Pages

15.8.23

Kemas Stor

Project hujung minggu. Since semua anak menantu balik berkumpul kita buat kerahan tenaga kemaskan bilik stor yang tak tersusum dengan macam-macam barang yang ada dalam tu. 

Harta karun.. Hahaha. Scanner masa zaman sis belajar dulu pun masih ada. Besar segadak. 




Semasa era penggunaan tape VHS mendunia, player VHS tool utama untuk mainkan tape cerita2 filem melayu macam Azura tapi paling famous waktu tu cerita wrestling.. Bayangkan berapa tahun punya zaman sampai dah berkarat player pun ni.



Paper,  plastic,  kotak, buku-buku lama dan besi dikumpulkan satu tempat nanti panggil lori recycle datang rumah ambil timbang kati.

Hasil jualan recycle....kertas dan plastik 0.30sen/kg dan besi RM1.00/kg. Total dalam RM57.35 sen. Bolehlah orang kata duit siapa nak bagi kan.