Pages

30.5.14

Warga Asing Kelar Leher Kanak-Kanak

Manusia yang hilang kewarasan sampai sanggup mengelar leher seorang kanak2 perempuan. Suspek warga asing sedang diburu oleh polis. Kejam! harap2 cepat dijumpai...Ya Allah....Geram pula bila baca new nie..
credit HMetro

Sedihlah tengok Malaysia dah tak selamat dan aman macam dulu2..nk jalan sorang2 pun kena hati2.. tengoklah orang luar (PATI terutamanya) bersepah masuk dalam Malaysia dan sekaligus bagi ancaman dari segi keselamatan pada warga malaysia sendiri. Bila lah kerajaan nak bertegas dalam isu2 sebegini..


Simple Giveaway : Projek DRESS BAJET

http://miumiuchingu.blogspot.com/2014/05/simple-giveaway-projek-dress-bajet.html

Sempat skodeng FB Project Dress Bajet.....uiii memang cantik dress diaorang tak nampak over simple nice gitu.. cutting pun cun bangat! Tak canggung langsung nak pakai kat mana2 majlis..
Actually Project Dress Bajet menawarkan dress, blouse dan jubah pada kadar harga yang berpatutan dan mampu milik, me perasan harga dia agak murah dari harga pasaran.. try compare kalu tak caya.
Alang2 dah terjah rumah diaorang me nak join sekali simple giveaway yang sedang berjalan, manalah tahu kot2 terpilih menjadi salah seorang pemenang yang berjaya menyarung dress yang cantik tu..hehe..*sempat berangan-angan*


29.5.14

Rezeki Duit Dapur

alhamdullilah.. dapat voucher Giant dari Samsung sebab menang hadiah harian Samsung Joy of Prosperity SMS Contest sebanyak RM388. Aim konon2nya nak dapat hadiah utama sebab lagi masyukkk gold bar (RM7k) tu tapi tak lekat la pulak nama..huhuhu..jadilah at least dapat sipi2 kan dari takde langsung.
Dah lama tak menyoping kat Giant, free2 hujung minggu nanti bolehlah jalan2 kat sana...


26.5.14

OKBB Malaysia Warehouse Sales For Baby and Kids | June 2014

Walaupun SALES nie bulan depan, saje me up awal2 kot2 ada yang sedang merancang budget untuk barang anak2 bolehlah serbu OKBB warehouse nanti.....beli time sales mmg syok dengan harga runtuh blhlah memborong banyak skit.. baru feel menyoping  tu terasa..hehee..

OKBB Malaysia are having theirs Baby & Kids Products Clearance Warehouse Sale now. Enjoy clearance discounted prices as low as RM1 on baby apparels, kids apparels, kids accessories, baby accessories and many more.
Starts from 10am to 10pm.
Call at +603 8060 0181 for more enquiries.
Date: 25th June 2014 to 29th June 2014
Venue: No 7, Jalan BP7/16, Bandar Bukit Puchong, 47120, Puchong, Selangor, Malaysia

Credits everydayonsales.com



Jem Teruk

Perjalanan balik rumah paling lama yang pernah me tempuh khamis lepas, selalu campur tolak jem dalam 45min-satu jam dah sampai rumah....Jem tu biasalah sebab laluan construction MRT tapi bila kereta tak bergerak2 aih pelik sangat, sampai boleh kematu dibuatnya duduk bertapa dalam keta, kalu perut buat hal mengagau la nak menahan.
3 jam berlalu dah pukul 9 malam tapi bayang bumbung rumah tak nampak2 lagi.. kesian tengok kereta2 yang tersangkut dek enjin overheat. Aduh tah apa kejadian sampai menyusahkan semua orang. Roger2 my sis yang gunakan laluan sama.. dia pun lambat..katanya ada accident lorry.

Bila tengok gambar my sis hantar, ya Allah mengucapkan panjang me.. accident nie berlaku petang tapi kesannya meleret sampai ke malam..huhu..
 


Tak boleh bayang macamana barang dalam lori boleh tergelunsur menimpa kereta sebelah..mesti takde safety nie.. giler cuai punya lorry.

 Jalan kena tutup sekejap, habis la jem sebab takde jalan alternatif.


Keadaan driver kereta nie me tak sure tapi harap beliau tak apa2.. 

Adoii tak syok betul tgk benda2 cam gini.. dahlah banyak lorry kat jalan bawa brg2 besar.. JPJ dan polis kalau boleh rajin2 monitor jalan area lapangan terbang subang nie..sekurang2 boleh elak benda yang sama terjadi.


