Pages

31.12.15

Dividen ASB 2015

Teka teki sudah terjawab . Kadar Dividen ASB 2015 yang dinantikan pelabur telah pun diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) tempoh hari. Okeylah walaupun mencatatkan penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya..
4hb Jan 2016 dah boleh update buku ASB anda. Bolehlah nak plan apa-apa yang patut.. Memandangkan ekonomi semasa yang kurang memberansangkan, tahun 2016 diramalkan tahun paling mencabar kehidupan rakyat Malaysia...nak struggle dalam keadaan serba serba mahal dan naik..aduh terasa seram sebenarnya. Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua..

30.12.15

Mini Kebun


Tak tahulah sesuai ke nak sebut mini kebun sebab penghuni dia 'secoit' mana pun hahah. Setakat nie ada penambahan beberapa pokok. Jadi bab-bab penjagaan pokok amat dititikberatkan. Lagi-lagi tang penyiraman air. Pernah haritu masing-masing terlupa nak siram esok hampir nak layu daun dia...sayang kan.
Jadinya lepas balik kerja memang masa paling cun nak siram pokok-pokok tu, ikutlah sesiapa yang 'free'  dia akan buat...saya atau suami. Disebabkan adriana suka betul nak menolong panggil dia buat sekali...alah mummy tahulah niat besar awak tu nak main air sebenarnya kan..hehehe


Inilah barisan pokok-pokok yang berjaya kitaorang tanam. 
1) Lidah Buaya
2) Daun Bawang
3) Daun Sup
4) Halia
5) Daun Kesum
6) Hempedu Bumi - suami saya boleh minum air rebusan hempudu bumi nie...aduhhh pahit kot.. tak faham camner dia boleh tahan....bluweeek! Bila ditanya kenapa minum air rebusan tu bukan ada kencing manis.. jawap dia takkan nak tunggu sakit baru nak minum..Errrk betul juga mencegah kan lebih elok dari mengubati.. 



Bukan tu jer adalah lagi..Pokok Cili dan Pokok Limau Kasturi. Sedang elok pokok cili sedang meriah mengeluarkan hasilnya. Target seterusnya nak cari pokok tomata cherry...geram tengok tomato yang comel-comel gitu...tapi masih survey2 lagi kat mana nak beli.




23.12.15

Susun Suai Gambar (Jigsaw Puzzle)

Suka betul anak saya main jigsaw puzzle. Lagi-lagi berlatar belakang kartun kesukaan dia 'dibo the gift dragon'. Hadiah dari pakcik dia. Ingatkan tak layan rupanya terlebih excited lak dia nak main.


Benda baru haruslah di tunjuk ajar terlebih dahulu. Kitaorang duduk sebelah dia ajar macamana nak nak cantumkan puzzle tu..okeylah petanda yang baik sebab nampak dia enjoy dan begitu mengikut arahan yang diberi...hahaha. 



Bila adriana dah faham kitaorang lepaskan dia buat sendiri...monitor jer dari tepi. Walaupun cantuman puzzle tu masih belum 100% sempurna tapi saya puji tahap fokus yang adriana tunjukkan. Takde sedikit pun tanda nak 'give up' apatah lagi nak marah-marah ke apa..wat lek wat peace jer sampai berjaya. Bila dipanggil suruh pandang camera boleh dia buat dek....sabar jerlah nak oii..itu pasal semua gambar tunduk memanjang..hehe


Yeaayyy bagus adriana! Terus buat  'high-five' dan celek jari sesama kitaorang. yelah kenalah puji dan bagi semangat pada adriana baru dia rasa seronok. Ingatkan nak stop sekali dia sambung lagi daaa.... memang budak nie selagi tak bosan dia layan..

Memandangkan adriana menerima baik jigsaw puzzle nie , lepas ni boleh tambah koleksi dia.. asyik beli kereta..robot...kereta...robot pun boring gak..hahaha..Yelah aktiviti santai tapi banyak manfaat dia kepada si anak dari segi perkembangan minda, tahap fokus dan interaksi. 



22.12.15

Buah Katak Puru @ Nam Nam

Tak pasal-pasal buah nie dapat gelaran buah katak puru dek kerana kulit luarannya yang tak berapa comel. Jika dilihat permukaan dia pun agak mengerutu dan kurang menarik perhatian. Tapi bak kata orang tak kenal maka tak cinta.....tak makan mana nak tahu kan?


Ramai sebenarnya yang tidak mengenali buah nam nam nie, Yelah nak jumpa pun banyak dekat kawasan utara dan Pantai Timur Malaysia. Macam saya sendiri pun pelik mula-mua mendengarkan nama dan rupa dia. 


Tapi bak kata pepatah 'jangan menilai dari luaran'. Cuba dulu baru tahu penangan buah nam nam nie. Dengan rasa masam manis dia amboi boleh kecur air liur dibuatnya. Memang sedap dicicah bersama sambal kicap, garam dan kuah rojak. Eh ada orang makan bersama nasi tau. Pendek kata jangan pandang sebelah mata ye kegunaan buah nam nam nie. 

Tak teringin ke??Kot nak merasa kan cuba-cubalah kirim dengan kawan-kawan yang ada kampung kat Pantai Timur nun. InsyaAllah kalau ada rezekinya boleh rasa sendiri kehebatan buah nam nam nie.