Pages

18.8.23

Durian

Rezeki tidak pernah salah alamat
Mendarat haa dua biji durian pemberian kawan husband sis
Anak bongsu sis suka makan durian laju dia suruh daddy kupas




Durian D24 dengan IOI
Padu tebal isi dia puas hati makan
Ada baki simpan dalam freezer kang budak kecik tu nak makan boleh repeat lagi




16.8.23

Daia Go Aktif Fun Run

1st Fun Run yang kami join untuk tahun 2013.

Laju sis register masa Daia open registration sebab apa tau? No Fees entry untuk kanak-kanak 12tahun ke bawah PERCUMA..tapi dapat T-shirt larian , Pendaftaran RM15 untuk peserta yang berumur 13 tahun ke atas untuk T-shirt dan Goodies Bag. Affordable kan fees dia. Nak angkut satu family pun boleh.

Memang sis angkut anak2 buah seramai 4 orang sesekali kita bagi exposure kat diaorang betapa seronok dan enjoy Fun Run ni.


Larian berjarak 3KM bertempat di Eco Grandeur Puncak Alam. Ada kehadiran duta Daia Lisa Surihani tapi tak berpeluang pun nak bergambar. Crowd yang datang memang padu dan supportive join aktiviti seperti zumba dan booth games.

Keselamatan peserta sangat dititikberatkan penganjur. Setiap check point ada marshall yang mengawal situasi dan persekitaran semasa peserta melalui laluan. Cuma tak dapat nak berlari sangat sebab trek laluan dia kecik nak tampung kapasiti peserta yang datang. 


Meriah kawasan ni dipenuhi dengan peserta larian Daia. Security kat sini pun bagus bila dia nampak peserta dok beratur panjang tunggu giliran di portable toilet terus diaorang tunjukkan toilet lain yang ada. Syukur noks tak reti sis nak guna portable toilet ni payah naw nak cuci dengan flush..hahaha.

Sambil2 berjalan-jalan kita cuci mata tengok kawasan persekitaran. lawa2 rumah kat sini. 

Lama tak buat aktiviti keluarkan peluh. Ok sangat program sebegini bukan orang dewasa je suka. Kanak-kanak pun enjoy dengan aktiviti sampingan yang Daia buat.

Awesome Gooodies bag. Wangi softner dan sabun dia. 

Sis suka je kalu next year Daia repeat lagi event larian ni.

Macam biskut Jacob dulu setiap tahun mesti tak miss event diaorang tapi sekarang macam senyap je.

15.8.23

Kemas Stor

Project hujung minggu. Since semua anak menantu balik berkumpul kita buat kerahan tenaga kemaskan bilik stor yang tak tersusum dengan macam-macam barang yang ada dalam tu. 

Harta karun.. Hahaha. Scanner masa zaman sis belajar dulu pun masih ada. Besar segadak. 




Semasa era penggunaan tape VHS mendunia, player VHS tool utama untuk mainkan tape cerita2 filem melayu macam Azura tapi paling famous waktu tu cerita wrestling.. Bayangkan berapa tahun punya zaman sampai dah berkarat player pun ni.



Paper,  plastic,  kotak, buku-buku lama dan besi dikumpulkan satu tempat nanti panggil lori recycle datang rumah ambil timbang kati.

Hasil jualan recycle....kertas dan plastik 0.30sen/kg dan besi RM1.00/kg. Total dalam RM57.35 sen. Bolehlah orang kata duit siapa nak bagi kan.

10.8.23

Eighty Five Steakhouse

Hari lahir abah sis jatuh pada 3rd August lepas.
kami pilih makan malam di Eighty Five Steakhouse untuk meraikan birthday abah.
Sebelum datang kami Whatsapps terlebih dahulu untuk set reservation, , mudah untuk pihak restaurant setting meja yang bersesuaian dengan kapasiti pelanggan.


decoration restaurant ni memang lawa dan cosy.
memang puji la effort diaorang membuatkan customer rasa welcoming gitu.



tetap nak tengok buku menu walaupun dekat sini pesanan menggunakan QR Menu Order System.




makanan2 yang kami order. alhamdullilah syukur atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan.




























 Semoga abah kami dikurnikan kesihatan yang baik

Dilimpahkan rezeki yang  melimpah ruah dan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.