1st Fun Run yang kami join untuk tahun 2013.
Laju sis register masa Daia open registration sebab apa tau? No Fees entry untuk kanak-kanak 12tahun ke bawah PERCUMA..tapi dapat T-shirt larian , Pendaftaran RM15 untuk peserta yang berumur 13 tahun ke atas untuk T-shirt dan Goodies Bag. Affordable kan fees dia. Nak angkut satu family pun boleh.
Memang sis angkut anak2 buah seramai 4 orang sesekali kita bagi exposure kat diaorang betapa seronok dan enjoy Fun Run ni.
Larian berjarak 3KM bertempat di Eco Grandeur Puncak Alam. Ada kehadiran duta Daia Lisa Surihani tapi tak berpeluang pun nak bergambar. Crowd yang datang memang padu dan supportive join aktiviti seperti zumba dan booth games.
Keselamatan peserta sangat dititikberatkan penganjur. Setiap check point ada marshall yang mengawal situasi dan persekitaran semasa peserta melalui laluan. Cuma tak dapat nak berlari sangat sebab trek laluan dia kecik nak tampung kapasiti peserta yang datang.
Meriah kawasan ni dipenuhi dengan peserta larian Daia. Security kat sini pun bagus bila dia nampak peserta dok beratur panjang tunggu giliran di portable toilet terus diaorang tunjukkan toilet lain yang ada. Syukur noks tak reti sis nak guna portable toilet ni payah naw nak cuci dengan flush..hahaha.
Sambil2 berjalan-jalan kita cuci mata tengok kawasan persekitaran. lawa2 rumah kat sini.
Lama tak buat aktiviti keluarkan peluh. Ok sangat program sebegini bukan orang dewasa je suka. Kanak-kanak pun enjoy dengan aktiviti sampingan yang Daia buat.
Awesome Gooodies bag. Wangi softner dan sabun dia.
Sis suka je kalu next year Daia repeat lagi event larian ni.
Macam biskut Jacob dulu setiap tahun mesti tak miss event diaorang tapi sekarang macam senyap je.