Pages

20.5.14

Bengkel Perkahwinan Cosmopolitan

Kusut memikirkan bagaimana untuk kelihatan cantik, menarik dan berseri-seri di hari bahagia mu?? Pening mencari idea2 perkahwinan yang trendy and sesuai. Ingin merancang satu majlis yang sempurna buat si pengantin baru?? Oh yeahh serius banyak perkara perlu diambil tahu sebelum menjadi raja sehari...kalau buat catatan penuh satu buku dengan senarai checklist bagai..

Macam best tengok bengkel perkahwinan anjuran Cosmopolitan....why not uols bakal2 pengantin try luangkan masa ke sana.. mungkin bercambah idea2 best dalam kepala bila jumpa Rizman Ruzaini nanti.. Top Designer tu dapat cedok ilmu dari dia adalah satu peluang yang teramat lah bagus....Nak tahu lebih details semak Cosmopolitan edisi May.



19.5.14

Congrats Daddy

Untunglah daddy dapat naik pentas tahun nie, dapat bersalaman lagi dengan orang besar UPM. Tak sangka dalam ramai2 terselit gak nama daddy. Nak bersaing dengan pekerja2 yang rata2nya komited dan cemerlang dengan kerja bukan senang tapi bila dah rezeki tak kemana..syukur alhamdullilah.
Tahniah daddy.. dapat anugerah perkhidmatan cemerlang... ramai giler yang dapat hampir 500 orang..biasalah UPM banyak unit/bahagian/fakulti dia.
Sempat pesan kat daddy....pandang camera photographer tau..jangan lupa senyum...baru cantik gambar. Nasib baik cik abe mengikut pesanan..hehee.

Sesekali berbaju batik, itupun sebab ada majlis kalu tak terperam baju batik tu.



15.5.14

Pot Luck Taska Anak

Alamak, dah petang baru teacher adriana bagi notis esok ada makan2 dekat taska & tadika nak celebrate teacher days. Semua parent kena bawak makanan dari rumah. Kalau bagitahu siang2 kan bagus at least sempatlah weols nak prepare awal2....bolehlah order yang best2 skit. Lambat inform ermm jawabnya singgah mana2 kedai beli jelah apa yang terlintas dek hati.
Pikir punya pikir, beli kek pisang dengan kuih karipap la. Takde dan nak order special dessert untuk cikgu cikgu tu.. Rasa nak beli kad/hadiah untuk teacher adriana...tak wajib pun kengkonon suprise tapi dah malam baru teringat ermm tahun depan jelah beli :p... that's why me tak gemor benda last minutes serba-serbi terlupa..
Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu diseluruh Malaysia.. Terima Kasih atas jasa kalian.




14.5.14

Allergik


Tak boleh makan daging merah
Syuh jauh2 telur
Sila bolayan seafood
Bye2 susu
Nyah kekacang

Huwaaa..kena pantang semua nie buat sementara waktu. Tak boleh nk makan...no no..tak pasal kena sekat selera makan. Nie semua sebab allergik yang melanda diri me skang. Habis lengan dok naik merah2.. paling tak boleh blah kegatalan yang terasa, aduhhh nak mengaru lebih2 pun takut..takut merebak..
Alergik adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut ,dimakan atau yang hanya disentuh...Doktor bagitau disebabkan badan mengeluarkan satu chemical yang dipanggil 'histamines' yang tu pasal la allergik timbul.....Tahlah me tak dapat nak detect secara tepat apa yang me makan/sentuh sampai jadi gini. Terpaksala pantang sekejap kalau tak ibarat menyimbah minyak ke dalam api.. bahaya2!
Doktor bagi ubat makan.. kalau baca kat tenet ramai yang guna sabun Oilatum dan losyen Seba Med, berdasarkan pengalaman diaorg agak positif la gayanya...macam nak try..cannot tahan lama2 dengan kegatalan pada allergik nie..huhu.

Bagaimana berlaku alahan atau allergik (Dr Zubaidi)??