22.5.14

Tips Hilangkan Kesan Conteng

Bila anak2  mula belajar2 memegang alatan tulisan.. alamatnya dinding rumah bakal menjadi port anak2 mempamerkan bakat terpendam masing2....habislah kak yah oiii set sofa baru tu.. .tengoklah berapa banyak mural terhasil nanti. Tapi nama pun budak2 asal ada ruang, cepat jer tangan tu nak menconteng....Dah bagi paper banyak mana pun.....alih2 tempat lain yang cantik bercorak bagai...

Tenyehlah berapa puluh kali kalu tak jumpa teknik/cara yang betul, payahlah nak hilangkan kesan2 contengan kat di dinding mahupun sofa...lagi2 hat guna marker pen...stress2.
Tak yah pening2.. meh guna tips kat atas nie kot2 hasil lakaran berjaya dibuang dengan jayanya.


Motivasi #24 | Happy

Credit Kata2 Hikmah FB



20.5.14

Bengkel Perkahwinan Cosmopolitan

Kusut memikirkan bagaimana untuk kelihatan cantik, menarik dan berseri-seri di hari bahagia mu?? Pening mencari idea2 perkahwinan yang trendy and sesuai. Ingin merancang satu majlis yang sempurna buat si pengantin baru?? Oh yeahh serius banyak perkara perlu diambil tahu sebelum menjadi raja sehari...kalau buat catatan penuh satu buku dengan senarai checklist bagai..

Macam best tengok bengkel perkahwinan anjuran Cosmopolitan....why not uols bakal2 pengantin try luangkan masa ke sana.. mungkin bercambah idea2 best dalam kepala bila jumpa Rizman Ruzaini nanti.. Top Designer tu dapat cedok ilmu dari dia adalah satu peluang yang teramat lah bagus....Nak tahu lebih details semak Cosmopolitan edisi May.



19.5.14

Congrats Daddy

Untunglah daddy dapat naik pentas tahun nie, dapat bersalaman lagi dengan orang besar UPM. Tak sangka dalam ramai2 terselit gak nama daddy. Nak bersaing dengan pekerja2 yang rata2nya komited dan cemerlang dengan kerja bukan senang tapi bila dah rezeki tak kemana..syukur alhamdullilah.
Tahniah daddy.. dapat anugerah perkhidmatan cemerlang... ramai giler yang dapat hampir 500 orang..biasalah UPM banyak unit/bahagian/fakulti dia.
Sempat pesan kat daddy....pandang camera photographer tau..jangan lupa senyum...baru cantik gambar. Nasib baik cik abe mengikut pesanan..hehee.

Sesekali berbaju batik, itupun sebab ada majlis kalu tak terperam baju batik tu.



15.5.14

Pot Luck Taska Anak

Alamak, dah petang baru teacher adriana bagi notis esok ada makan2 dekat taska & tadika nak celebrate teacher days. Semua parent kena bawak makanan dari rumah. Kalau bagitahu siang2 kan bagus at least sempatlah weols nak prepare awal2....bolehlah order yang best2 skit. Lambat inform ermm jawabnya singgah mana2 kedai beli jelah apa yang terlintas dek hati.
Pikir punya pikir, beli kek pisang dengan kuih karipap la. Takde dan nak order special dessert untuk cikgu cikgu tu.. Rasa nak beli kad/hadiah untuk teacher adriana...tak wajib pun kengkonon suprise tapi dah malam baru teringat ermm tahun depan jelah beli :p... that's why me tak gemor benda last minutes serba-serbi terlupa..
Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu diseluruh Malaysia.. Terima Kasih atas jasa kalian.




14.5.14

Allergik


Tak boleh makan daging merah
Syuh jauh2 telur
Sila bolayan seafood
Bye2 susu
Nyah kekacang

Huwaaa..kena pantang semua nie buat sementara waktu. Tak boleh nk makan...no no..tak pasal kena sekat selera makan. Nie semua sebab allergik yang melanda diri me skang. Habis lengan dok naik merah2.. paling tak boleh blah kegatalan yang terasa, aduhhh nak mengaru lebih2 pun takut..takut merebak..
Alergik adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut ,dimakan atau yang hanya disentuh...Doktor bagitau disebabkan badan mengeluarkan satu chemical yang dipanggil 'histamines' yang tu pasal la allergik timbul.....Tahlah me tak dapat nak detect secara tepat apa yang me makan/sentuh sampai jadi gini. Terpaksala pantang sekejap kalau tak ibarat menyimbah minyak ke dalam api.. bahaya2!
Doktor bagi ubat makan.. kalau baca kat tenet ramai yang guna sabun Oilatum dan losyen Seba Med, berdasarkan pengalaman diaorg agak positif la gayanya...macam nak try..cannot tahan lama2 dengan kegatalan pada allergik nie..huhu.

Bagaimana berlaku alahan atau allergik (Dr Zubaidi)??