Pages

30.8.13

Open House Raya Office

Dah jadi tradisi my office setiap tahun Open House Raya mesti buat kat luar almaklumlah office kecik mana cukup nak tampung staff, vendor dengan customer yang ramai kan.. Selama beberapa tahun Restoran Seri Melayu sentiasa dihati.....now Kelab Tasik Putrajaya menjadi lokasi biasalah mengubah angin dan selera...skang dah masuk tahun kedua kat sini.
Event start pukul 12 pm tapi semangat kau masing-masing datang awal. Biasalah sesekali dapat pelepasan kerja yabedabedoooo la kan...

Antara staff yang hadir.. Macam-macam gaya timbul..bling sana bling sini kalah artis..hehhee..hamboi dapat peluang sakan ye..




Nak tahu menu yang disajikan tak??

Nasi Goreng Cina dan Kepak Ayam Goreng

ABC

Sate. tak sedap..siap ada bau masam lagi...sate lama kot??

Nasi Ayam

Roasted Lamb

Kuih-muih


 Buah-buahan pun ada.
tapi tulah quality makanan dia menurun skit tahun nie compare dari tahun lepas, tapi admitlah kawasan dia memang cantik untuk posing-posing. Tahun depan harap-harap buat kat tempat lain..hehhee


29.8.13

Gigi Pertama Adriana

Haa dah nampak dua batang gigi susu adriana yang baru muncul kat gusi bawah... alololo comel anak mummy dah ada gigi. Merasa gak lah dia demam sehari sampai malam pun tidur tak lena, menahan rasa sakit dan ketidakselesaan la tu. Nasib baik adriana jenis tak banyak meragam setakat merengek skit-skit standardlah tapi lasak tetap maintain, tetap nak berpaut bangun sana sini...memang tak reti dok diam ini budak. Letakkan bantal besar mana pun selamba dia redah. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan katanya.. :)

tapi awas..langsung dia tak bagi sesapa pun tengok gigi dia.. jangan haraplah dia nak tunjuk. Lagi dia ketap bibir kuat-kuat adalah...Puas usik bibir dia ermm alih-alih dia main jelir-jelir lidah pulak...sabar jerlah makcik tengok reaksi budak kecik nie.


27.8.13

Logo Hari Kemerdekaan ke-56 2013

Sambil-sambil melayan mood syawal yang masih panas gitu, jangan ada yang terlupa tarikh yang menjadi sejarah bagi negara kita yang tercinta. Kalau dah namanya rakyat Malaysia, haruslah tau kan setiap 31 Aug adalah sambutan hari kemerdekaan bagi Malaysia. Mehlah kita kenalpasti logo yang terpilih dari Pertandingan Merekacipta Logo Hari Kemerdekaan. Maksud Logo nie ada dalam keterangan dibawah.
Mesti En Hisham happy dan bangga bila hasil ciptaan dia diiktiraf satu malaysia, bakal jadi sejarah lak tu..oh ye tema Merdeka tahun ini adalah Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku. ingat betul-betul...general knowledge kenalah ada inisiatif skit nak ambil tahu..


26.8.13

Open House Raya | Seri Pristana

Masuk pertengahan syawal, dah tentu-tentu busy memenuhi undangan Open House Raya merata-rata tempat. Sah-sah hujung minggu penuh dengan acara makan dan makan dan makan. Tapi awas okey jangan ada yang terlebih naik berat badan kang kecundang diet di tengah jalan diri sendiri yang kecewa.
Kalau diikutkan memang best macam-macam makanan masuk perut tapi sebenarnya paling syok dapat bersua muka dengan sahabat-sahabat lama...tengoklah weols empat tahun sekali baru dapat jumpa okey....punya lah payah nak jumpa, masing-masing ada komitmen sendiri. Nasib baik dapat gak berjumpa kat open house semalam, tu pun ada yang tak dapat datang still tak cukup korum..

Geng Sekolah Menengah. Berbaju biru adalah tuan rumah. Terharu sangat bila mak beliau still ingat lagi kat kitaorang nie.

semoga ukhwah dan persahahatan kita terus kekal selama-lamanya. InsyaAllah.



22.8.13

Tersepit

Tengah khusyuk melayankan demo sistem dalam bilik training, terdengar suara bising-bising kat belakang tingkap, bolayan kan ajer sebab weols tau mesti pekerja restoran belakang nie bergurau senda sesama diaorang.
Tapi makin lama macam memekik lak nada dia. pelik..takkan over nooo depa bergurau, sebab dah macam bunyi nak bergaduh..  apalagi kitaorang jadi mat skodeng jap terus terjah tingkap..ropenya mamat cina nie tengah marah-marah orang yang gatal pi ON kan suis exhaust fan tu.. takkan tak tahu orang tu tengah repair..alahai..

tak semena-mena kaki dia tersepit di celah fan yang tengah bergerak tu, aiyokkk mujur dia pantas bertindak kalu tak ishhh lagi teruk jadinya.. skeri tengok sampai terkoyak skit stokin yang dia pakai. Nampak la dia mengesat air mata menahan kesakitan., .lepas tu keluarkan rokok sambil menenangkan diri.. agak-agak dah reda baru dia sambung kerja...nasib baik bertinted..takdelah dia perasan ada yang memerhati di sebalik tingkap.. air muka kena jaga bro.



20.8.13

Sampul & Kad Raya Neefola

 
Jangan jeles uols, cantik design sampul raya dia, sampai terasa sayang nak guna...simpan jelah kot..hehee. Semua nie diterima dari BellaVita, if uols tak tahu BellaVita adalah produk minuman kesihatan dan kecantikan. Tauke besar dia Neelofa sekeluarga.




