Pages

25.7.14

Toll Rebat Hari Raya 2014

Ramai warga kota yang sudah memulakan perjalanan balik kampung dari semalam.. kat opis nie boleh kira berapa kerat yang tinggal..excited masing2 nak raya..hehehe. Since parent me duduk KL, raya pertama baru kitaorang gerak balik kampung sama2....nenek dengan datuk dah takde.. ronda2 jumpa sedara-mara jelah..
Setiap tahun me biasa tengok berapa kadar diskaun/rebate yang syarikat konsesi lebuhraya bagi.... faham2 jelah time raya2 nie banyak kereta yang guna highway takkan depa kedek nak bagi diskaun lebih skit kan..

Ciputnya diskaun..bila lah dema nak murah hati skit..hahaha.. tak significant sebab date pun masa orang belum bercuti dan masih bercuti.. me harap tak tersangkut dalam jem yang panjang nanti...pada uols yang dalam perjalanan tu hati2 memandu ye..


Yey..Boleh Balik Awal

Horaayy..best gilerr ko big bos bagi pelepasan kat semua staff balik awal setengah hari.. wah melompat kegirangan rakyat2 jelata yang masih tinggal kat opis lagi nie..boleh balik sekarang. Thanks so much bos! hehe.. Jom cari apa yang belum disettle lagi.. soping yokkk!




23.7.14

Tips Keselamatan Balik Raya

Tinggal dua hari lagi nak bekerja nie, lepas tu yahoooo holiday time la yop..tak sabar nak beraya ..hehee.. paling best masa raya of course la balik kampung.. beraya kat bandar bukan best pun tak meriah la..boring takde orang. 
Bila tiba musim perayaan dah tentunya jalan raya penuh dengan pelbagai kenderaan yang berpusu-pusu pulang ke destinasi masing-masing. Dalam pada seronok2 tu jangan lupa ikuti beberapa tips keselamatan balik raya untuk manfaat bersama.

Credit Besta

Pandu cermat jiwa selamat. Jangan ikut perasaan nak cepat sampai jer.. orang lain pun pulang beraya. Sama2 bertolerasi gitu..


18.7.14

Permanis Warehouse Sale 2014

Ada Jualan Gudang dari Permanis yang sedang berlangsung dari hari ini dan esok kat Bandar Baru Bangi. Alang2 nak raya nie bolehlah memborong mana2 yang berkenan.. me tengok harga dia ohmaii murah dari market price...cut separuh harga lagi you...uiii memang i like tropicana twister very much..haha
Harus me nak borong satu cartoon terus.. kalau tak sempat nak bancuh kordial.. jamu terus air twister kat tetamu time raya nanti.. senang gitu...meh serbu Permanis.. ada dua hari jer nanti tak dapat nak beli dengan harga super rendah..


17.7.14

Harga Lesen Kereta dan Moto Naik

Telan air liur sekejap tengok harga terbaru lesen kereta dan moto yang dikatakan berkuatkuasa mulai 14 julai 2014.. apasal banyak mahal! giler mencekik darah nie. Kenaikan disebabkan perlaksaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang 'dinaik taraf' oleh JPJ (kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer) . Tapi agak2 la kan naiknya sangat membebankan rakyat. Bukan beribu2 orang ambil lesen ker sehari takkan tak boleh cover kos sampai kena charge riban-riban....ishhh emo pulak me..hahaha..

Kalaulah sistem pengangkutan kat Malaysia tip top devass dan cekap takpelah ader alternatif tapi sadisnya ia masih di takuk lama. Kalau mahal cam gini alamatnya bersepahlah driver tak berlesen di jalan kelak. Entahlah katanya masih desas-desus harapnya tak jadi kenyataan. Biar maintain dengan harga lama..


16.7.14

Tabung Impian

Perkahwinan, percutian, pelaburan semuanya perkara yang memerlukan duit.. nak ada duit kenalah saving dulu kan.... uiii mimpilah duit turun dari langit.  Nak mencapai matlamat2 tersebut disiplin dan keazaman sangat2lah kena ada. Ingat senang nak tolak perkara2 berunsurkan kehendak yang boleh membantutkan kelancaran matlamat2 yang telah dirancang sekian lama.
Lain orang, lain cara dan kaedah savingnya.. main kutu sesama rakan ataupun mengasing duit dalam account bank tertentu...ada juga yang suka buat tabung.. macam dalam gambar nie.. setiap tabung ada matlamat yang nak dicapai.
Credit FB
Tak kisahlah apa cara pun, terpulang  kepada keselesaan masing2.. bagus sebenarnya merancang dari awal supaya tidak over budget dan poket pun tak rabak dek memenuhi keinginan hati.


11.7.14

Tiada Lagi Lorong Tunai di Tol Batu Tiga & Sg Rasau

No more pembayaran tunai di Tol Batu Tiga dan Sg Rasau mulai 1 Sept 2014, semua nya akan dilakukan secara elektronik. Means tiada lagi kelibat adik2 manis yang kutip tol.....no more aktiviti cuci mata ;p...takde lagi kedengaran ucapan terima kasih dah sebab mesin yang take over..haha..

Credit Sinar Harian

Leceh kot sebab jarang2 lalu tol nie.. tak pasal2 kena beli TnG..huh. Biasalah dah nama pengguna hadap je ye.


8.7.14

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Nile.com.my online shopping yang semakin dikenali ramai makin meletop2 namanya. Menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik serta pelbagai pilihan pakaian, beg, kasut, barangan kecantikan dan sebagainya membuatkan ia semakin mendapat tempat dihati pembeli online. Macam-macam ada uolls.
Sekarang tengah promosi.. free delivery untuk pembelian minimum RM48 ke atas...cepat sebelum terlambat..manalah tau nak shopping2 barang raya.
http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

Berbalik kepada giveaway yang nak join nie..Apa me nak buat kalau menang duit raya dari Nile?? bolehlah tambah2 untuk persiapan hari raya nanti. Almaklumlah banyak barang nak beli nie..kuih raya... baju raya..kasut raya haa duit raya pun kena ready gak nanti.. aiyooohh kopak poket gini..hehehe
Me cuba nasib jer nie kalau ada rezeki alhamdullilah.. kalau tiada cuba lagi lah di lain masa.

Cara-cara dan syarat penyertaan boleh rujuk di SINI ye


3.7.14

Test Drive

Ginilah gelagat adriana tiap kali nak ambil mummy dekat office, kena bagi can kat dia test drive dulu......memang kena layan jap kang tak pasal melalak dalam kereta...Hamboii beria betul dapat pegang stereng kereta macam feeling2 jadi co-pilot daddy... konon2 tgh bawak kereta padahal dalam mode parking....hehee..jangan diamalkan ye bawak kereta sambil pangku anak atas riba..merbahaya woo!
adriana paling suka tengok kapal terbang..sampai helicopter pun dipanggil bang...bang! wajib lepas tu tangan melambai bye2..hahaa..