Pages

27.11.13

Nyamuk Aedes

Gara2 demam denggi sorang officemate me kena tahan kat hospital. Platlet dia drop below 100, paras bahaya jugak tu. Bila ada kes gini teringat pengalaman sendiri. Masa tu sekitar tahun 2004 zaman remaja2 gitu, Mula2 ingat demam biasa jer., buat rileks la tapi dua tiga hari demam tak kebah2, tambah lagi asyik muntah2...selera makan out.. terus pi klinik nak check, sekali hambik kau doktor suspects denggi , terus refer PPUM untuk pemeriksaan lanjut. Nasib mak abah yang teman pergi sana. Kalau sensorang alamat tak sampai la kot.. orang sakit katakan..;)

nyamuk jahat! nyamuk jahat! nyamuk jahat!
Punyalah siap2 packing baju takut2 kena tahan wad. Berdebar2 jantung nie. Lepas blood test.. nurse masukkan 2 botol air dalam badan dah boleh balik hoooreyy lega. Tapi esok kena datang balik untuk blood test, platet kena monitor tak boleh drop. Bayangkan dengan sendi2 satu badan sakit.. lenguh lagi.. nak berdiri berjalan tu aduh seksa sangat. Gigil kaki weyy. terasa seperti dimamah usia gitu huhuuh.
Walaupun makan masa nak sembuh tapi progress berjalan lancar. Teori minum air 100 plus memang boleh digunapakai cuma seeloknya buang dulu gas dia. Kembung perut eh sebab kena minum air banyak2 untuk elakkan dehydration. Mendapatlah kesan lebam kat pelipat kiri kanan lengan kesan cucukan semasa nurse ambil darah. Ibarat mimpi ngeri tapi bersyukur sangat2 sebab sembuh balik. alhamdullilah.


26.11.13

Pureen Stock Clearance Promotion | 30 Nov - 1 Dec


Company: Pureen Malaysia
Date: to
Venue: Summit Company Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor



22.11.13

Mamalove & Sweet Heart Warehouse Sale | 29 Nov - 1 Dec

Company: Mamalove Malaysia / Sweet Heart Malaysia
Date: to
Venue: 21, Jalan Anggerik Mokara 31/47, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor

Mamalove & Sweet Heart is having its Baby Products Warehouse Sale now. Enjoy discounts on baby stroller, baby car seats, baby walkers, baby cots, baby play pens, baby bouncer, baby high chairs, baby accessories and many more.


19.11.13

Parking Sine Tabuli

 
Erkk apa sudah jadi dah?? Tolong terjemahkan boleh.. lintang pukang terus ejaan ayat dia, haih rosak-rosak.. sebenarnya faham jer apa yang dimaksudkan iaitu Parking Sini Tak Boleh.. mesti guard kawasan yang tulis tapi tulah penangan bangla masuk malaysia habis 'dicantikkan' bahasa rasmi negara kita nie. Sabar jelah ye.



18.11.13

Baby Teeth

Credit BreastFeeding Zone

Comel betul carta gigi baby nie. Kalau diperhatikan ginilah aturan dan susunan setiap gigi susu yang tumbuh tapi ikut budak la kan tak semua ikut 100% pun. Macam adriana dah ada 4 batang gigi di atas dan 2 batang gigi di bahagian bawah ,  memang cun2 ikut turutan no 1,2 dan 3 ... no 4 coming soon.

 Haih.. malu nak tunjuk gigi comel saya!



Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods

Something yang menarik yang me nak share dengan uols specially parents, semestinya sebagai ibu bapa, kita akan sentiasa mencari dan mengali ilmu2 tentang kekeluargaan yang bukan sahaja bermanfaat kepada ibu bapa bahkan kepada anak-anak juga.

