Pages

30.7.15

Tanah Gambut

Dah beberapa hari dok ulang-alik area Cyberjaya nie, nampaknya tak reda2 asap yang menyelubungi kawasan sekitar.  Mencemarkan alam sekitar ...tak boleh buat apa dalam kereta pun boleh bau asap.

Gamaknya area tanah gambut tu pasal ambil masa nak reda. Bomba pun dah siap2 standby takut merebak kat kawasan sebelah......kawasan semak jer tapi boleh tahan lapang gak luas dia.. reserved untuk bina bangunan.


Habis kering terbakar pokok2 dibuatnya...dahlah Cyberjaya panas semedang...sabar jerlah.
Tak sure berapa lama keadaan nie akan berterusan.. harap2 cepat back to normal.. tak sanggup tengok pencemaran gini..huhu


14.7.15

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2015

Mood RAYA tengah membuak-buak...haaaiii tak sabarnya nak cuti!
Moh kita countdown raya..haha
Big bos dah arahkan weols plan cuti raya. Bukan apa senang nak set backup sape2 yang cuti panjang,
korang pun tau kan camner FEEL nak balik kampung musim raya nie..badan jer kat office fikiran dah melayang2 kemana.....haha
Holidays Declaration kitaorang muahaha...kebanyakan tak cuti lama pun..
Persiapan raya cuma tinggal 30%.. tak banyak benda nak dibeli lagi. Alhamdullilah syukur2 sangat company me bagi bonus raya hehe tapi belanja kena berpada-pada gak tak boleh ikut hati dan nafsu kang hujung2 raya korek2 tin biskut jer tak ke naya..huhu


8.7.15

Barter Trader Durian

Peminat2 durian kalu tengok durian selambak gini mesti terliur punya....menggunung stok2 durian dia.. sape2 ada kat sekitar lembah kelang boleh datang ke Masjid Bukit Indah, Ampang hari ini lepas Asar sebab ada jualan amal durian. Best! sebab nak beli durian tak yah pakai cash money..ermm habis nak bayar pakai apa yer??
credit FB Masjid Bukit Indah

Wah..menarik2 sebab guna konsep barter trade means beli durian bayar dengan barang2 keperluan seperti beras, gula dll bukan dengan duit. Amacam best kan....membeli sambil membuat amal dan membantu penduduk2 tempat asal durian nie diperolehi sebab barang2 keperluan akan disalurkan kepada mereka balik.


7.7.15

Donate & Fill a Plate

Saban tahun World Hunger Relief (WHR) aktif menerusi kempen mereka membantu menangani isu kebuluran yang berlaku di seluruh dunia. Bayangkan anak2 kecil yang terpaksa menahan kelaparan kesan dari faktor2 ekonomi. Bagaimana mereka hendak membesar dengan baik jika kekurangan zat2 yang diperlukan oleh tubuh badan.?? 

Sebab tu lah sokongan orang ramai amat2lah diperlukan bagi menjayakan MISI BESAR ini. Ayuh sama2 kita mainkan peranan bersama2 WHR mencapai 10,000 plates bagi membantu golongan sasaran. Uols boleh memilih berapa plates yang ingin diderma....satu plates berkadaran RM5. Lagi banyak plates uols derma lagi ramai uols bantu.. Check FB World Hunger Relief  ye!

Satu plate dari me.. 

Kerjasama dari Badan2 Korporat QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd sememangnya amat2 dipuji. Uols boleh juga menderma apabila membeli set hidangan pembelian WHR di mana2 rangkaian KFC dan Pizza Hut.

 Ayuh!! Kita bantu dan ringankan beban mereka yang memerlukan..Biar kan hanya senyuman dan keceriaan mengutum diwajah mereka. 


6.7.15

Kambing Bandar

Selalu kalu me singgah beli makanan kat Bazar Ramadhan Putra Perdana Puchong mesti terserempak dengan Cik Mek Molek sorang tu. Rileks buat hal sendiri jer.. tak kisah dengan orang yang lalu memerhati.. mula2 ingatkan gelandangan tapi rupa2nya ada tuan tau..


haih pemalu betul tuan cik mek molek tu tak nak menonjolkan diri langsung.. dia bagi gambar kaki jer..hahaha. Penat den panggil nama....Babunn..Babunnn...hampeh buat dekkk jer.. hai yahh sombong ye..bajet artis la konon.


Aihh dah pindah tempat...nak Tan kan kulit ler tu...haha.. Tapi as long as tak menganggu orang tak jadi hal pun. seronok tengok gelagat dia sebenarnya. 



3.7.15

Tayar Bocor

Elok2 keluar 10 meter dari tol LITRAK terdengar bunyi angin berdesing dari luar kiri kereta. Uiikk cuak kitaorang dibuatnya, terus husband me cari spot sesuai nak benti check..bahaya kan main benti2 tepi jalan. Tengok2 tayar belakang dah kempis uols! Aduhhh camner nie.. celah mana nak cari bengkel kereta..
No choice lorr, angkat bonet keluarkan tayar spare....nasib baiklah ada time2 emergency nie! Tools pun siap2 standby tapi berpeluh2 lerr tengah panas nak menukar tayar.. dahlah bulan puasa memang dugaan sungguh. Kering tekak oiii..

Tengok! terbenam dua batang paku dalam tayar..haiii mana tak kempis angin dibuatnya. Pelik kan celah mana paku2 nie boleh duduk aman damai atas jalan raya. Dah terkena sabar jerlahhh..


uiii ingat kan nak bawak tayar nie pergi tampal..check punya check sekali ada kesan hirisan.. jawabnya kena buang lah tak boleh digunakan lagi. no wonder la dengar bunyi berdesing awal2 tadi.ini punca utama dia. rasanya terkena besi atas jalan kot.

Resit kena air...haha...jawabnya terpaksa beli tayar baru. Tapi macam okeylah harga kat kedai tayar area seri kembangan nie..


Kesimpulannya makesure dalam kereta sentiasa ada tools dan tayar spare yang bersesuaian takdelah haru di tengah jalan hehehe..jangan lupa pandu cermat jiwa selamat.


2.7.15

Harga Baru Petrol | 1st July 2015

Apo nak dikata petrol NAIK lagi. Selalu nak bagi berita tak HAPPY pada rakyat
Kesian rakyat makin terbeban dengan harga barang2 yang UP makin UP.
Belum ditambah cukai GST yang tak wajar diada.
Seronok mengejar negara berpendapatan tinggi tapi realiti menghimpit & mencengkam rakyat sendiri

Apa nak buat bila pemimpin hanya pikir tembolok sendiri..susah rakyat dipandang sepi...rakyat sengsara makin hari kos sara hidup meningkat tinggi tapi gaji masih di takuk lama..hai nasib ler badan..