Pages

28.10.15

Sarapan Pagi | Sandwich Sardin

Masa awal-awal kitaorang bertapak kat Cyberjaya aiyohh tercekik tengok harga makanan dia.
mak aihh boleh tahan mahal. Beza kot kalau dibandingkan dengan USJ Subang Jaya masih banyak tempat yang ada harga yang berpatutan.
Kenalah berjimat cermat dalam ekonomi sekarang..
Pikir cara nak jimat budget..

Nah....menu pagi hari ini....sandwich sardin
Bahan mentah sudah dibeli....potong-potong semua dekat pantry office..

Selalunya tiap-tiap pagi menu sarapan mesti berbeza.
Kalau sempat ada yang memasak...
Tak cukup masa beli terus pun senang
Cukup bulan kutip duit collection buat modal penyediaan makanan..

Tengok kitaorang siap ada pembakar sandwich.. baru lah umpphhh dengan bau nya yang semerbak..

Team sarapan pagi yang manis dan ceria..haha..tak cukup korum lagi tu..ada tengah sibuk menelek kerja..sebelum mula kerja kitaorang akan makan beramai-ramai kat situ.. suka-suka kan buat situ port makan..
Baguslah apabila konsep kerjasama dan perkongsian di aplikasikan yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.


26.10.15

Projek Balkoni

Idea nak berkebun nie saya set nak buat masa awal2 pindah rumah...semangat  ke arah menghijau bumi..amboi azam tak boleh blah..hahha
Tapi tup2  perlaksanaannya agak perlahan macam kura2 merangkak... dua bulan terlajak dari landasan ..huhuhu... mana taknya kena tunggu weekend baru bergerak mencari barang2...kdg2 ada hal lain so tak boleh buat apa...drag lagi..takpe2 rileks tak lari gunung dikejar...:)
Ruang balkoni apartment saya agak  terhad nak tanam macam2 pokok....target tanam pokok2 sayur yang comel2, jer....bila nak guna main2 petik2 jer kat luar rumah haaa tak ke menyenangkan kerja...i like!!


mula2 tanam anak pokok lidah buaya...pacak keratan pokok daun sup... cucuk cili padi dalam tanah sebagai percubaan.. nak test serasi ke tidak tangan tu.. orang tua2 kan kata kalu tumbuh elok bolehlah nak jadi penanam pokok yang berjaya..hehehe


Sebab dua pasu success..secara rasminya halia selamat menjadi penghuni pasu ketiga

Lidah buaya & daun sup  tanam 10 Oct, Halia tanam 26 Oct :)
Happy2 sebab ada perkembangan baik... cukup 3 pokok dulu..insyaAllah kalu berjaya tumbuh dengan baik boleh tambah pokok yang lain.. yang tak remeh penjagaannya... tak perlu banyak2  sebab saya takdelah rajin nak membelek pokok hari2...wait and see okey :)




21.10.15

Demam Kepialu Muncul Di Kuala Lumpur

Hati-hati sekarang bila bercadang nak makan kat luar lagi2 area KL sebab dah ada beberapa kes demam kepialu dikesan baru-baru ini. Demam Kepialu disebabkan kehadiran bakteria Salmonella Typhii yang mencemari makanan atau minuman..Bila kebersihan tidak dititikberatkan....cara handling makanan/minuman pun out macam2 penyakit boleh himpit. 

Jumlah kes yang direkodkan hingga semalam.. sekarang pihak berwajib bekerja keras monitor kes nie supaya tak merebak ke tempat2 lain.. demam kepialu bahaya boleh membawa maut ye.. 

Seramnya dahlah kebanyakan premis makanan menggunakan tenaga kerja asing..camner tahap kebersihan depa pun kita tak tau.. lagi2 yang tak de suntikan vaksin tu...

Langkah2 pencegahan yang perlu dibuat bagi mencegah jangkitan demam kepialu..
Penting untuk lebih selective dalam memilih gerai/restoran yang lebih bersih tahap pengendaliannya. Jika ada tanda2 yang merupai demam kepialu cepat2 dapatkan rawatan bagi mengelakkan masalah lebih buruk.

19.10.15

Goodies Bertunang | Asnida & Zaini

Selamat bertunang uols..
InsyaAllah ikat selama setahun katanya..
Molek ler tu tak yah tunang lama2.. masa yang ada cukup nak buat apa2 preparation kahwin
Alam bertunang nie memang penuh cabaran dan dugaan.. harap uols lalui ia dengan kesabaran..