18.8.13

Huggies Diaper Change Event Malaysia Book of Record

Sabtu lepas, me sekeluarga sempat meluangkan masa ke Event Huggies Change Diapers di 1 Utama Shopping Centre. Masuk Malaysia Book Of Record kau tu pasal ada sedikit teruja nak turut serta bersama-sama ibu bapa yang lain mencatat rekod Penukaran lampin bayi yang terbanyak dalam satu hari. Awal-awal lagi dah register sebab nak booked slot pagi, lambat-lambat nanti susah nak cari parking..tension woo.
Terus ke registration counter untuk pengesahan penyertaan dan terus dapat lampin untuk penukaran.

Are you ready adriana?? Baru bangun tidur jadi mood dia kelaut skit..

Yang bernombor tu semua ruang untuk tukar diapers anak. Seorang wakil jer boleh masuk tak kisahlah mum or dad maybe tak nak kawasan ini jadi sesak/penuh.

okeyy.. siap! satu kiraan disumbangkan adriana and mummy... hooyehhh

still counting.. kiraan yang sedang dicatat semasa kami di sana .

Lepas dah tukar diaper kita tangkap gambar.. queue jadi jam sekejap bila mesin gambar tetiba problem.Sib baik semua cool sabar menanti dan ditambah kecekapan staff huggies menangani keadaan...masalah settle dalam masa singkat. Gambar yang ditangkap akan dipublish di wall of fame Huggies.. 

Lepas tukar diaper, tangkap gambar dah boleh redeem hadiah...Macam-macam ada dalam Beg Hadiah nie.....diapers untuk anak dengan mak dia pun dapat tempias sama..pehh untunglah..hehehe.jimat duit i.. sijil penghargaan pun dapat gak.

syok dapat join event cam gini.. InsyaAllah ada lagi kita join..:)


15.8.13

Kumpulan Darah Pemberi & Penerimanya

Dolu-dolu masa kena demam denggi pernahlah ada pengalaman kena cucuk sebab nak ambil sampel darah, tapi time tu tak ambil port pun nak tahu jenis kumpulan darah dalam badan. Maybe dek melayan rasa kesakitan yang lebih. Tapi endingnya bila orang tanya darah jenis apa memang errrkkk tak tahulah jawapnya.
Lagi sekali kena ambil darah sewaktu pregnant, biasalah nak check tahap kepekatan darah dan nak detect kalau ada masalah-masalah lain. Dari situ me tau ohh rupanya... darah B+, Bila dah tahu barulah boleh faham jadual kat bawah nie.

See betapa pemurahnya kumpulan darah O, kumpulan lain boleh terima darah darinya tapi diri sendiri kena guna darah dari kumpulan dia sahaja. AB+ lak jenis kedekut tapi untung dek badan. Kalau uols berhajat nak derma darah jangan lengah2kan. InsyaAllah dapat membantu sesama insan yang lain.

5.8.13

Huggies Most Numbers of Babies in a diaper pants changing | Malaysia Book of Records

Nampak jer iklan nie terus minat nak registerkan adriana. Huggies bakal membuat rekod "Most Numbers of Babies in a diaper pants changing" untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records. Kalau uols berminat cepat-cepat register nama anak di Huggies Malaysia.

Dapat goodies bag, certificate dan wajah bayi bakal akan dipaparkan di dalam Huggies Wall of Fame.. Fuhh memang menarik.



4.8.13

Sampul Raya Jalen

Sampul raya yang diterima dari Jalen sebab antara 300 terawal yang request sampul nie. Limited edition katanya. :p. Siapa cepat dia dapat. Thanks Jalen boleh buat isi duit raya nanti.


2.8.13

Pegang Anak Kecil

Betullah tu, nak pegang budak kecil nie ada cara dia bukan hentam semberono...bukan ikut dan kita jer.. Baru tahu rupanya kalau salah pegang silap-silap haribulan anak tu boleh terseliuh urat...uishh bahaya gak tu.. Tapi tak dinafikan part tengkuk, bahagian belakang dan pinggul paling kena jaga...kena ampu baik-baik, almaklumlah badan depa lembut lagi. 
Bila baca nasihat dari orang berpengalaman at least kita lebih aware dan dapat meningkatkan ilmu parenting yang masih cetek nie insyaAllah.


1.8.13

Aktiviti Phishing

Hati-hati bila menerima email dari bank atau pihak tertentu yang mengatakan account bank uols akan expired, then diaorang sertakan link untuk uols update personal info disana. Ermm jangan percaya bulat-bulat okey, ditakuti ini adalah activity phishing yang boleh menyebabkan uols bakal kehilangan wang dalam bank atau data peribadi digunakan oleh pihak-pihak yang tidak dikenali.. bahaya..bahaya.


Credit Antiphishing.my

Maybe ada yang blur apa kebendanya phishing?? satu cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna-pengguna bank online seperti User ID, password, nombor akaun bank atau nombor kad kredit secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya

Bagaimana phishing dilakukan?
Teknik umum yang sering digunakan oleh penipu adalah sebagai berikut:
  • Penggunaan alamat e-mail palsu dan grafik untuk mengelirukan mangsa sehingga mangsa terpancing menerima kesahihan e-mail atau web sites. Agar nampak meyakinkan, pelaku juga seringkali memanfaatkan logo atau mark dagang milik lembaga rasmi, seperti; bank atau penerbit kad kredit. Pemalsuan ini dilakukan untuk memancing mangsa menyerahkan data pribadi, seperti; password, PIN dan nombor kad kredit
  • Membuat laman web palsu yang sama dengan laman web rasmi atau pelaku phishing mengirimkan e-mail yang mempunyai link ke laman web palsu tersebut.
  • Membuat hyperlink ke web-site palsu atau menyediakan borang yang diattachkan pada e-mail yang dikirim.
Credit UPNM