Teknik Jepun Shichida Methods

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

By Kaklong Mie (FB)


16.11.13

Reunion Geng Sekolah Menengah

Standard la kan bila masing2 dah berkerjaya...berkeluarga nak jumpa geng2 lama zaman sekolah ermm berjanggut beb. Plan la camner pun last2 gerenti cancel sebab korum tak cukup. Payah gila nak suit dengan semua orang punya schedule. Nak buat macamana masing2 ada komitmen sendiri....tak boleh buat apalah. Tapi bila benda yang tak beria2 dirancang, tak dicanang awal2 itulah yang berjaya dilaksanakan....ha acaner tu??
Finally, dapat together2 juga. Sekolah gegirl geng nya pun dah tentu2 gegirl..haha. 4 mak budak 2 anak dara..cer teka :p
 


 Yang kiri single lagi.. nak kenal roger me.. hehe 


Ada hadiah uols! Nak seronok2, nak bagi kecoh2 skit.... setiap org kena bawa satu hadiah....lepas tu kita exchange.. ala uols pun mesti pernah buat. Hadiah ditetapkan dalam average RM10-RM15..tak lebih tak kurang.. murah2 jer janji value persahatan tu tinggi.....cewah.


Cabut undi! Setiap seorang diberikan satu no contoh no 2, bila cabut undi tak boleh dapat no 2 gak sbb nak tukar hadiah dgn orang lain kan. Tiga kali kitaorang undi semula sbb ada yang dapat no sendiri.


Dengan hadiah masing2.. apa hadiah tu biarlah rahsia..:p



Sembang2..makan2..exchange hadiah. Biar pun masa agak mencemburui dapat bersua muka sekejap pun seronok tak terkata.. actually kitaorang still berhubung dalam FB..whatapps...alah semua pun duduk dalam area klang valley cuma nak berkumpul jer payah. Next plan?? Tak boleh  plan apa2 lagi tapi InsyaAllah jika ada kelapangan kita berjumpa lagi.


15.11.13

Teknik Bentukkan Tudung

Wanita dan kecerewetan memang tidak dapat dipisahkan..ibarat bff gitu, lebih2 yang berkaitan kecantikan. Biar sedap mata memandang gitu. Sebab tu tang bersiap nie bawak2 bertenanglah kaum adam... agak menduga kesabaran. Mana nak make up... nak iron baju lagi.. nak touch rambut lagi....nak cari tudung lagi ...uisshh busy2.
Bercakap pasal tudung nie, nak share la kan teknik yang digunapakai oleh sepupu me. Dah ramai orang tau kot tapi me tak pernah ambik tau. :p. Sometimes bila pakai tudung bawal bentuk tudung depan tu jadi melepet...senget benget la... so kurang lah nampak cun. Maka adalah yang cerdik pandai keluarkan teknik simple gini.
Guna lilin pun boleh. Lilin dipanaskan pada iron, suhu iron tu just nice. Bila titisan lilin mencair atas tudung gosok macam biasa. Tapi ingat bukan semua tempat yang perlu dililinkan, buat pada kawasan lipatan kain yang akan membentuk depan tudung sahaja.



Gosok kasi licin punya. Jangan tebal sangat nanti tudung jadi terlalu keras.

 
Perhatikan jarak tangan kiri dan tangan kanan.. lilinkan area dalam tu sahaja.

amacam cantik ke tidak bentuknya? nampak kejung hahaha tapi ada yang suka guna cara gini..taste masing-masing.
Satu disadvantages teknik ini adalah kesan lilin sukar dihilangkan apabila dibasuh. Kena pandai2 adjust kadar lilin tersebut supaya perubahan kaler tidak terlihat pada tudung. Silap haribulan orang lain pun boleh perasan.


14.11.13

Keropok Bayam

Apa ada dalam itu balang ye?? Ha nie nak cerita. Keropok asli tanpa bahan pengawet dan perasa tiruan, memang tak ragu2 nak makan sebab bukan sahaja sedap tapi berkhasiat juga. Haruslah berkhasiat sebab guna sayur sebagai bahan utama. Laju depa makan sampai tinggal suku jer dalam balang.. krak krukk..krak.kruk..bunyinya..

