Anak2 sis tengah semangat jaga hamster sekarang. Hamster seekor je tapi sama-sama ambil tanggungjawab untuk bagi makan, bersihkan kekotoran, cuci sangkar dll.
Budak2 berdua tu request hamster bath dengan daddy diaorang.
Hamster tidak boleh dimandikan dengan air kerana bulunya mudah menyerap air yang boleh menyebabkan tekanan atau masalah kesihatan.
Pasir halus khas ni atau dikenali sebagai 'hamster bath' digunakan oleh hamster untuk membersihkan diri dan mengekalkan kebersihan bulu mereka.
Tengoklah aksi hamster mengorek pasir yang membantu membuang minyak dan kotoran dari bulu dia.