Orang hebat bisa mencipta karya agung
tapi cikgu yang hebat mampu melahirkan ribuan insan unggul yang bakal menjadi nadi perubahan serta menyemai benih kepimpinan.

Cikgu bukan sekadar penyampai ilmu,
tetapi pemahat masa depan, mencorak jiwa, mengukir watak malah membina jambatan ke arah bangsa yang lebih bermaruah.

Dengan setulus dedikasi dan keikhlasan hati,
cikgu menjadi obor reformasi pendidikan. 
Mendorong sistem ke arah lebih progresif, inklusif dan bermakna.

Terima kasih cikgu.

Atas segala pengorbanan yang dicurahkan, 
kasih sayang yang tak pernah kering
dan kecekalan yang menjadi inspirasi sepanjang zaman.

Moga Allah limpahkan kesihatan,
permudahkan setiap langkah perjuanganmu
dan panjangkan umurmu dalam keberkatan
agar terus membimbing anak bangsa menuju gemilang.

11.5.25

Kelas Zapin Tanjung Labuh


Jom! Sertai Kelas Zapin Tanjung Labuh 💃

Terbuka kepada semua. Kanak2 seawal umur 6 tahun sehingga dewasa.


Info kelas :

Tarikh : 16/5/25, Jumaat

Masa : 8.30 - 10.30 malam

Tempat : Kyrana Dance Entertainment Studio, Ampang

Yuran : RM30/seorang (Daftar dan bayar awal sahaja)

Walk-in : RM35/seorang

Jom daftar sekarang! 😊


Pertanyaan :

Whatsapp 012-3873690 | 017-2861187

Follow Instagram, FB page, Youtube & Tiktok :

@kyranadancegroup

@budaktarikyrana 

7.5.25

Hamster Bath

Anak2 sis tengah semangat jaga hamster sekarang. Hamster seekor je tapi sama-sama ambil tanggungjawab untuk bagi makan, bersihkan kekotoran, cuci sangkar dll. 

Budak2 berdua tu request hamster bath dengan daddy diaorang. 


Hamster tidak boleh dimandikan dengan air kerana bulunya mudah menyerap air yang boleh menyebabkan tekanan atau masalah kesihatan.


Pasir halus khas ni atau dikenali sebagai 'hamster bath' digunakan oleh hamster untuk membersihkan diri dan mengekalkan kebersihan bulu mereka.

Tengoklah aksi hamster mengorek pasir yang membantu membuang minyak dan kotoran dari bulu dia. 

4.5.25

Kelas Asas Tarian Joget (KATTKDG2025)

KELAS ASAS TARIAN JOGET KYRANA DANCE GROUP 2025 sudah dibuka untuk pendaftaran.

Jom sertai Kelas Asas Tarian Joget (KATTKDG2025)💃🏻 

📌Bermula 11/5/2025.

📌Setiap hari Ahad.

📌10am - 12pm.

📌Kyrana Dance Entertainment Studio Ampang, Selangor.

📌Asas Tarian Joget.

📌3 bulan (12 kelas) setiap satu sesi asas. 

📌Terbuka kepada kanak2 seawal umur 6 tahun, remaja dan dewasa.

📌Tiada asas tarian dan ada asas tarian boleh sertai kelas.

📌Yuran : 

Pendaftaran - RM50/seorang

Bulanan - RM100/seorang

Walk in - RM35/seorang (perlu daftar dan bayar dahulu sebelum kelas bermula)

Boleh daftar dan bayar pendaftaran dulu untuk book tempat. Baki bayaran bulanan perlu dijelaskan sebelum sesi kelas bermula.

Bayaran yang telah dibuat samada untuk yuran bulanan atau walk in, TIDAK AKAN DIPULANGKAN (NO REFUND) dan TIDAK BOLEH DIBAWA KE KELAS SETERUSNYA sekiranya peserta tidak dapat hadir ke kelas pada hari tersebut.

SIJIL akan diberikan jika peserta LENGKAP MENGHABISKAN minimum 10 kali kelas atau maksimum 12 kali kelas untuk setiap sesi kelas asas.

JOM DAFTAR SEKARANG SEBELUM TEMPAT PENUH!! 🔥🔥

Pertanyaan & Pendaftaran : 

www.wasap.my/60123873690/KATTKDG2025

www.wasap.my/60172861187/KATTKDG2025

Follow IG : 

@kyranadancegroup 

@budaktarikyrana



3.5.25

Rumah Hamster

Rumah baru si hamster dah selamat tiba. Tanpa berlengah, jom kita pasang terus! Lepas tu bolehlah dia berpindah ke ruang baru yang lebih luas dan selesa untuk bebas bergerak.


Hamster kan haiwan yang aktif. Dalam rumah baru ni ada roda larian jadi bolehlah dia berlari sepuas hati bila-bila masa yang dimahukan. 
Ada botol khas yang dilengkapi dispenser dengan bebola di hujungnya. Bila hamster dahaga dia tekan jer bebola dengan lidah. air akan menitis keluar untuk diminum

Hamster kitorang suka betul panjat keliling besi. Macam tengah cari jalan nak selit la tu. Sesekali anak-anak sis akan bawak keluar main-main dari rumah dia ni. Siaplah bila hamster tu dah pandai lari laju jenuh nak cari kalau dia menyorok. 

1.5.25

Tips Pemilihan Buah

Berikut adalah tips dalam memilih buah yang manis dan sedap. Kita sama2 belajar dan mengetahui dari melihat bentuk, keadaan batang atau pangkal, permukaan bawah dan kulit buah.