Tertarik tengok isi kandungan kertas. Beria betul dia set kan masa dari siapkan kerja sekolah hinggalah ke waktu makan dan tidur. Tapi awat lambat pula 'dinner time' dia ye....takpe itu mungkin cara dia tapi bagus nie, kecil-kecil dah belajar pengurusan masa.
22.3.17
Jadual Waktu
Haritu masa nak sidai baju ternampak ada kertas tersangkut dekat beranda rumah. Bila diamati dari dekat rupanya jadual waktu sekolah. Adalah tu budak-budak rumah atas main 'lempar kertas' dari dalam rumah. Tak pasti siapa tuan empunya kertas putih nie.

14.3.17
Homestay Puncak Alam, Shah Alam
Carissa Homestay Puncak Alam
Rumah mempunyai kemudahan seperti :-
- Aircond
- Television
- Meja Makan
- Dapur Gas
- Rice Cooker
- 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Mandi
- 24 jam Sekuriti Berpagar
- Ada Lift
Rumah menghadap kolam renang
Berdekatan UITM &
Tesco, Econsave, Masjid Puncak Alam
~ 15-30 minit ke Kota
Damansara
~ 15-30 minit ke Shah Alam
~ 20 minit ke Setia Alam
~ 30-35 minit ke Kuala Lumpur
~ 25 minit ke Subang Airport
~ 15-30 minit ke Shah Alam
~ 20 minit ke Setia Alam
~ 30-35 minit ke Kuala Lumpur
~ 25 minit ke Subang Airport
Hubungi Mizarina (012-240 3634)
9.3.17
Tayar Pancit Lagi
Kisah yang berlaku masa cuti Thaipusam bulan lepas, Alang-alang cuti, kitaorang satu family plan nak keluar pergi 'shopping'. Elok-elok jalan ke tempat parking terperasan tayar kereta belakang kereta dah pancit sebelah.
Ahh sudah, semalam petang elok jer tayar kereta nie, Tak semena-mena time kita nak keluar dia pancit pulak. Tanpa berlengah lagi, encik suami terus keluarkan tayar spare kat dalam bonet. Dah tak boleh nak gerak kemana, terpaksalah tukar ke tayar sementara.
Belum selesai masalah nie sebenarnya.. lepas sessi tukar tayar, kena pergi bengkel kereta untuk proses seterusnya. Nak tau, apa punca yang menyebabkan tayar kitaorang pancit?? nie ha besi penyebab yang hampir seinci panjang dia. menyucuk tayar mana tak pancit kan.
Aiii.. tangan comel sapa tu kalu bukan adriana yang sibuk nak pegang besi tu..
Sebab kebocoran pun sedikit cuma tampal jer tayar yang pancit tu..Tak payah nak tukar baru.. Kos dalam RM5 sahaja. Lepas tu dah boleh guna semula tayar yang asal tadi. Masalah selesai dah boleh jalan-jalan. hehehe.
28.2.17
Limau Asam Boi
Wow, mengamit memori betul bila gandingan asam boi dan limau diketemukan semula. Benda macam nie dah popular sejak zaman saya sekolah. Dulu kat kampung, senang nak jumpa pokok limau sekarang beli kat kedailah jawapnya..
Cara nak makan belah di tengah-tengah atau bahagian atas limau ... lepas tu sumbat asam boi kat dalam limau.. Penangan dia memang mercik. Saya tidak lah dalam kategori 'hardcore' bab makan asam-asam nie tapi layan jer bila kawan-kawan office bawa.
Hirup-hirup ajerlah limau tu. ada setengah orang dia boleh kunyah dengan kulit-kulit sekali..tapi seeloknya buang biji tu dulu, kalau tak nasib mengeliat terasa kepahitan limau tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)