Tahun ni anak sis rezeki terpilih mewakili rumah sukan Bimasakti (Biru). 2 acara iaitu 4x200m dan 1200m yang bermula beberapa hari lebih awal anak sis berjaya meraih pingat emas dan gangsa.
Bagi acara akhir balapan 4x100m yang diadakan pada hari sukan anak sis berjaya merangkul pingat gangsa. Syabas dan tahniah semua. Alhamdullilah pengalaman manis untuk anak sis sebelum melangkah ke sekolah menengah.