Ginilah rupa keropok bayam yang sedap dikudap semasa tengah bosan2..sambil2 tengok TV ker atau pun time berpicnic pun boleh. Simpan dalam bekas kedap udara..tahan lama skit. Cantik terbentuk jer rupa dia kan.
opps sebelum terlupa nak bagitau bahan2nya... ini resepi dari kakak opis...she rajin bawa macam2 kat opis..murah rezeki kan kalu rajin menjamu orang nie...so kalau uols nak try dipersilakan.

Bahan2 seperti berikut. Sukatan ikut sesedap rasa uols la ye.
1) Campurkan sedikit tepung beras bersama tepung jagung
2) Sedikit udang kering, ikan bilis dan bawang putih (Blend)
3) Campur bahan No 1 dan No 2 bersama. Biar serasi org kata.
4) Salutkan sawi bersama bahan diatas.
5) Siap untuk digoreng.


Baby Kiko Warehouse Clearance Sales | 20th - 23th Nov 2013

Baby Kiko Warehouse Clearance Sales 
Date: to
Venue: No. 1, Jalan Industri PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, Puchong, Selangor



13.11.13

Panjat


Kesibukan menghadiri training membuatkan ruang untuk me berblog sangat terhad...tak sempat nak tulis apa2 pun kat sini... Kalau boleh nampak habuk dah tebal seinci kot.. hahaha. Cerita pasal training kita update later la ek, sebelum tu tatap dulu buah hati pengarang jantung kesayangan me.
Now dah 10bln, lasak..aktif...manja.serah je pada dia... tengoklah gelagat adriana .. ingatkan dah dapat duduk atas kerusi empuk dia rileks duduk diam2 sekali..........



sengih2 nie cam ada benda dia nak buat
 


misi bermula..keluarkan kaki kanan dulu. then kaki kiri lak... kasi adjust badan.....
  


taaaadaaa berjaya....
 



opsss tak complete lagi..tengoklah terus panjat atas meja la pulak...tak takut tu janji redah ye...jenuh letak balik tapi cam gitu gak gaya last2 duduk atas pangku la jawabnya....budak2 nak membesar jangan bantai melalak depan public sudah


 

5.11.13

Bantuan Untuk Rumah Nurul Kasih Hasanah

Mohon bantuan kepada tuan/puan,..RKNH kini sedang kekurangan barangan keperluan harian seperti :-

beras
minyak
gula
biskut
sardin
telor
kicap
cili sos
sos tiram
bihun
rempah ratus (kari,kurma,4 beradik)
perasa minuman
cili kering
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
kentang
susu pekat
susu tepung
milo
teh
barangn basah (ayam ,ikan,nugget,sosej)
horlick
clorox
sabun cuci pakaian
sabun cuci lantai
sabun cuci pinggan
sabun mandi
ubat gigi
pempers baby (S,M,XL,XXL)
susu baby (Ducht Lady 1,2,3 dan Dumex Durgo 4,5,6 )

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun :

Maybank = 562777213969 atas nama Rumah Kasih Nurul Hasanah

CIMB = 1434 0001 8331 08 atas namaPusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah

Bank Islam =12-113-01-004951-2 atas nama Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah

sumbangan dalam bentuk cek atas nama Rumah Kasih Nurul Hasanah atau Pusat jagaan Kasih Nurul Hasanah

RKNH boleh memberikan Resit Pelepasan Cukai (LHDN) atas untuk sumbangan RM500 ke atas.

Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)
Asrama dan Rumah Transit Untuk  :-
*Anak Yatim
*Fakir Miskin
*Saudara Baru
*Ibu Tunggal
*Warga Emas
*Insan-insan yang teraniaya
*Pusat mengumpul dan agihan bantuan
*Perlindungan sementara untuk orang yang dianiayai
Alamat : Rumah Nurul Kasih Hasanah
              No1,Jalan Pimping Kanan Ukay Height, Ampang, 68000, Selangor
No Tel :  03-42533500
FB : https://www.facebook.com/rknurulhasanah


1.11.13

Video Skill Parking Basikal





Fuyoohh mantap oo skill parking dia, mana belajar ek?