Pages

25.7.13

Adriana Dan Solid Food

Yummmy, sedapnya dia makan. Adriana sekarang dah masuk 6 bulan waktu yang sesuai untuk me perkenalkan solid food kepada dia. Kalau nampak kitaorang bawa bekas makanan dia kemain happy.. tepuk-tepuk meja tanda tak sabar nak makan. Puri carrot dan puri betik antara favourite puri adriana cuma puri kentang dia kureng skit..huhuhu.. Gigih kan mummy dia.. insyaAllah me akan berusaha sedaya mungkin untuk prepare sendiri makanan adriana. kalau boleh lah taknak bagi instant punya.....chaiyokk chaiyok!!





19.7.13

Kontena Bergerak

Cukup seriau tengok keadaan setengah lorry carry barang yang dibawa...maksud me cara diorang handle bebanan di atas badan lori. Finelah kalau ikat and pack kemas-kemas...tapi selalunya me tengok asal boleh jer....safety out....Janji sampai destinasi yang dituju. Contoh macam lorry sebelah kiri yang bawa kontena nie.. isshhh i is ngeri lalu sebelah dia.  Memang ada tali ikat depan belakang but still me rasa seram sebab muat-muat jer dalam lorry tu.



Sebagai pengguna jalanraya, sedikit sebanyak dukacita tengok sikap sambil lewa diaorang. taulah nak cepat ke apa tapi keselamatan orang lain pikir-pikir kan la. Kita semua berkongsi satu jalan yang sama.


Banyak case dah terjadi contoh macam kejadian INI, tapi tulah orang kita tak ambil iktibar..maybe suka ambil jalan mudah.




 

16.7.13

Program Tajaan Buka Puasa | ATIUW

Bagi yang berminat nak menambahkan amal kebajikan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, bolehlah menghulurkan bantuan kepada pelajar dan tenaga pengajar yang berada di Akademi Tahfiz Ihya ‘Ulum Wahyu (ATIUW). InsyaAllah sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.




12.7.13

Tips berpuasa untuk ibu yang menyusukan anak


Tips nie me share dari FB hasil creativity Kelab Mak-Mak Garang, padat dan berinformasi sekali. Pembakar semangat buat ibu-ibu yang sedang menyusukan anak di bulan puasa.. Bagi mereka yang pertama kali berdepan dengan situasi gini macam me gak, sesekali mesti terlintas di pikiran bimbangkan production susu turun (down) atau susu sikit. Puasa sebenarnya tidak menjejaskan pengeluaran susu yang penting amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang semasa sahur dan berbuka...schedule mengepam jangan skip...mindset kena positif....insyaAllah segalanya dapat dilalui dengan tenang dan penuh kegembiraan.





9.7.13

Ramadhan Datang Lagi

Esok dah start puasa...jangan lupa pasang niat malam nanti... sahur pula jangan ditinggal-tinggalkan. Apa pun selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.

Takwim Waktu Solat & Berbuka Puasa bagi kawasan KL, Putrajaya dan Zon 1 Selangor




8.7.13

Kurma Ramadhan

Alhamdullilah rezeki staff, dapat sekotak kurma sumbangan office bersempena ramadhan yang bakal menjengah dua hari lagi. Kurma jenis bertangkai diagihkan selepas meeting pagi tadi.
Dulu me tak minat sangat dengan kurma, pandang gitu-gitu tapi makannya tak. Perlahan-lahan try amalkan semasa mengandungkan adriana dan alhamdullilah dah jadi geng kamcing. Tengoklah khasiat yang ada dalam kurma, elok untuk tubuh badan. Rugi sangat kalau tak makan.










5.7.13

Vanish Free Samples Giveaway


Selalu kat TV tayang iklan kehebatan Varnish menentang kotoran degil pada pakaian, terpegun tengok sampai terpikir "betul ke berkesan produk nie?". Since diaorang nak bagi samples apa kata kita cuba sendiri, tak kenal maka tak cinta . Kalau berminat clik Varnish! Samples akan dihantar ke alamat yang diberi dalam masa 4-6minggu.








2.7.13

Logo Halal Malaysia

Rasanya ramai dah sedia maklum Logo Halal Malaysia yang digunapakai dalam Malaysia. Tapi sesekali elok juga kalau kita refresh balik untuk ingatan sesama muslim. Benda nampak remeh tapi jangan tak tahu ada yang masih terkeliru dan dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Nak kaut untung lebih punya pasal.