Goodies tunang diaorang.. simple miple jer tapi sape2 pun boleh makan..
Ada mineral water...keropok jagung dan meringue (desert)



14.10.15

Umpan Ikan

Amboiii kemain semangat cik abe saya prepare barang2 memancing ..
Nak test skill menarik ikan di lombong katanya...
Yelah dah ari2 dok pandang area port mancing mau member tak tergugat..haha
Tengah dia dok  sibuk mengadun bahan, saya pun apalagi ambil peluang suruh dia cerita cara2 nak buat umpan dari bahan2 yang dibeli tu...

Bahan utama yang perlu semestinya ROTI.. jenis2 roti bergantung kepada lokasi pancing.. kalau di lombong pilih roti yang lambat kembang berbanding kolam biasa roti yang sedikit lembut pun tak jadi masalah.
Ehhh esen pisang pun wajib ada ye..

Okey mula2 roti dipotong memanjang2.. haii bersabar la nak buat kalau roti tu dalam kuantiti yang agak banyak..huhu

Ingatkan dah siap.. belum2 kena potong kecil2 lagi....hai remehnya keje..
Isikan dalam satu bekas khas nanti nak campur bahan2 yang lain 

curahkan pes pandan ke dalam bekas...Pes Pandan tu nak buat sendiri boleh tak pun cari kat kedai pancing pun ada...once pes pandan bersatu bersama roti waduhhh bau dia giler wangi kot... memang ikan pasti tertarik menarik punya lahhh..

agak2 warna dia rata  kira cun la tu..

Lepas tu campurkan dengan sedikit kelapa parut ke dalam bekas tu....jangan lupa perah sedikit santan dia  keluar.. macam main masak2 pulak.. 


Adunan umpan akan diperam semalaman bagi menaikkan aroma yang bisa menambat hati ikan2 di lombong nanti...mana esen pisang??? okey esen pisang last elemen yang akan diletakkan ke dalam adunan selepas disimpan semalam..means esok nak pergi mancing baru letak.

agak2 camner nak pasang umpan tu kat mata kail?? meh nak tunjuk demo kejap. sediakan mata kail..


masukkan satu persatu roti kecil ke dalam mata kail macam dalam gambar....
 Nak buat umpan gini seeloknya buat sehari awal bagi mendapatkan hasil yang terbaik barulah diaorang  betul2 sebati.. selalunya kan umpan gini sesuai digunakan untuk mancing ikan patin...
Mudah kan nak buat umpan gini..bahan2 pun senang nak beli kat mana2 kedai.



12.10.15

Candy Kahwin

Tadi kawan2 office sempatlah pelawa saya merasa goodies yang diaorang dapat semasa attend kenduri kahwin. Sekali tengok tak beza pun macam candy2 yang lain. tapi oppss jangan sesekali pandang sebelah mata ye ,sebenarnya candy nie sangat2 comel dan ada keunikannya yang tersendiri.

Best sangat! siap boleh customize nama atas candy. 

Yang nie lak mati2 ingatkan batu-batuan dalam balang kaca nun.. tengoklah dia punya warna wahhh very colourful. Sejak bila office mate saya nie ada hobi collect batu-batu nie.....ehhmm mendatangkan kepelikan betul sebab rajin la pulak dia bawak mai office..hehehe.

Lorr salah anggapan, rupanya tu gula-gula kot. Jangan risau memang boleh dimakan tapi rugi jika hanya dipandang...hehehe..



7.10.15

Happy Birthday Daddy

Birthday my husband jatuh 5th Oct lepas.. Happy Birthdy Daddy!
Weols sambut pun secara kecil-kecilan....nyanyi lagu birthday.....tiup lilin....potong cake...okey siap....simple gitu...hehehehe.. week day terkejar2 masa skit tak dan nak makan besar..huhu

Si kecik yang sibuk nak interframe macam birthday dia ye..
Cake coklat cheese

Walaupun birthday si bapak tapi cake kena ikut selera si anak...sebab my daughter payah nak telan cake lain selain flavour coklat.... cerewetnya hai haha....namapun budak2 layan kan ajer.
Sebenarnya tak de langsung kedai bakeri kat area rumah saya nie....bercinta mencari...sob..sob..nasib baik ada officemate yang pandai membaking cake. Terus place order dengan dia jer..settle masalah...


6.10.15

Larrie Warehouse Sales Oct 2015


Date: 8th October 2015 to 11th October 2015
Location :
No. 1, Jalan BS 7/1 Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, Seri Kembangan, Selangor, Malaysia